Rawatan Sonotron jika anak kecil selsema dan berkahak..
Disyorkan pada awalnya oleh seorang rakan blogger #KBBA9 , Sueizza. Aku bawa Aariz ke sini beberapa bulan lepas , selepas Zahra discharge dari wad disebabkan jangkitan kuman dalam paru paru. Masa tu Zahra batuk dan selsema lama sangat. Bila dah ada pengalaman ni , tak nak dah biarkan lama lama... selepas dapatkan rawatan di klinik , tapi masih belum sembuh.. maka Sonotron inilah pilihan aku dan wife untuk diorang.
Ternyata rawatan ni tak mendatangkan kesakitan langsung pada anak anak kita. Bayangkan Aariz yang nak tidur malam pon payah selepas selsema dan batuk berkahak , selepas sekali je buat rawatan, Alhamdulillah... lena malam ni tidur ! Oh ya , Aariz selepas buat Sonotron tu.. dia amik neb dan seduk hingus. Kos murah je semua tu. Tak sampai RM100 pon ! Tak sampai pun setengah jam.. settle! Tu untuk Sonotron dan neb serta sedut hingus. Kalau Sonotron je , satu sessi baru RM35. Satu sesi dalam 10-15 minit. Sekejap je ! Haaa...
Rawatan Sonotron ni , cuma gelombang jer. Terasa bahang skit je pon. Aku minta test beberapa saat kat tangan aku... tak rasa pon. Huhuh... Sebab tu aku yakin dan promote kat korang ! Heheh... Aku paham camana rasa bila anak anak tak dapat tidur malam dan seterusnya , kita sendiri tak dapat tidur lena. Esoknya mesti sakit kepala dan MC ! Cubalah Sonotron ni.
Ahaaa... Sonotron ni tak semestinya untuk selsema batuk jer. Ada banyak lagi penyakit boleh guna Sonotron ni. Cuba tengok di page mereka , Pusat Rawatan Sonotron Tawakal- Bangi . Segala maklumat ada di sana. Boleh tengok sendiri.
Dan kalau berminat , boleh je buat temujanji terus dengan menelefon terlebih dahulu. Moga bermanfaat !
4 comments
dah ushar rawatan sonotron ni dah lama tapi tak berkesempatan mencuba lagi. ramai cakap elok guna rawatan sonotron ni.
BalasPadamPernah juga bawak anak ke sini. Sekali je try sebab masa tu anak batuk berkahak. Alhamdulillah lega juga batuk dia cuma ambil masa juga 3 hari.
BalasPadambagusnya..boleh try pi sini.selalu bg ubat titis jek or air garam untuk cuci hidung tu
BalasPadamWah bagus nya . Nk try laa . Kebetuan plk ank pon batuk brkahak .
BalasPadam