Gigi anak berlapis , apa kena buat ?

by - Selasa, Februari 06, 2024

Periksa gigi Aariz sebab pelik dia tak pernah jatuh gigi susu lagi. Elok je semua. Rupa rupanya , dah naik gigi kekal kat belakang. Dua batang ! Aduh... risau aku jadinya. Yelah..kang berlapik lapik jadinya. Apa nak kena buat ?

Aku cari maklumat di Google. Hurm.... kena cabut ! Nak cabut camana kalau dah tak goyang ? Kalau gi klinik , aku risau kena cucuk jer. Nak cucuk , perghhhhh ! Aku confirm dia takkan jejakkan kaki dia kat mana mana klinik gigi dah.. macam aku ! Hahahaha.. Sakit wehhh ! 

Nak tak nak.. aku terpaksa goyangkan gigi dia sendiri. Aku kena cabut sebatang gigi depan dia. Yang belah bawah. Dan berjaya juga la longgarkan tapi tak tercabut sebab dia takut. Maka terpaksa la pergi ke klinik swasta untuk cabut. Nak ke klinik gigi kerajaan, aku tak jumpa cara camana nak buat temujanji. Setahu aku kena buat temujanji dulu sebelum nak ke sana. Mesti makan masa punya. Sian pulak si Aariz ni. 

Aku mesej klinik Dr. Smile di Putrajaya walhal kat area aku ni banyak dah klinik gigi swasta. Aku pilih situ sebab pernah buat review kat sana dan aku berpuashati. Mesej berbalas dan berjaya dapat temujanji pada hari Sabtu. 

Tiba masanya... 



Berjaya cabut ! Drama sedikit jer. Tapi dia kental. Dan doktor gigi tu bagitau , gigi yang kena cabut tapi kena tunggu longgar. Kalau nak cucuk bius, memang sakit punya. Dia takkan dapat tahan. Menjerit nanti. Maka nak tak nak, aku kena buat operasi longgarkan gigi dia. Wife aku ? Dia takut. Pelik gak aku. Tang dia beranak , pandai pulak suruh aku tengok. Dia ingat aku takda rasa takut dan sakit ke ? Anak nak cabut gigi, dia pandai lak takut ! Huhhhhh  !

Kos rawatan.. RM80 termasuk kaunseling dan juga kapas. Heee.. kalau bius, entah berapa lak kenanya. Tapi bagi aku, harga tu masih dalam bajet aku la.  Tu baru sebatang. Kalau mau dua tiga batang ? Mau gak aku kena kerja kat situ sebulan tanpa gaji ! Huhuh...

Bincang ngan wife.. dia cari info mengenai klinik pergigian kerajaan. Dan dia berjaya hubungi klinik untuk dapatkan maklumat cara dan prosedur. Katanya kalau nak gi klinik gigi kerajaan tanpa perlu buat temujanji , kena gi hari biasa jer. Terus walk in jer ! 

Wah..mudah ! 

Perancangan dibuat dan tiba masanya.

Ke Klinik Pergigian , Sepang hari ni . Jam 8 pagi dah sampai situ. Tapi... tapi... bekalan air lak terputus kerana ada manusia keji buat hal ! Aduhhh.. Mereka suruh ke klinik Nilai atau Kuarters Klia. Nasib baik tak jauh. 

Sampai je situ.. terus mencari cari ngan sapa nak bertanya prosedur. Wife seperti biasa.. dia uruskan semuanya bab dokumentasi ni. Selesai... Tunggu giliran. Syukur  tak ramai pesakit. Menunggu dalam sejam gak la sebelum nama ketiga tiga anak dipanggil.Seorang demi seorang.



 Alhamdulillah.. selesai ! Nasib baik aku suruh check ketiga tiga. Zahra ada masalah lubang. Kena tampal. Qhaliff ok gigi dia cuma kena rajin cuci belah dalam. Aariz , gigi ok tapi yang berlapis tu , doktor suruh longgarkan je dan biar je dulu. Nanti dia akan jatuh sendiri. Kalau nak bius , meraung dia. Kata doktor muda yang baik hati tu. 

Lega.... kos rawatan zero. Wife penjawat awam.. Pasni memang ke klinik gigi kerajaan je la. Hee.. jimat banyak ! 

You May Also Like

0 comments