Cari pakaian sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari jer !

by - Rabu, Februari 14, 2024

Alhamdulillah..selesai dah ! Sebelum cuti sekolah hari tu gi borong semua. Beli awal mudah ! Risau takda size dan sementara ada duit. Heee.. Kualiti pakaian tu penting! Macam biasa.. kami pilih Pusat Pakaian Hari Hari je. Layanan mesra , harga ok dan tak banyak cerita.. pilih yang sesuai , tangkap , bayar dan balik ! Layanan mesra ni amat penting tau ! Kekadang boleh bikin kita mati nafsu nak membeli kat sini. Hahaha.. kan ? Tengok muka ketat macam kita datang nak mintak sedekah jer..

Sejak Qhaliff darjah 1 lagi kami ke Pusat Pakaian Hari Hari ni. Semua ada. Banyak pilihan. Dan banyak cawangan. Kalau rasa tak sempat nak pergi ke kedai, boleh je kita beli secara online. Asalkan tahu size dan apa kita nak. Pilih dan bayar pastu tunggu je sampai depan rumah. 

Lengkap ! Dari pakaian sekolah biasa , ke pengawas dan juga KAFA ada jual. Pakaian orang dewasa pun ada. Alang alang dah memilih pakaian untuk anak anak , terus je beli untuk kita. Harga pun ok jer. Bagi mereka yang tak kisahkan jenama , ok dah pakaian kat sini. Tak perlu nak pening kepala. 




Beg sekolah, akan menarik perhatian anak anak kita. Bagi aku, kalau kita tak ajar mereka memilih berdasarkan jenama, inshaAllah kita akan jimat banyak. Begitu juga kasut sekolah. Ada macam macam pilihan. Ikut bajet kita. Cuma size je la. Kalau gi lambat lambat , takut takda size. Baju sekolah gitu gak. Maklumlah , Pusat Pakaian Hari Hari ni dah menjadi pilihan ramai.. 

Tak perlu risau kalau tersalah beli size. Boleh tukar dalam masa 7 hari. Tapi jangan cabut tag harga dan pastikan ada resit pembelian.  Oh ya.. korang boleh cari cawangan mereka melalui locator yang aku sertakan di bawah sekali. Saja suh korang scroll sampai bawah. Heee.. 








Bagi kebebasan untuk anak anak memilih apa yang mereka nak kerana harga di sini bagi aku, mampu beli. Aku pun tak nak la ajar mereka memakai pakaian berjenama di kala ekonomi dunia yang tak menentu ni. Pakai je apa saja asalkan ada kualiti dan tahan lama. Tu yang penting. Sapa je yang kisahkan jenama kat sekolah ? Hahahaah..

Pentingnya faktor harga kerana jika koyak atau hilang , takda la nak rasa ralat sangat. Seperti kasut sekolah yang mana bila bersukan , kasut tu gak la diorang bantai main bola. Gitu gak dengan baju dan seluar sekolah. Mereka aktif di sekolah. Takkan nak marah diorang kalau koyak. Kang jadi tunggul kayu je kat sekolah tu.. 



Bagi yang belum berkesempatan nak membeli pakaian sekolah , gi la cepat cepat. Pusat Pakaian Hari Hari ni, semakin ramai kunjungi. Silap haribulan , payah dah nak dapat size dan jenis kain yang kita nak. Settle cepat , boleh tenang kepala ! 

" Selamat datang ".. " Terima kasih".... 

Ucapan yang akan kita dengar bila masuk dan keluar Pusat Pakaian Hari Hari. Selamat bercuti ! 

Pusat Pakaian Hari Hari : 

Websites : http://ehari.com.my

Shoppe : http://shoppe.com.my/harihari_

Lazada : https://lazada.com.my/shop/hari-hari

Location 109 branch : http://hari.com.my/locator




You May Also Like

2 comments