Sejujurnya , kerana Perancis aku tinggalkan Piala Dunia !

by - Isnin, Julai 16, 2018

Masih dalam kepala aku. Pulang hampa ke rumah setelah kena kutuk abis abisan gara gara ketewasan teruk pasukan kesayangan aku ketika tu.. Brazil ke tangan Perancis pada Piala Dunia 1998 ! Ketika tu aku cukup kagum dengan Ronaldo sehingga sanggup botakkan kepala aku ! Hahaha.. Taksub punya pasal kata orang . 

3-0 ! Macam tak percaya. Punya la kuat sebelum tu tiba tiba lembik di peringkat akhir. Aku percaya pasukan Brazil jual game ketika tu ! Tak kira la apa nak kata ! Sebab lain macam permainan sangat permainan mereka. Tak bermaya ! 

Aku tak pernah teliti permainan Perancis ketika tu. Bagi aku Brazil cukup terbaik dah. Bila aku teliti kembali , aku terus jatuh cinta woi ! Hahahaha.. Rupanya mereka ada ramai pemain yang cukup bagus. Kesebelasan utama yang diturunkan sememangnya cukup bagus ! Tidak dapat dinafikan sama sekali. 


Namun di kejohanan berikutnya , Perancis layu dan Brazil menjadi juara ! Namun Perancis antara pasukan pilihan aku sehingga sekarang. Cuma dalam edisi ni , aku tak tengok sangat Perancis terutama dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. Maklumlah , tak de Zidane dan Henry. Tu aku malas amik tau. 

Perancis , seperti negara negara bolasepak yang lain.. mereka ada 'kilang' melahirkan pemain pemain muda. Hasilnya , Piala Dunia 2018... Piala Dunia milik mereka kembali ! 


Meneliti permainan mereka ketika suku akhir , aku dah jangkakan pasukan muda ini bakal menjuarai Piala Dunia kali ni. Mereka ada bakat , kesungguhan, tenaga , skill dan paling penting mereka bermain bersepasukan serta punya taktikal yang bagus di bawah pengendalian pengurus yang juga pemain yang pernah menjuarai Piala Dunia juga. 

Begitulah... kerana Perancislah aku tinggalkan Piala Dunia dan kerana Perancislah , aku kembali semula ke Piala Dunia. Brazil masih menjadi pasukan pilihan utama aku kerana corak permainan mereka yang menarik serta memiliki pemain yang punya skill individu yang cukup menawan namun Piala Dunia adalah permainan berpasukan... 

Tahniah Perancis kerana berjaya membawa balik Piala Dunia ke negara mereka kembali.. 

You May Also Like

1 comments