Cipta kenangan bersama anak anak tanpa sesen pun !

by - Jumaat, Februari 16, 2024

Dah seminggu berlalu.. Takda plan bercuti ke mana mana dalam masa terdekat ni. Mungkin akan ke beberapa tempat ilmiah seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan Perpustakaan Negara. Dah janji nak bawa diorang sebelum ni. Tak  tertunai lagi. Tunggu mem besar ambil cuti panjang skit. 

Jadi apa yang aku buat bersama anak anak di rumah ? Jadi singa ? Rimau ? Hee.. tak ! Mudah jer. Aku penatkan diorang. Segalanya bermula di subuh hari. Pastu terus ke bukit berhampiran. Naik turun bukit pastu gi gym terus. Diorang memang takkan tidur sehingga tengahari. 

Di gym.. jika kosong , aku akan ajar sikit sikit bersenam. Kasi tegap sikit yang lelaki manakala perempuan kasi fit ! Saja dekatkan diorang dengan aktiviti sihat yang juga melibatkan aku. Lebih baik mulakan dari sekarang... kan ? 

Mendaki Bukit Melati , Nilai.. walaupun ada yang kata nampak mudah tapi sebenarnya aku nak kuatkan kaki mereka. Qhaliff yang bakal sertai pasukan badminton sekolah , pastinya nak kena lebih kental. Zahra dan Aariz pun gitu gak. aku nak sadokan diorang ! Bukan gemuk atau berisi tau tapi lebih pada nak kasi nampak kemas tubuh badan mereka. 




Dan Alhamdulillah.. mereka seronok ! Walaupun aku ulang setiap hari.. mereka kata naik bukit memang best ! Aku pun best gak la. Leh latih kaki jadi lebih kental. Lutut kena kuat di usia gini. Ada yang kata tua tua ni, baik ulang alik masjid je la.. Huh ! 

Bagi aku... mereka dah ditanam dengan sifat cintakan kesihatan berbanding mengejar makanan sedap ! Diorang tau dah nilai kesihatan. Diorang tahu kalau jatuh sakt , kos perubatan bukan murah. Allah beri teguran pada aku melalui wife ! Bersyukur sangat sempat ubah sebelum dijemput Allah. 


 

You May Also Like

3 comments

  1. Nampak best Bukit Melati tu ... Ada rezeki nanti nak bawak anak-anak pun hiking situ.

    BalasPadam
  2. bagus abang ben luangkan masa dengan anak-anak macam ni. ini la masa nak luangkan masa dengan diorang, nanti dah besar takde la masa macam ni sangat kan

    BalasPadam