BEN ASHAARI



Hehehee... kali kedua aku ke sini ! Kali pertama ari tu , sebab lutut aku. Memang ketika tu , nak lipatkan kaki pun tak boleh. Kena pakai knee guard untuk bergerak. Alhamdulillah, sekali je urut ari tu , ada perubahan. Bukanlah 100% pulih seperti baru dilahirkan tapi ada la perubahan. Kena rajin urut la disamping rehat yang secukupnya.

Kali ni aku ke sini masih fokuskan lutut aku. Tapi lebih pada urat dibelakang pelipat disamping membetulkan otot otot badan aku yang dah keletihan. Oh ya.. aku bawak wife sekali. Dia yang sering mengadu kat aku sakit badan dan stress , aku memang cadangkan dia cuba urutan sukan Pro M ni. 

Nak ke sini tak susah pun. Waze jer. Terletak di Bandar Tasik Selatan , Cheras jer pun. Aku syorkan ke sini malam la. Siang pun ok tapi malam mudah nak parking. Siang , hari bekerja kena parking di tempat parking yang disediakan. 

Nah.. search jer seperti di dalam gambar bawah ni. Bukan susah pun kan ? Hahahaa.. Perlu korang tau yang mereka ni bukanlah amatur tau. Diorang ni banyak ikut team team sukan seperti berbasikal atau marathon. Nak tau , kena follow instagram mereka , PRO M.



Macam aku kelmarin , aku amik urutan belah malam. Boleh parking depan premis diorang jer. Tak perlu nak jalan kaki sangat. Cari je kedai motor ni. Pro M terletak di tingkat 4. Masuk di laluan lif tu. Nampak la signage Pro M. 


Sesi isi borang dan soal jawab sekejap. Heee..


Macam aku ari tu, aku amik pakej seluruh badan. Wife pun gitu. Satu jam. Puashati kauu ! Diaorang pandai cari tempat tempat yang kita stress atau kita bagitau jer kat mana kita nak diorang tumpu. Fuh , sejam yang berbaloi. Boleh dikatakan selepas urut tu , akan terasa la sakit jap tapi esoknya.. bila bangun tidur , perghhh.. Segar bugar. Terus sambung gi gym gitu ! 


 Nah , korang ada masalah di mana ? Boleh cuba andai tergolong dalam masalah seperti di dalam gambar.

Yeeeeay ! Boleh lentik balik ! Sakit pinggang dah dilegakan. Hahahaa.. Sebulan atau dua bulan sekali boleh datang kasi 'repair' balik otot otot akibat workout di gym.. hehehee... 

Sebarang pertanyaan , boleh je whatsapp diorang terus.. +6012-3992109.


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Banyak kes yang kita baca di surat khabar. Ada yang tak keluar surat khabar jugak. Hurm.. Adalah satu perkara yang cukup penting bila meletakkan anak anak kecil kita di rumah pengasuh. Carilah yang betul betul ikhlas dan sudi jaga anak kita. Bab duit , janganlah berkira. Jika tak mampu nak bayar , cari alternatif lain untuk pastikan mampu bayar. Jika mintak kurang, risau risau si pengasuh acuh tak acuh jer jaga anak kita. 

Antara sebab aku nak jaga sediri 3 orang anak aku ni , aku tak percaya pada pengasuh yang ada sekarang. Maaf cakap la yer.. Walaupun ada yang ikhlas dan bagus , jumlahnya boleh dikira. Kalau nak cari pengasuh , pastikan kita cukup kenal dengannya. Latar belakangnya perlu diteliti. Mulut becoknya kena tau gak camana 'rupanya'. Kelak anak membesar di dalam rumah dengan keadaan yang cukup stress. 

Aku bukanlah nak kata kalau mak bapak sendiri jaga tu bagus dah. Tak de la gitu. Aku sendiri pun tak bagi muka kat anak anak aku. Garang tetap garang. Tapi tau la bila nak memujuk balik. Terpaksa garang atau jadi lembik di sekolah sebenar nanti !


