Dulu aku sering gelakkan isteri aku yang mana dia memang spesis tidur awal. Jam 9 lebih tu , dia akan tertidur sendiri. Sedang layan movie di Netflix pun dia akan tertidur lena. Dan dia akan bangun jam 2-3 pagi. Aku lak memang spesis bertentangan dengan dia. Tidur lewat sebab nak layan tv atau kerja blogging.
Tapi bila umur semakin meningkat , ditambah pula badan sering sengal sana sini terutama lepas bersenam.. aku perlu ubah waktu tidur aku. Tambahan pula nak bangun awal untuk ke surau atau masjid untuk solat berjemaah. Huhuh.. baru ada kesedaran. Alhamdulillah. Nasib baik Allah panjangkan umur. Sempat la nak berubah.
Bila aku ubah waktu tidur aku , aku dapati banyak perubahan pada aku terutama dari sudut kesihatan. Badan cepat pulih dan keradangan pun cepat sembuh. Bangun tidur tak sakit kepala dan perut pun terasa slim gitu haaa !
Aku teruskan gaya hidup aku ni walaupun bila aku gi bercuti di tempat orang. Kalau dulu , bila pergi bercuti.. aku akan cari gym berhampiran. Tapi sekarang , aku akan kenal pasti surau atau masjid berhampiran dengan hotel agar aku dapat pergi solat berjemaah. Gitulah... Disiplin terbentuk sebab aktiviti gym. Maksudnya kalau aku boleh pergi gym.. aku mesti lagi boleh pergi solat berjemaah ! Haa.. takda alasan !
Tidur awal bangun awal..
Banyak manfaat.
Kebaikan tidur awal & bangun awal
🌙 1. Hormon lebih seimbang
Penghasilan hormon melatonin berlaku secara semula jadi pada waktu malam.
Hormon pertumbuhan (growth hormone) yang membantu pemulihan otot dan tisu banyak dirembes ketika tidur nyenyak.
💪 2. Pemulihan otot lebih baik
Sesuai untuk mereka yang aktif bersenam.
Membantu pembaikan otot, mengurangkan keletihan dan meningkatkan prestasi latihan.
🧠3. Otak lebih cergas
Meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan membuat keputusan.
Mengurangkan rasa mengantuk pada siang hari.
❤️ 4. Menyokong kesihatan jantung
Membantu menstabilkan tekanan darah..
Mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular.
⚖️ 5. Membantu kawal berat badan
Tidur mencukupi membantu mengimbangi hormon lapar (ghrelin) dan hormon kenyang (leptin).
Mengurangkan keinginan terhadap makanan manis dan tinggi kalori.
🩸 6. Membantu kawalan gula dalam darah
Tidur yang berkualiti meningkatkan sensitiviti insulin.
Berpotensi mengurangkan risiko diabetes jenis 2..
🛡️ 7. Menguatkan sistem imun
Badan menghasilkan dan mengaktifkan sel imun dengan lebih berkesan semasa tidur.
😊 8. Mood lebih stabil
Mengurangkan risiko stres, keresahan dan mudah marah.
Membantu emosi lebih terkawal.
☀️ 9. Lebih mudah mendapat cahaya matahari pagi
Cahaya matahari awal pagi membantu menghasilkan vitamin D (melalui pendedahan kulit) dan menyelaraskan jam biologi badan.
⚡ 10. Tenaga lebih konsisten sepanjang hari
Kurang bergantung kepada kafein.
Badan terasa lebih segar dan bertenaga.
Tidur awal sangat membantu kerana ia menyokong pemulihan otot, keseimbangan hormon, kawalan lemak viseral (belly fat) dan prestasi senaman pada hari berikutnya.
Kalau korang ada masalah dunia , cubalah dengan amalkan solat subuh berjemaah selama 40 hari. InshaAllah akan ada jalan keluar. Kena mintaklah ! Sujud , berdoa dan merayu padaNya. Bukan layan media sosial cari jalan keluar.
Tidurlah awal ! Sesungguhnya kesihatan kita ni tak ternilai harganya....


