Boleh ke tak makan sarapan pagi ?

by - Isnin, Februari 05, 2024

Aku yang dulu. Bukan gemuk atau boroi tapi kerosakkan perut !


Apa ? Tak sarapan pagi ??? Boleh ke ??? Abis tu ada ke tenaga nak gi kerja ? Nak melakukan tugas tugas berat ? Nak jemur pakaian ? Nak bersenam di pagi hari kalau tak makan ? Mampukah ? Giler punya ajaran dah ni ! 

Dulu aku pikir gitu la. Sampai ada ajaran kata kena makan 4-5 kali sehari. Paling tidak pun, 3 kali sehari yakni pagi , petang dan malam. Nak lagi best , ada ajaran kata makanlah selagi sihat. Nanti dah tak sihat , takda selera makan.. masa tu baru teringin nak makan itu ini ! 

Maka nak ikut yang mana satu ? Bagi aku yang ada masalah dengan perut ni dek kerana kesilapan masa muda dulu yang makan suka ikut nafsu , maka aku sedang berusaha makan pagi selewat yang mungkin. Maksudnya aku nak cukupkan waktu 'kelaparan' aku dalam 12-14 jam ! Nah... bermakna makan malam aku yang terakhir adalah jam 8 malam sehinggalah aku makan semula dalam jam 10 pagi gitu. 

Dalam masa berlapar tu, aku guna pakai tenaga yang sedia ada dan juga lemak lemak yang disimpan ! Yer.. lemak lemak tu la kita guna ! Takkan nak simpan jer kan ? Bila lagi nak guna ? Ini bagi mereka yang inginkan berat badan yang ideal la. Dan juga mereka yang ada masalah dengan diabetis dan juga tekanan darah tinggi. 

Bagi yang sihat.. nah, sarapan pagi tu elakkanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan juga gula. Cari yang tinggi protein dan juga serat. Jauhi gula putih walaupun kita sihat. 


Jika kelaparan , aku akan minum dulu air halia dan makan sebijik dua telur selepas buat kerja.

Tugasan harian yang tidak memerlukan banyak tenaga..

Adakalanya aku gi gym dengan perut kosong. Fokus banyak pada menguatkan otot dan stamina

Wajib beli 2-3 papan seminggu. Walaupun ada yang kata mahal , tapi itu lebih baik dari pagi pagi aku membeli roti canai , nasi lemak , kuih muih yang mana kos perbelanjaan lagi tinggi sebenarnya. Aku dan anak anak akan bersarapan pagi begini saja. Masa untuk mendidik sebelum terlewat ! 

Bukan mudah sebenarnya kita nak didik anak anak kerana ada je dugaan dan ujian dari orang sekeliling. Mereka ingat kita nak kurus , nampak kacak , nak awet muda tapi yang diorang tak nampak ialah kos bila jatuh sakit ! Bila sakit , yang susah tu kita. 

Amik contoh bila si sulung demam batuk selsema. Nah.. kos beli ubat berapa dah ? Kena beli suppliment tambahan lagi. Mau gak abis hampir RM200 ! Tu baru seorang. Kalau berjangkit kat si kakak dan bongsu ? Yang kena keluar duit bukan mereka yang dok ulur makanan tak sihat pada anak anak kita tu.. kita gak kena ! Daripada dok beli ubat ubat gitu, laburkan saja duit tu membeli makanan yang sihat sihat pada anak anak kita. 

Aku tengok kebelakangan ni ada je influencer influencer dok galak ajak makan makanan yang.. hurm.. Diorang tak pe... diorang dapat bayaran dan makanan percuma. Kita yang terpengaruh ni , mau pikir panjang la. Aku dulu pun salah seorang dari mereka sehinggalah aku sendiri tau yang aku pun dah tak sihat ! Dalam dok ingat sihat , rupanya... hurm ! Alhamdulillah , Allah dah beri kesedaran dan aku perlu perbetulkan semula apa yang aku dah buat sebelum ni. 

Alaaa.. bukan selalu pun ! Ceh !! Jangan membohong laaa. Memang bukan selalu makan makanan tu tapi makanan lain ? Ibarat jalan raya yang baru diturap.. cantik ! Tapi bila dah ada yang merosakkan seperti lori tanah , lori pasir yang mana hari hari dok lalu atas jalan raya tu.. korang rasa rosak tak nanti? 

Perut kita.. kita kena pikir ! Mati.. semua orang mati ! Tapi sebelum mati tu , nak ke ulang alik ke hospital dek kerana nak mengubati penyakit yang berpunca dari gaya hidup tidak sihat kita tu ??

Kesimpulan... makanlah ikut keperluan ! Jika tak perlu makan , jangan makan. Jangan jadi serupa lembu.. asal jumpa rumput.. ragut ! 

 

You May Also Like

1 comments

  1. telur mahal pun masih kira lauk murah lagi banding lauk lain.hehe

    BalasPadam