Besar nanti diorang , akan terkenang segala apa yang berlaku pada mereka. Jangan ingat mereka lupa. Mereka ingat ! Apa yang kita beri pada mereka , itulah yang dibalas nanti. Maka jangan peliklah bila kita nanti , diletakkan di rumah orang tua tua jer atau mereka akan senantiasa beri alasan sibuk bekerja bila diminta pulang ke kampung... 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Yess !  Aku memang gemar shopping kat Lazada berbanding dengan yang lain. Kenapa ? Entah.. aku lebih yakin dengan diorang. Mahal ? Bagi aku ok jer. Hahahaha... Yang penting , barang yang diorder tu sampai seperti yang dipesan. Jika ada masalah , boleh terus komplen jer kat diorang.

Sekarang ni ada Big Baby Fair Sale ( bermula 25 hb Julai hingga 29hb Julai 2018 )  dengan diskaun sehingga 80% , aku rasa nak tengok beberapa barang yang selalu di beli di pasaraya atau yang wife aku suka beli melalui kawan kawan di luar negara seperti botol susu dan puting. 

Antara yang ada  seperti Drypers , Dutch Lady , Philips Avent , PediaSure , Poney , Mamil , Anmun dan banyak lagi laaa.. Korang tengok sendiri la. Ni yang aku selalu beli kat shopping mall. Boleh la borong awal awal sebagai stok tambahan. 

Ni part yang penting.. hehe.. FREE SHIPPING dan ada vouchers serta boleh beli secara bundles. Pakat ajak adik beradik la share beli.. kan kan ? Hahahaha.. Satu lagi part menark ialah.... ada contest jugak ! 

Bagi yang sudi membantu Super Spy Agen Baby di Facebook page Lazada, ada hadiah untuk anda. Caranya , klik dulu page LAZADA ni , kemudian klik 'GOING' untuk join BIG BABY FAIR SALE. Hadiah yang ditawarkan  antaranya ialah ... 
  • 1,000 "GOING" - 10% OFF Voucher (T&C apply)
  • 3,000 "GOING" - 4X LACTOKID 3 Comfortis (6 pack)
  • 5,000 "GOING" - 3X Sweet Heart Paris ST PALMA
  • 12,000 "GOING" - 5X My Dear Baby Playpen

Info lanjut , boleh baca di SINI. Jommmmm shopping sambil baring ! 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Semalam aku meeting bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( Pencegahan). Satu meeting yang cukup menarik bagi aku , sebagai orang awam. Walaupun singkat , aku telah diberitahu akan bahaya dadah yang merebak tak kira tempat termasuk di dalam sekolah. Malah Rafizi Ramli turut menyatakan mengenaiknya di dalam Facebook beliau. 

Hurm... apa yang merisaukan aku ialah anak aku bakal bersekolah tahun depan. Bermakna dia akan mula terdedah dengan persekitaran yang sangat mencabar. Sebagai bapa , aku senantiasa mengawal dan juga memberi infomasi serta didikan terutama melakukan sesuatu yang dilarang dan melanggari undang undang seperti merokok , berkata yang tidak elok  dan sebagainya.

Kes dadah ni , dari aku sekolah lagi dah wujud. Aku sendiri tengok bagaimana rakan rakan sebaya aku 'rosak' dek kerana dadah seperti gam , ganja dan juga heroin ! 




Berdasarkan statistik dan juga pengalaman hidup aku , faktor pengaruh kawan cukup bahaya ! Anak anak kita terdedah dengan rakan rakan yang negatif perangainya. Nampak baik tapi rupanya.. Fuh , menakutkan sungguh laaa... 

Apakah peranan kita sebagai ibu bapa , anggota masyarakat bagi membendung masalah dadah terutama di sekolah ni ? Ingat,. bermula dadah akan merebak ke masalah sosial yang lain ! Jangan la kata anak aku baik... anak aku tak bercampur budak nakal , maka kita tak nak amik tau ! 

Masalah utama dadah ini ialah kita sendiri ! Jika kita sendiri anggap masalah dadah ni adalah masalah agensi penguatkuasaan  seperti polis dan AADK , rasanya sampai bila bila masalah dadah ni tidak dapat diselesaikan ! 

