Awal pagi Ahad. Bertolak ke Pulau Pinang. Ada kerja sikit kat sana. Sekeluarga ikut sama. Ketika memandu , cahaya matahari mula menyinari bumi Kuala Lumpur. Aku cepat cepat tukar cermin mata. Cermin mata yang aku guna sekarang, perlu ditukar kantanya kerana dah usang. Bingkai masih cantik dan utuh ! Aku pakai buat gi gym jer. Memang tahan lasak.
Zasss ! Cahaya matahari tepat kena mata aku. Pergh... nasib baik aku dah tukar cermin mata. Kalau tidak , mau buta sesaat dua jadinya. Boleh eksiden wo ! Jangan main main bila bab gini. Sangat merbahaya. Ada je yang berpinar mata dan hilang konsentrasi pemanduan.
Alhamdulillah.. aku dapat teruskan pemanduan dan bagusnya , aku tak mengantuk sama sekali. Biasanya dengan cuaca dan keadaan gitu , memang akan jadi mengantuk. Mata penat ! Maka berjayalah saya memandu dari KL ke Pulau Pinang dengan sekali je berhenti isi petrol dan buang air kecil. Heee... Kalau dulu ??? Perghh.... setiap RNR aku akan berhenti sebab mata penat dan mengantuk !
Dan satu kes lagi , bila memandu malam. Kalau balik dari rumah mak aku di Cheras , lewat malam dan masuk ikut lebuh raya.. memang aku akan sakit hati ! Kereta berlampu putih yang menyakitkan mata makin bersepah ! Depan belakang kena tembak dengan lampu putih ni. Silau mata weh !
Tapi bila guna cermin mata dengan kanta Alpha 2.0 ni , kesilauan berjaya dikurangkan dan mata pun tak berpinar di malam hari !
Ada dua pilihan sebenarnya. Macam aku , aku buat dua dua jenis. Satu yang kacamata smart dan satu lagi yang boleh pakai siang malam. Yang smart tu , aku guna bingkai RayBan dengan kanta yang separa gelap. Masih boleh memandu dalam cuaca hujan lebat dan ianya nampak clear. Tapi untuk memandu malam hari , tak sesuai.
Maka aku guna je cermin mata boleh tukar gelap. Yang ni aku guna ketika memandu siang dan malam. Ada kes yang mana kawan aku buat cermin mata gini tapi sayangnya , tak tukar gelap pun ! Naya sungguh la dia. Suruh gi balik , katanya malas. Jauh satu hal lagi. Hurmm.. Mahal lak tu !
Mahal ?? Yang mahal biasanya bingkai tapi sekarang macam macam jenis bingkai ada. Cermin pun macam macam jenis kualiti ada. Ikut kemampuan kita la.. Kalau ada duit , beli yang bagus kualitinya. Kalau takda duit macam aku ni , beli la yang boleh tahan 2 tahun gitu kantanya. Pastu sampai masa , tukar jer kanta. Mudah ka ?
Macam aku kata tadi... ada macam macam cara untuk elakkan masalah silau bila memandu ni. Selain gelapkan cermin kereta yang mana aku malas nak lakukan kerana faktor keselamatan , aku lebih suka gunakan cermin mata. Kacak pun kacak ! Hahahaha.. kan ?
Harga jangan risau.. korang boleh deal je kat sana. Sebut nama aku 3 kali. InshaAllah diorang kasi diskaun ! Heee..
Eyes Vision Group
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)