Jangan jadi macam aku !

by - Khamis, Februari 22, 2024

Cuti sekolah. Dalam kepala mereka , nak tidur sampai ke tengahari ! Hahahaha.. Yelah, masa sekolah kena bangun pagi. Petang dan malam ada aktiviti lagi. Kul 10 malam baru dapat tidur. Tu pun kalau diorang tidur. Kalau dok main sesama mereka.. mau mau kul 11 lebih baru tidur. Pastu kul 5 lebih dah bangun. Isnin sampai Ahad. Gitulah.. 

Tapi sayangnya.. aku tak benarkan mereka tidur lama ! Tetap bangun pagi.. lepas subuh , beraktiviti ! Tak kira.. Kalau takda kelas tambahan secara online bersama FlyHigh Education Centre la.. Kalau ada , memang kena masuk kelas dulu. Kalau sempat , gi panjat bukit dulu. Kalau tak , ikut aku gi gym. Kat gym, aku latih Qhaliff skit skit.. 

Ikutkan.. aku sendiri dah penat badan dan perlukan rehat tapi aku kena tunjukkan pada mereka yang aku tetap bertenaga. Kalau diorang tengok aku sendiri lembik.. memang abis la ! Kena tunjuk contoh yang bagus bagus pada mereka kerana mereka sedang mencari idola untuk ditiru ! 

Aku selalu bercerita pada mereka. Tak kira la waktu panjat bukit... waktu berjalan ke surau.. kisah silam aku.. kisah aku semasa kanak kanak dulu. Aku selitkan teladan dan juga tauladan dalam cerita tu. Bahaya jika pergaulan tanpa batasan. Jauhi rokok , dadah.. dan pentingnya dengar cakap mak ayah dan juga cikgu. Gitulah...


Jangan tiru ni ! 

Alhamdulillah... doa seorang isteri dan ibu diperkenankan Allah

Syukur kepada Allah atas peluang yang Dia berikan. Aku besarkan anak anak dalam suasana sederhana dan memberikan peluang kepada aku jadi seorang ayah yang bertanggungjawab walaupun tak sempurna. Memang aku impikan gini. Aku tak nak berikan mereka harta melipah ruah. Aku nak didik mereka menjadi insan yang berilmu dunia akhirat. Jadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. 

You May Also Like

0 comments