Hurmm..camana nak bantu pihak penguatkuasaan untuk membasmi dadah ni ? Itu persoalannya ! 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Jangan pandang ringan ! Kena amik langkah keselamatan seperti elakkan tempat tempat orang ramai buat masa ni , orang dewasa kena senantiasa guna sanitizer sebelum menyentuh kanak-kanak. Seperti yang diketahui , HFMD ni mudah menjangkiti kanak kanak.

Banyak dah kes berlaku dan kini menular di Kuala Lumpur lak. Semalam aku sekeluarga ke Tesco dan Giant , anak anak kena duduk dalam kereta. Menangis laaa camana pun , dilarang turun. Kalau turun pun , dah bersedia dengan tisu basah untuk lap troli dan juga sanitizer. Hurm.... Sian diorang kalau dijangkiti. Payah nak makan dan minum.




Moga Allah lindungi kita semua.
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Ketika kejadian, aku sedang kutip pakaian jemuran. Sewaktu nak keluar tu, aku kunci pagar ni. Biasanya, dia akan meraung nak ikut keluar. Tapi kali ni tidak sama sekali. Aku pelik gak apahal dia boleh cool semacam jer?? 

Rupanya dia set dalam kepala dia seolah berkata, "Ada aku kisah kena kunci ni??". Dengan tenang dia menunduk dan melakukan aksi yang mana abang dan kakak dia pun tak pernah buat sama sekali ! Camana dia tau dia mampu loloskan diri tu pun aku tak tau.. Hahahahaha. Budak ni kaannn.. Byk betul akal dia. 




Bila dah berjaya kuar, dia pandang aku dengan muka penuh kesombongan !!

Well?? ?


Arghhhhh!!! Masukkkk balikkk... Dah malam!
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Hotel sekarang ni banyak yang mahal bila kita walk in without checking, so tu la pasal kadang-kadang tu kita rasa macam cekik darah je hotel ni. So siapa salah? Haha takkan nak salahkan hotel punya side sebab diorang memang dah set harga awal-awal. So apa yang kita kena buat? Nak kena check website hotel satu persatu then call them to ask about the price of their room? Macam banyak kerja kan? So aku nak share dengan korang cara yang lebih jimat masa dan duit. Dengan dunia teknologi yang sentiasa move forward ni, ada satu web and apps yang sangat2 tolong kita dari segi masa dan kos. What was that web ekk? Hahaha saja buat-buat lupa. Biar korang tertanya sikit. Hehehe. 

Traveloka, that is the name. Ada banyak hotel murah di Traveloka yang korang boleh check it out. So camne nak cari tu? Kena bayar registration fees ke? Kena pergi ke office diorang ke? Kena deposit duit ke? Haaa semua tu tak perlu. Korang just kena pakai komputer or smartphone korang. Buka website Traveloka, then korang dah boleh search hotel yang korang nak stay. But first korang kena type which area are you planning to go, daerah ke, negeri ke, negara pun boleh. International pun takde hal.

So once dah key in the area, korang pilih date nak pergi and bilangan pax yang nak stay at the hotel per room. So nanti akan ada list of hotels yang available. Korang boleh sort findings korang by sort to highest price, lowest price, popularity dan review score. Bergantung kepada korang. So kalau nak cari yang murah korang sort lowest price dan korang pasti terkejut. Sebab rupa-rupanya ada banyak hotel yang boleh jimatkan duit korang. So dari list tu korang boleh click satu persatu untuk tengok review by people yang ada experience kat sana. So please make wise decision. 

Dah pilih? Okay now book yourselves di Traveloka. Tak perlu call diorang tanya, sebab Traveloka is safe and secure, payment korang confirm sampai. Selain tu ada customer helpline just in case korang ada problem, and that service operate for 24 hours. So anytime korang boleh call. Kalau korang nak keluar negara pun info banyak ada kat sini, korang boleh tau apa area yang berdekatan, ada ATM ke, ada dapat parking free ke, free breakfast ke, ada business centre ke dan lain-lain. So within Traveloka korang dah boleh banyak tau pasal info tentang hotel yang korang dah shortlist. Yup my style, shortlist, buat comparison then book. This web is also useful for frequent traveler. Bookmark pleaseee. Korang takkan menyesal bila dah tau pasal Traveloka ni. 

