Si pipit memilih makanan ?

by - Jumaat, Februari 02, 2024

Masuk dah Februari 2024. Sekejap je masa berlalu.  Aku... teruskan kehidupan seperti biasa. Kurangkan mengeluh dan banyakkan beristighfar. Belajar dari kehidupan lalu. Ambil yang baik, yang lepas jadikan pengajaran. 

Setiap pagi.. aku suka berjalan kaki sebelum ke gym. Saja ambil udara segar. Kekadang ngan anak anak. Kekadang sorang sorang jer. Yelah, kalau selisih ngan awek awek taman yang duduk menyewa sini , senang sikit nak senyum.. Hahaha.. Mati kalau bini aku baca ni. 

Sebenarnya aku terhibur dengan kicauan burung di kawasan aku ni. Ada macam macam jenis burung ada. Segalanya mengimbau kenangan ketika aku masa kecil dulu yang mana arwah ayah aku ada membela burung Murai Batu , Tiung Cina , Merbuk. Rajin dia kemaskan sangkar sangkar tu. Setiap hari dia bersihkan. Pernah tanya kat dia.. kenapa kurung burung burung tu ? Diorang pun nak bebas ? Huhuh... Senyum je la dia. 

Minat pada burung tu membawa sehingga ke hari ini cuma aku takda la nak bela dalam sangkar. Kos tinggi. Lagi pun aku tak beberapa rajin macam arwah ayah. Seperti kucing , aku minat juga tapi tu la.. nak jaga dia bukanlah mudah. Takkan nak main lepas depan rumah jer. Cukup cukuplah dengan kucing area taman aku ni yang berak merata rata.. Huhuh.. 

Satu hari tu, aku terperasan banyak burung main depan rumah aku ni. Berkicauan memasing. Sesekali ada ternampak helang singgah. Taik dia pun sedap lepaskan kat kereta aku. Besar kau ! Hahahaha.. melekat kuat ! 

Tetiba timbul rasa nak main dengan burung. Aku pun gunakan bijian barli yang awalnya aku nak buat air untuk aku minum setiap hari. Saja nak tengok diorang makan ke tak. Target aku ialah murai atau merbuk. Tapi yang datang , pipit. Bukan sekor dua tapi berjemaah ! 


Ada kawan di Facebook kata , kalau pipit datang makan tu tandanya dia dah mesra ngan kita dan bukan mudah sebab pipit ni memilih makanan ! Huih ? Yeke ?? Aku test letak almond , diorang makan. Walnut , tak nak. 

Hurm... 


Barli yang aku bagi dah abis. Cari yang baru. Gi kedai runcit. Nampak ada jual barli murah. Aku pun beli la 4 paket gitu. Belanja si pipit ni seminggu. Moga kenyang diorang. Huhuhuh.. Tapi sangkaan aku meleset ! Diorang tak nak barli ni ! Tak berusik !

Apakah barli pun pun ada level level ke ? Aku try bau barli ni.. hurmm.. Dari sudut size pun ada beza dengan yang aku kasi sebelum ni.. 



 Aku beli semula barli yang sebelum ni. Semalam aku kasi diorang makan.. Abis licin ! Amboiii.. memilih korang ehh ?? Tapi dari situ aku belajar... benarlah.. makanan yang berkualiti ni, memang harga dia kayangan skit. Maka kita pun kena jadi macam pipit tu.. Pilih yang berkualiti untuk teruskan hidup , jika ada pilihan. 

You May Also Like

1 comments

  1. suka baca luahan Ben. Tulis yang simple@ pun banyak juga bagi mesej nya

    BalasPadam