So kat sini I betul-betul recommend Traveloka sebab kat sini lah korang boleh dapatkan hotel yang murah di merata tempat. Korang boleh tolong carikan untuk orang lain, pastu caj la diorang. Haha maklumlah nak kena bayar Data kan sekarang. So everything tak free. Nak surprisekan loved ones pun okay. Takdelah kantoi korang keluar pastu balik-balik dan ada tiket. While your love ones pergi toilet, I jamin semua ni dah setel. Dia keluar toilet je korang dah ada buat booking to a great place. Idea untuk married people, Traveloka banyak bantu korang. Especially yang mana ada anak, and nak gerak mana-mana pun susah, so with this awesome creation, korang boleh lepak kat rumah and buat booking sambil buat susu anak atau teman anak tengok Didi & Friends. Hahaha. Understandingkan I ni. Of course dah siap boleh hafal lagu-lagu tu. 

Ok guys, its time to open up your laptop, PC or smartfon dan terus browse Traveloka, even for windows browsing pun okay gak. Nak plan for future or very very future travel pun no problem. Boleh godek-godek date tu. So nanti bila dah try mesti korang terpikir, apsal la tak jumpa my artikel ni awal-awal kan. So have fun in finding the cheapest hotel. 

Byee.



Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
" Ben , hang bila nak mai restoran aku ? Ada menu baru ni. ". Mesej tokey besar Cheese Banjir yang terletak di G Village , Desa Pandan. Aku memang suka gi makan sana sebab menu dia boleh buat aku boroi seketika. Hahahaha.. Kaki makan memang akan suka gi sini sebab akan makan secara berjemaah. Tak boleh makan sorang sorang. Nanti merangkak keluar dari restoran tu. Hahahaha.. Portion dia besar woo..

" Esok jugak aku sampai ! ". Jawab aku spontan walhal tak tau lagi sebab hari kerja kan ? Hehehe.. Dan sememangnya rezeki aku , Qhaliff dan wife sama sama MC. Tak sihat. Balik dari klinik , masing masing kelaparan. Terus aku mesej tokey Cheese Banjir. Saja nak gi sana waktu dia ada. Boleh borak sampai ke petang sambil makan. Lama tak jumpa. Lagi pun aku suka jumpa dia sebab banyak ilmu bab bisnes ni. Buat pengetahuan korang , tokey besar Cheese Banjir ni dulu pun blogger. Seawal aku berblog dulu , dia adalah rakan yang senantiasa support aku. Alhamdulillah.

Jam 2.30 petang... aku sampai Chesse Banjir dari Sepang. Cuma amik masa dalam 40 minit jer melalui MEX. Mudah sangat. Hehehehe.. Parking pon senang dan murah. Masuk ke dalam restoran , ada beberapa orang pelanggan setia. Staff memberi ucapan selamat. Menu dihantar dengan pantas. Anak anak aku dah mula nak buat rumah sendiri. Kelaparan masing masing termasuk aku walhal dah makan di rumah sebelum tu.

Terus order menu terbaru. Ada 4 tapi aku order 3 jer.



LAMB GRILL THE HULK - Terus terang aku katakan kekuatan menu ni terletak pada cheesenya ! Cheesenya diubah suai menjadi agak sedikit pedas tapi cukup menyelerakan. menyebabkan keseluruhan makanan di dalam pinggan ni menjadi sangat menyelerakan ! 


PULUT DURIAN TERGOLEK - Ketika diberitahu ada durian , aku macam.. Oh Man ! Durian lagi ke ? Aku tak larat dah nak makan durian tapi disebabkan nak tahu kelebihannya.. aku pun try la. Ok , menu di campur dengan santan yer , adik adik. Ada ais krim dan pulut. Fuh , jangan bicara soal kalori dalam ni yer. Hahahaha.. Sesekali nak belasah apa salahnya kan ? Aku lak dah sebulan workout non stop. Anggap je sehari cuti dalam sebulan. Lagi pun bukan nak masuk pertandingan bina badan. Hahahaa.. Opss.... ok , giler sedap ! Korang pun tau yang aisrkrim bila dicampurkan dengan durian , menjadi begitu berlemak kan ? Nah... ditambah dengan santan lagi... ada pulut ! Fuh.... rasa macam nak cari bantal dan tidur kat situ jer ! Power dah bagi aku ! 

Carbonara Sotong Penampar - Ketika menu ni sampai , aku berdiri jauh dari pelayan. Risau kena penampaq jer ! Hahahaa.. Tak tak.. gurau jer. Aku tanya tokey , apa pasal ada kait dengan penampaq? Sapa kena penampaq masa menu ni dibuat ? Dia tak sempat jawab , aku dah bedal. Nak tau kenapa ? Kena cuba sendiri.. Huhuh..  Ni aku siap tapau bawak balik woooo.. 

Ok.. aku nak makan ! Lapaq dah. Jangan lupa order air Milo Cheese Durian. Erk , jangan pelik ! Korang try dulu. Aku pun rasa cam pelik pada awalnya. Tak sanggup nak makan. Tapi demi nak rasa camana.. aku bedal jer. Mula mula sedut dua tiga kali dulu pastu 'lemaskan' durian tu ! Kemudian kacau. Nahhhh.. cuba sedut melalui straw yang diberi percuma itu. Aku yakin korang akan kata...

" Ben , giler laaaa... memang betul cakap kau. Sedap siuttt ! " . Terima kasih Ben sebab perkenalkan aku dengan restoran ni. Kikiki...



Selain tu.. ada banyak lagi air yang sihat sihat dalam tu. Air buah-buahan. Korang leh gabungkan dengan buahan yang ada dalam tu. Macam aku , aku gabungkan nenas dengan carrot. Memang aum la rasanya.. Hehehehe..


Dan sebelum balik... aku tapau Meatza. Ini signature restoran Cheese Banjir ni. Boleh makan 4 orang satu pinggan ni. Hahahaha... Padat dengan daging dan cheese gitu ! Kalau makan dulu meatza ni pastu gi gym , mesti semua besi leh angkat punya. Hahahahaa..

Sedap !



Alhamdulillah. Tak terasa menyesal makan. Yang pasti balik rumah , terus on treadmill dan angkat katil . Hahaahha.. Takda la. Makan je la.. Sederhana kan ? Janji berbaloi. InshaAllah. Jangan berumah kat sebelah restoran ni nanti dah la. Sebab hari hari nak makan. Hahahaha.. Banyak menu sedap sedap sini. Huhuh.. 

Ok.. Nak diskaun ? Boleh jer.. Jangan bagitau aku kasi tau yer. Korang follow Facebook Cheese Banjir. Kalau nak turun sana ramai ramai , pm dulu admin dia. Cer tanya.. kalau datang ramai , berapa diskaun leh kasi ? Haaaaa.. tu la cara dia. Hahahahaa.. Tak payah join contest aku dah ! 
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
" Abang , kenapa bil air bulan ni RM10 ??? ". Tanya wife. Sesungguhnya , bab bab ni memang aku serah pada dia. Segala urusan bil dia yang bayar. Maka dia taulah berapa bil air atau elektrik setiap bulan dan yang pastinya bulan ni memang naik. 

Persoalannya.. kenapa boleh naik ? Er.... setiap pagi dan petang , aku mandikan 3 orang anak. Dan diorang main air dalam bilik air. Tak pe la... air tak mahal mana pun. Boleh je bayar ! Setakat puluhan ringgit tu, ok je kan ? Heheheh.. Tu laaa pemikiran aku ! Aku bayar bil , 'diorang' sediakan laa perkhidmatan tu. Tak da air , pakat pakat bising di media sosial ! Huhuhuh.. kan kan ?


Tapi hari ni , aku dah paham ! Krisis air yang berlaku baru-baru ini , aku tak tau kenapa dan mengapa , telah aku fahami segalanya ! Huhuh.. Aku rasa aku kena mula berjimat dan menjimatkan air. Sesungguhnya air adalah sumber yang sangat penting bagi kita semua ! 

Pagi semalam , aku dan beberapa orang rakan blogger telah ke Pusat Informasi Sungai Penchala , Petaling Jaya untuk menghadiri pelancaran Agenda Pengawasan Air 2018 yang mana melibatkan Yayasan Spark dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya , Indah Water Konsortium , Jabatan Pengaliran Dan Saliran Malaysia , Lembaga Urus Air Selangor dan Global Enviroment Centre. 



Ketika aku tiba di sana , aku menyaksikan sendiri bagaimana komuniti setempat yakni Blok 1 , Desa Mentari Petaling Jaya , diberi tunjuk ajar mengenai program yang bakal dilaksanakan di kawasan perumahan mereka yang mana bertujuan untuk memastikan air dapat dijimatkan seterusnya dapat juga menjimatkan wang saku mereka.

Bagi memulakan projek Fasa 3 ini  , Yayasan SPARK dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Global Enviroment Centre telah membina tangki sistem tadahan air hujan di Blok 1 , Desa Mentari yang berhampiran dengan Sungai Penchala , salah satu tapak projek W.A.T.E.R. Sistem ini dianggarkan mampu menahan lebih kurang satu juta liter air hujan setahun dan akan memberi manfaat kepada lebih 1,800 penghuni untuk kegunaan umum seperti pembersihan , perkebunan dan pengairan semasa ketandusan hujan.

Satu program yang cukup murni dan ianya merupakan perintis kepada projek tersebut. Akan ada lebih banyak lagi projek ini dalam masa dua tahun meliputi seluruh Malaysia.

Sejak 10 tahun lalu , Yayasan SPARK telah melabur lebih RM8 juta bagi Fasa 1 dan Fasa 2 Projek W.A.T.E.R . Yayasan SPARK telah menjadikan lima sungai sebagai sungai angkat di Perak dan Selangor. Ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepentingan pemeliharaan sungai dan juga mengubah pemikiran mereka yang tinggal di sepanjang lembangan sungai yang disasarkan.


Tetamu jemputan yang hadir ketika pelancaran ini ialah Puan Renuka Indrarajah selaku pemegang amanah Yayasan SPARK  , Tuan Johari Bin Anuar , Timbalan Datuk Bandar MBPJ  dan Dr. K. Kalithasan , Koordinator Penjagaan Sungai , Global Enviroment Centre.

Menurut Renuka Indrarajah , menerusi Yayasan SPARK serta kerjasama dengan agensi terlibat berharap dapat melaksanakan pendekatan dan pendidikan kepada komuniti tempatan serta pelaburan untuk inisiatif inisiatif strategik yang akan dijalankan di lembangan Sungai Selangor , Sungai Penchala dan Sungai Way. Komitimen ini penting bagi memastikan perlindungan sumber air serta menjadi pengguna yang bijak .










Orang awam digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan atau rakan kerjasama menerusi laman web Yayasan SPARK di www.sparkfoundation.com.my.

Selepas ni , kalau rasa nak membazir air tu.. fikir-fikirkan la yer. Jika sungai tidak dijaga , bukan mudah untuk merawat air sungai tersebut ! Adalah penting untuk kita sama sama menjaga sungai kita demi masa depan , untuk anak cucu kita juga !



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Cukup ! Aku rasa dah terlebih sudah diorang dok main menda alah tu ! Sehinggalah satu peristiwa yang membuatkan aku naik angin pada Qhaliff. Memang teruk la dia dikerjakan aku ! Hurm.. Sehingga dia tak berani nak bertentang mata dah dengan aku. Handphone pon dia tak berani nak tengok dah. 

Sebelum ni , dia memang agak berani 'bermain' dengan aku. Hurm.. terlebih kasi muka kot sehingga dia pijak kepala aku. Sebelum dia berkata , " Ini semua salah daddy ! Daddy manjakan Qhaliff ! " , lebih baik aku amik tindakan sementara boleh dilenturkan lagi. 


Kesian tu memang kesian tapi aku perlu amik tindakan sewajarnya setelah berkali kali beri peringatan dan amaran. Aku kena keras dan wife kena lembut. Dia terangkan apa kesalahan dia dan kena fahamkan agar tidak melakukannya lagi. 

Dan akulah yang bakal jadi insan 'dibencinya' buat masa ini. Hurm.. Jika inilah harganya... aku kena terima. Yang pasti , takda sapa berani mintak dah handphone ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aariz tarik tangan aku. Dia suruh bukak daun pintu. Nak tengok luar la tu kot ? Sian. Nak bawak main luar , sekarang di taman aku ni , wabak denggi berleluasa. Tak berani lak aku. Hurmmm. Kalau tidak , setiap petang aku bawak diorang bermain di taman. Kena hati hati sekarang. 

Aku biarkan dia di muka pintu. Aku ke dapur sekejap untuk amik air minum. Pintu grill , berkunci. Bukan leh percaya sangat kat dia ni. Tau tau leh berada di luar pagar utama nanti. Huhuh.. Pandai dah skang ni. 



Bila aku kembali , aku terkejut ! What ????? Camana dia leh ada kat luar tu ? Aku tengok tingkap. Tertutup rapi ! Aku tengok Zahra dan abang dia , Qhaliff... dok layan tv ! Camana dia leh berada kat luar ???  Kunci dan mangga masih di tempat yang sama ! 

Dan muka Aariz cam penuh bangga jer ! Seolah berkata , HELLLLOOOO.. KORANG BUAT APA DALAM RUMAH TUUUU ? AKU KAT LUAR NIH ! 


Cepat cepat aku bukak mangga dan amik masuk. Dia cool jer ! Huhuhuh.. Aku masih tergaru kepala. Aku pandang grill. Takkan dia keluar ikut celah lubang tu ? Muat ke kepala dia ? Eh.. tak mungkin ! Bahaya tul la budak ni ? Aku mula berfikiran Aariz ni berdarah David Blaine !  Hahahaha.. Banyak tengok tv tul aku ni. 

Tak pe.. aku cuba sekali lagi. Aku nak bukak pintu dan tengok reaksi dia. Moga segala kekusutan aku, terlerai juga... Hahahaha... What ???? Masih tak percaya lagi aku camana dia boleh  berada di luar rumah tanpa buka kunci... Huhuhu.. 
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
" Mengadap cermin setiap pagi sebelum mandi. Usap janggut. Dalam fikiran aku, nak cukur abis atau sekadar kemaskan?  Persoalan yang sering bermain di minda aku. Kalau cukur abis , kelihatan hensem sangat. Aku nak kelihatan macho jer ! Hahaha.. maka aku pilih untuk trim atau kemaskan jer".

Cari shaver. 

Jumpa. Tengok mata pisau. Berkarat dah. Hurmm...Aduh , duit lagi.. Nak kena kuar beli lagi. Kos , kos dan kos ! Dengan status aku sekarang ni pastinya duit adalah penting. Kena jimat dan banyakkan menyimpan untuk masa hadapan. 

Nah.... ada kawan perkenalkan aku. 

" Ben... ko cuba guna Shaves2U. Sekarang ada free trial. Boleh try dulu. Kalau ok , boleh beli terus je di website Shave2U. ". Katanya.

Masuk ke web Shave2U dan terus sign up untuk free trial ! 

Klik je gambar untuk ke START FREE TRIAL

Dan seperti yang dijanjikan... Nah , sampai depan rumah terus ! Hehehehe... Apa lagi , tak sabar aku nak buka dan lihat sendiri shavers ni. Bukan apa , aku teruja dengan rekabentuknya yang nampak cukup aerodinamik. 

Bilah pisau tambahan dan krim selepas cukur tak termasuk dalam pek percubaan. Boleh dibeli secara berasingan

Free Trial ???
Mula mula aku cuba dulu untuk 2 minggu. Jika rasa Shaves2U ni sesuai sangat dengan aku malah menjimatkan , maka aku buat perancangan.. Pilih blade yang sesuai dan pelan jangka panjang aku. Nak berapa bulan atau amik setahun terus. 

Jika rasa tidak sesuai.. aku boleh cancel jer bila bila masa. 


Mudah je kan ? Bukan susah pun... Jimat banyak dah n. Tak payah nak beratur dah kat kedai dan yang paling penting , kita dapat cukuran bermutu dan shaver yang berkualiti tinggi... buatan USA dan Germany ! 

Nah.. jom tengok rekabentuknya... 

Cukup dinamik. Mudah untuk dikendalikan. Handle getah tapi sangat utuh. Tidak mudah tergelincir ketika bercukur walaupun tangan penuh dengan sabun ketika itu. Dan tidak berkarat sepanjang aku guna ! Nah.... kan kata untung dah. Satu handle ni leh tahan berbulan bulan lamanya. 







Dan dengan menggunakan shaving cream sebelum bercukur dan selepas bercukur , korang akan terasa kelainan sangat pada kulit muka korang tu. Dan yang penting, tiada kepedihan ! Biasanya akan terasa pedih kan ? 

Hehehehe.. aku tau. 


Arko Men After Shave Cream ni tak terdapat dalam Trial Kit dan boleh dibeli secara berasingan.





Haaa.. apa lagi ?? Tak cukup menyakinkan ? Tak pe.. korang cuba jer dapat dulu Free Trial Kit . Pastu buat tempahan. Hadiahkan untuk diri sendiri atau si dia yang tercinta. Kata sayang kan ? Bagi dia manjakan diri setiap pagi sebelum gi kerja. Baru nampak keceriaan di dalam kereta di pagi hari.. Kan kan ? Hahaha..

Ok... Aku kasi link untuk korang dapatkan Free Trial Kit. Klik : http://bdj.bz/S2UBENASHAARI . Dan jika nak buat langganan bulanan atau tahun , masukkan kod diskaun aku ni.. S2UBENASHAARI.

Cepat ! Kod diskaun aku tu tak lamaaa....nanti dah expired , rugi ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (14)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ▼  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ▼  Julai 2018 (30)
      • Sakit otot ? Letih ? Stress ? Nak urutan sukan dar...
      • Memilih pengasuh anak yang betul.
      • Big Baby Fair 2018 di Lazada, sekarang. Jangan lep...
      • Anak kecil kita terdedah dengan gejala dadah di se...
      • Anak-anak aku dilarang masuk pasaraya sehingga...
      • Dah tau camana Aariz berjaya loloskan diri!
      • Tips Tempah Hotel Online
      • 3 menu terlajak air liur berderai di Cheese Banjir !
      • Pentingnya ilmu mengenai rawatan air dan kepenting...
      • Tiada lagi gajet untuk Qhaliff dan yang lain !
      • Hah ??? Aariz ada ilmu halimunan ke ?
      • Ubah hari kita dengan Shaves2U !
      • Sila duduk dan jangan lari.
      • Dah boleh tambah dah !
      • Cendol Power di Seri Kembangan !
      • Sejujurnya , kerana Perancis aku tinggalkan Piala ...
      • Emas Adalah Aset Simpanan Mudah Dimiliki. Betul ke ?
      • Blog tak relevan lagi ! Sila bertukar..
      • Boroi ? Jangan risau aih ! Meh aku kasi tips hilan...
      • Zahra nak kuat , cam daddy !
      • Berhati hatilah wahai pengguna media sosial.
      • Fokuslah pada anak. Fokus !
      • Avillion Admiral Cove Port Dickson , memang terbaik !
      • Cuti Cuti Malaysia - Dekat Jer di Avillion Admiral...
      • 'Open House' Zy Phyto dan kelahiran SaudagarHerba.com
      • Aku berhenti kerja kerajaan sebab..
      • ASAP STEAMBOAT AND GRILL , cawangan Bandar Baru Ba...
      • Menjemur baju bukanlah satu tugas mudah bagi suami !
      • Bila aku dijemput ke 'rumah terbuka'..
      • Open House sana sini.. dengan baju Adreana Rose !
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC PENGALAMAN EILMAN - Tips contoh soalan ujian PKSK Lega!Dah selesai 2 exam besar yang penuh debaran untuk seorang... The post TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC ...
    56 minit yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    3 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes