BEN ASHAARI



 

Aku tak dibenarkan tidur bersama Aariz ! Sian Aariz.. Aku kena tidur bersama sama hero dan heroin rumah ni, Qhaliff dan Zahra. Kena tidur tengah tengah dan tangan didepakan ! Nak berlengankan tangan daddy. Huhu.. Aku tak tau la camana nanti kalau aku outstation lama lama..

Menariknya.. bila aku terlelap terlebih dahulu , si Zahra akan bersuara..

“ Abang , daddy sleep ! “.

Dia akan naik terus ke perut aku dan lompat lompat manakala si abang lak akan berusaha buka kelopak mata aku ! Aduhhh… Tuhan je la tau camana perasaan aku ketika ni !

“ Daddy , jangan sleep lagi tauu.. “. Amaran dari Qhaliff.

Geram.. aku pura pura tidur kali ni. Dan Qhaliff memanggil adiknya kali ni ! Terus bukak mata ! Tak berani nak tunggu diorang melompat atas perut aku.. Aduhhhh.. Bikin hot sajaa duorang ni..

image

Siangnya, dua dua .. cukup tidur ! Aku yang tidur lewat , bangun awal.. memang mengantuk punya laa ! Huhuhuh.. Rasa cam nak larikan diri je dari rumah.. ahahaha.. tak tahan kena dera ngan diorang berdua ni..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Dah beberapa kali aku dipelawa untuk memberi kelas mengenai media sosial. Di IPTA atau di kelas kelas berbayar. Beberapa kali aku menolaknya. Cuma sekali dua je aku terima atas alasan tertentu. Seingat aku di Teluk Intan , anjuran MARA.

Aku sebenarnya lebih suka menyebarkan ilmu secara percuma. Ajak minum mana mana dan borak secara santai. Cara begitu aku lebih senang. Dan secara tidak langsun , aku sendiri pon menerima ilmu yang baru. Win win situation gituu.. Hehehe..

Alasan lain.. aku takda pengiktirafan dalam bidang ni. Aku cuma ada PENGALAMAN serta seciput ilmu mengenai media sosial. Aku takkan buat duit melaluinya , sama sekali !

Alhamdulillah.. sehingga sekarang , aku menolak panggilan mereka yang mengelarkan aku sifu.. Aku tak layak sama sekali. Walaupun ada yg kata aku dah buktikan kemampuan aku , namun di luar sana.. berteraburan insan insan yang lebih layak dari aku untuk berkongsi rahsia atau tips mengenai bidang ini.

Aku tak ingin kejar kekayaan duniawi andai cara aku itu tidak berkat! Biarlah ala kadar dan yang penting , aku dapat membantu insan lain andai mereka memerlukan , selagi aku terdaya !

Alhamdulillah.. walaupun aku begini , ada juga insan yang telah aku bantu melalui cara aku tersendiri..

“ Biar nampak kecil di mata manusia.. “

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku tak leh dukung Aariz. Zahra suruh letak dia kat atas katil. Aku letak ,dia  datang duduk kat pangkuan aku. Air mata , bercucuran ! Aduh… kuat cemburukah itu tandanya ?

image

Malamnya , aku keluar dengan Qhaliff ke kedai makan. Tapau makanan. Qhaliff ngan Zahra nak makan roti canai telur. Bawak Qhaliff senang skit berbanding Zahra. Dia suka berjalan ke sana sini tanpa rasa takut langsung ! Hurmm..

Tak lama kemudian , wife antar gambar.. Zahra meraung tengok kitorang takda dalam rumah ! Hahahaha ..

image

Tertidur depan pintu menanti kitorang balik. Sampai je rumah , dia nampak aku , terus sambung menangis.. Aku hulur choki choki.. terus ok ! Hahahaha.. Makcik sorang ni , kaki makan ! Nanti bawak gi food review , mesti berbaloi punya.. Dia suka makan tapi jumlah skit jer.. Nafsu besar.. Aku jugak kena abiskan.. Adeh..

Memang anak perempuan manja ngan ayah eh ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Argh… takut tul tertidur dalam kapal terbang mahupun dalam kereta orang.. Apatah lagi kalau gi trip bersama rakan rakan , tidur beramai ramai.. dengkur merupakan musuh no 1 kawan kawan kita. Haahahaha.. Meh pakat ‘lumba racing’ !

Secara jujurnya , aku juga insan yang punya masalah dengan dengkur ! Arghhhh.. stress siut ! Bila bangun tidur , kawan atau orang sebelah kita , senyum ‘sepahit madu si isteri ‘ pada kita !

“ Er , aku dengkur ke ? Maaf yer.. “.

“ Tak pe .. Ayah saya lagi kuat dengkurnya.. “.

Aduhhh.. stress tul ! Pelbagai jenis ubat ada di pasaran tapi yang mana sesuai dengan kita ? Atau , guna je pakar untuk selesai masalah ni.

Yer.. aku rasa aku nak guna pakar je la.. Nanti nak check dengan Dr.Ko !

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Pertama kali aku tengok XCAPE RESORT Sg.Lembing ni , di Google. Aku terima pelawaan ke sini walaupun baru je jejakkan kaki ke Taman Negara , awal tahun ari tu gara-gara gambar di Google.

image

Hurmm… aku tak percaya XCAPE RESORT segah seperti di dalam gambar yang aku nampak. Mesti edit punya ni ! Maklumlah, aku dah beberapa kali ditipu dek kerana gambar ! Hurmmm..

Dan pertama kali aku jejakkan kaki di XCAPE RESORT Sg.Lembing ni , aku tergamam ! Wowwww !!! Ada resort secantik ni , di dalam hutan rimba ? Untuk pengetahuan korang , nak ke resort ni .. kena naik pacuan 4 roda dari bandar Sg. Lembing , 9 km jauhnya ! Fuhhh.. Jauh okk ! Kalau gaduh ngan pasangan ketika dalam ni , memang takkan berani punya la nak balik sorang diri.. Hahahaha..

Jangan risau kenderaan korang. Akan diletakkan di satu tempat yang ada pengawal. InshaAllah akan selamat. Dan kemudian akan ada kenderaan bawak masuk ke resort. Hehehehe.. Syok naik pacuan 4 roda dan redah laluan yang pastinya membuatkan korang tersenyum. Berbual riang atas kereta tu.. hehehe..

Sewaktu turun dari pacuan 4 roda , masing masing tak sabar nak ke kawasan EXCAPE RESORT ni. Maklumlah , lama tak segarkan kepala. Dan semua semak dengan hal hal kerja  dan peribadi di bandar tu. Semalaman di sini pasti membawa perubahan ketara punya.. Huhuhhu.

image

Aku tersenyum melihat tempat ni. Bersih , nyaman , segar mata memandang dan luas !!

image

image

image

Selesa sangat chaletnya. Boleh muatkan 6 orang dalam satu bilik.. 2 lagi tu tido atas tilam kat lantai la. hehehe.. Ada kipas dan aircond. Plug point pon ada banyak.. leh charge handphone walaupun dalam resort ni , signal lemah sesangat sangat.. Jangan mimpi nak layan handphone.. hehehehe. Sememangnya korang akan rehat dari semua tu di sini..

Ada 13 chalet kesemuanya. Leh booking ramai ramai. Buat kem motivasi atau sebagainya. Berbaloi sangat !

image

image

Tandas.. semuanya memuaskan.. Tak puashati . sila gi report manager bertugas. InshaAllah akan dilayan dengan sangat baik !

Selesai check in , memasing nak berehat kat hammock ni. Ada yang terus terlena..  Maklumlah , berdekatan situ ada sungai. Deruan bunyi air mengalir sangat menenangkan..

image

image

Aktiviti di sini ? Hehehehe.. Seperti yang aku cerita sebelum ni , korang akan di bawa ke Rainbow Waterfall. Dan selain tu , aktiviti lasak yang mampu korang buat ialah..

image

Beraktiviti begini memang akan merangsang minda kita. Tak pikir apa dah.. yang tau , nak selesaikan course mencabar ni ! Huhuhuh..

image

image

image

image

image

image

Jangan risau.. keselamatan diutamakan ! Hehehhe..

image

image

Banyak gambar kalau nak letak.. hahahha.. Dan korang boleh tengok di bawah ni , aktiviti yang ditawarkan di XCAPE RESORT Sgl Lembing ni. Terbaik punyaa !

image

Hujan ? Air naik ? Banjir ? Jangan risau.. semua pasti ok ! Kalau nak tau dengan lebih lanjut , Call atau Whatsapp: 013-4243333 / 019-5249999.

Sangat sangat dicadangkan tempat andai korang nak merasai ketenangan serta benar benar nak merehatkan diri.. 2 hari 1 malam di sini , tak cukup sebenarnya. InshaAllah , kami akan kembali ke sini lagi..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image

Menjaga anak sambil mencari pendapatan sampingan membantu keluarga.. Eh , membantu ? Aku suami.. bukan ‘membantu’ sebaliknya ianya adalah keutamaan ! Hurmm..

Ok.. ketika Qhaliff lahir dulu , aku terfikir camana nak gi kerja tanpa Qhaliff ! Aku dapat jalan keluar. Orang tua aku ada. Mak dan ayah aku leh tengokkan..

Zahra muncul. Masalah masih boleh diatasi namun ayah aku tidak begitu sihat dah ketika ni. 2 tahun lepas , ayah ada kanser dan dah pon jalani rawatan. Alhamdulillah.. Anak anak , mereka jaga.

Aariz muncul. Kali ni segalanya berbeza. Mak pun dah tak beberapa sihat. Ayah apatah lagi. Dah tak boleh bangun dari katil terus.Kansernya semakin teruk. Pada siapa aku nak bergantung harap andai aku ada kerja luar nanti ?

Hari ni aku ada kerja luar. Kena gi Damansara kemudian ke Putrajaya. Qhaliff dan Zahra camana ? Aku bawak Qhaliff.. Zahra akan ‘ganggu’ ibunya. Asyik suruh dukung jer.. Kalau aku bawak Zahra , sepanjang hari Qhaliff akan bertanya..

“ Kenapa daddy tinggalkan Qhaliff ? “. Soalan sedih membuatkan aku rasa menyesal atas tindakan aku , sepanjang hari ! Bijak main psikologi sungguh budak ni.

Sekarang wife masih dalam pantang.. Nanti abis pantang , camana ? Dia pon kerja.. Budak budak ni nanti camana ? Bila aku ada kerja luar..

Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kecil tapi besar.. Tak mampu nak bina masjid , tapi berusaha membantu masyarakat yang memerlukan.. InshaAllah. Tu lah salah satu impian aku bila berjaya mencipta nama dalam dunia maya ni. Nak membantu pada yang sangat memerlukan..

Banyak dah projek amal team KBBA9 terlibat. Ada yang diwar warkan .. ada yang sengaja disenyapkan. Bukanlah riak bila nak bagitau semua orang tapi sebaliknya nak mengajak kawan kawan turut serta membuat kebaikan.. Ok la kan ? Bab ikhlas atau tak tu , biarlah Allah yang tentukan saja.

Alhamdulillah.. Terima kasih pada Kak DLaila Mee Udang atas semangat dia membawa bantuan dari Malaysia ke Vietnam.

image

Kelab Blogger Ben Ashaari , salah satu aset aku yang paling aku hargai dan sayangi.. Sekurang-kurangnya , ni lah usaha aku membantu rakan blogger menjadi blogger yang lebih berguna pada negara dan masyarakat.. terutamanya agama !

Tepi tepi.. nak nangis atas katil !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Ayam pandan ? Ada ke ? Ketika pertama kali aku diajukan soalan mengenai produk usahawan kecil ni aku tergaru kepala. KFC aku tau laa.. tapi ayam pandan ni , aku tak pernah dengar !

Terus aku setuju untuk buat review mengenai produk ni. Puan Iza Razali menghantar terus ke rumah aku nun di Sepang sana.. Hehehe. Jauh wooo.. Komited sungguh Puan Iza untuk menaikkan produk Ayam Pandan Firmaz ni. Respek !

image

image

Dapat jer , terus aku bagi pada wife. Suruh dia siapkan untuk aku. Aku nak makan ! Walaupun aku dah kenyang tapi ada sesuatu yang menarik mengenai Ayam Pandan ni ! Aku nak rasa sangat..

Dan wife siapkan untuk aku. Ada kawan di Facebook tanya.. masak ke yang bahagian dibalut daun pandan tu ? Hehehehe… Ada caranya nak masak ni.. Nanti kalau beli , Puan Iza akan ajarkan camana nak masak dengan lebih sedap !

image

Menurut Puan Iza , Ayam Pandan Firmaz ni , diperap dengan rempah ratus yang istimewa, dibalut dengan daun pandan. Bila digoreng , aromanya bakal membuatkan selera makan membangkit dengan penuh bernafsu !

Dan memang sangat sangat bernafsu aku makan setelah rasa satu dulu.. ternyata rempah ratusnya itulah rahsia kesedapan Ayam Pandan Firmaz ni.

Cara penyediaannya mudah jer. Hanya perlu digoreng selama 10 minit dan makan bersama nasi lemak atau nasi putih. Baru terasa keenakkan serta rempah ratus yang diperap bersama.. kan kan ?

Harga , murah sangat. Tak lebih RM25 ! Setiap pek ada peha , kepak . dada dan thigh. Nak jadi agen pon boleh . Amatlah dialu-alukan !

Kalau korang tanya aku.. sedap ke tak sedap Ayam Pandan Firmaz ni , jawapan aku ialah.. SEDAP SANGAT ! Aku tak pernah makan ayam sesedap ni ! Maaf , bukan sebab aku dibayar yer ! Kalau tak sedap , aku tak buat langsung. Bukan prinsip aku la nak tipu review terutama bab makanan ! Haa.. Leh try laa..

Camana nak beli atau jadi agen ? Sila hubungi :

Puan Iza : 012 213 5643

Facebook : Iza Razali

Page : Firmaz Food/Ayam Pandan

image

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Memang bila sebut je blogger , mereka yang tak tau mengenai blogger akan fikir negatif jer. Nak salahkan mereka pon tak boleh gak. Ni gara gara ada makhluk nak kejar duit tanpa kira baik buruk pada insan lain dah !

Secara jujurnya , aku nak salahkan mereka yang update pasal keaiban orang lain di blog 100% pon tak leh gak. Ni disebabkan permintaan tinggi di media sosial. Ahaa.. bila ada permintaan , mestilah ada yang nak buat, kan ?

Tapi sebagai blogger , kena ingat laa dosa pahala ! Jangan kejar duit tanpa kira keberkatannya gak , kan ? Jangan sampai satu hari nanti , kita lak jadi bahan blogger lain .. haaa.. makan tak abis koooo !

Nasihat aku satu jer.. Nak jadi blogger , carilah cerita yang orang nak sangat baca dan ianya memang bermanfaat pada pembaca kita. Tu barulah blogger berkualiti.. kan kan ?

image

Biar nampak sempoi dari nampak jahat !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Buat je cam aku ni ha.. Bila aku tengok wife tak larat dan aku sendiri pon kepenatan.. memang nak mengemas satu rumah , memang malas dah ! Tapi takkan nak biar je rumah kotor dan berselerakkan mahupun berdebu kan ?

Maka.. guna je orang gaji harian ! Tak susah pon.. cuma kita kena la booking awal awal dulu.. Caranya , sila ke www.maideasy.my . Pastu ikut je arahan di sana..

Dan.. sampailah maid di rumah kita seperti yang dijanjikan. Menepati masa lak tu ! Haaa…

Rumah pon , dikemaskan tanpa banyak bicara !

image

Harga camana kira ? Ada pakej katanya.. Atau nak basic pon boleh.

image

Sebulan sekali dua , ok la kan ? Kita lak nak berehat di hujung minggu.. Kasi je orang lain buat kerja.. kan kan ?

Jangan lupa… hubungi segera untuk tempahan. Maklumat lanjut di :

Web : www.maideasy.my

Facebook : www.facebook.com/maideasy.my

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kalau orang tanya aku , aku suka g melancong berseorangan atau berkumpulan , maka aku akan jawab.. aku suka pergi berkumpulan. Sebab lebih enjoy terutama bila pergi dengan geng sekepala ! Memang kenangan terindah laa !

Sekarang ni , banyak dah pakej pakej pelancongan yang ada di Malaysia cuma perlu berhati hati jer. Takut kena tipu. Ada je kes penipuan… kena jaga jaga je la..

Tapi… sapa yang leh dipercayai eh ? Ok ok.. antaranya , korang leh cuba akak Joyah ni.. hehehe.. Akak Joyah ni , kawan di pejabat aku satu tika dulu… di Kementerian Pelancongan. Skang dia kerja ngan satu agensi pelancongan.. Banyak dah trip trip dia buat..

Yang ni , trip akan datang.. sila pilih  dan buat booking cepat cepat ! Aku nak gi Krabi… Kalau g Seoul pon best kan ? Huhuh..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Pakej pakej Kak Joyah ini dengan kerjasama AYDEN AVERROES TRAVEL.  Kalau rasa kurang pasti , leh tengok di page Kak Joyah sendiri iaitu di Pakej Murah Murah KakJoyah dan instagramnya , @pakejmurahmurahkakjoyah.

Sebarang pertanyaan leh whatsapp Kak Joyah 0137195997 / 0133618622 ( Jaja) . Boleh juga email ke ayanivacationmarketing@gmail.com.

 

 

 

 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku selalu je lalu Kuantan ni. Tapi tak pernah terperasan akan Sg.Lembing. Yang aku tahu , Taman Negara yang terletak di Pahang. Di usia 40 tahun barulah aku tahu yang Pahang punya bandar kecil yang punya sejarah terkenal di dunia ! Haaa.. korang pon tak tau kan ? Apakah tarikan bersejarah tu ?

Hurmm.. Sepanjang hari berada di bandar Sg. Lembing ni , barulah aku tau akan tarikan serta sejarah yang membuka mata dunia. Di sinilah terletaknya lombong bijik timah terbesar dan terdalam di dunia ! Tau tak? Haa…. juga dikenali sebagai El Dorador Timur.

Serius , aku kagum bila tengok replika lombong Sg. Lembing ni. Aku rasa , sekolah sekolah di Malaysia patut buat rombongan ke sini. Sangat membuka mata ! Biar anak anak masa kini tau betapa sukarnya nak membangunkan serta memajukan sesebuah bandar .

image

Kedua , tempat yang patut lawat ialah.. bekas lombong Sg.Lembin ni sendiri.. Fuh , memang best ! Biasa dok tengok filem mengenai lombong bijih ni.. tapi kali ni , dapat masuk dan alami sendiri betapa manusia satu tika dulu , bergadai nyawa untuk teruskan kehidupan..

image

image

Dalam ni satu tika dulu , memang panas ! Nasib baik ketika kitorang gi tu , sejuk sedikit cuacanya.. Huhuh.. Terasa macam ada aircond dalam ni.. Heee.. walhal ? Fuhhh..

image

Dua tempat menarik ini adalah ‘pembuka selera’ untuk kitorang. Hehehe.. Dan paling menariknya ialah..

image

Xcape Resort Sg. Lembing !

Nak pergi ke resort ni , kena masuk dengan mengunakan pacuan 4 roda ! Haaa.. Memang best ! Terasa cam join Camel Trophy jer.. Hehehe.. Pastu .. pastu.. dalam ni korang akan tinggalkan semua gadget ! Kenapa ? Sebab tiada signal sama sekali. Untuk buat call tu , ada la.. tapi internet , enggak ada dong ! Hahahaha..

image

Tu belum tengok resortnya yang cukup mendamaikan ! Bayangkan kat sini.. tiada gangguan ! Memang betul betul dalam hutan. Haaaa.. Masa ni la korang akan dapat mengenali hati budi kawan kawan korang terutama bagi mereka yang datang sini , mengadakan kem motivasi atau percutian berkumpulan.. Memang berbaloi !

image

Er , memang kitorang akan kembali ke sini. Nak join ? Nanti aku cerita pasal resort in eh.. hehehe.. Panjang lebar gitu ! Berminat ? Sila tempat dengan segera :

Call/Whatsapp: 013-4243333 / 019-524999

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (34)
    • ►  Mei 2025 (2)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ▼  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ▼  September 2016 (64)
      • Kejadian ngeri setiap malam !
      • Bila aku dipelawa beri kursus media sosial ..
      • Anak perempuan cepat merajuk ?
      • Stress dengan dengkur !
      • Kenapa perlu pilih XCAPE RESORT Sg.Lembing ?
      • Cabaran bermula..
      • Terharu sangat…
      • Sedap sangat ke Ayam Pandan Firmaz ?
      • Jadilah blogger yang sebenar-benarnya , blogger !
      • Tak larat kemas rumah ? Hubungi MaidEasy.My segera !
      • Teringin melancong dengan bajet yang mampu bayar ?
      • Kenapa aku patut kembali ke Sg.Lembing , Pahang ?
      • Aku ada masalah besar !
      • Sayang kasut atau sayang kaki ?
      • Kambing Perap Khayr , memang tidak menghampakan aku !
      • Sungai Lembing menakjubkan ! Terima kasih Xcape Re...
      • Aplikasi Terbaik Pantau Keselamatan Keluarga dari ...
      • Lunch di TALKING TOM HOUSE bersama anak-anak !
      • Tiap tiap malam gini , aku leh koma wo !
      • Gillette Mach3® Baru lebih berkesan !
      • Bahaya di dalam rumah..
      • Gunting rambut atau aku nak bertudung jer ?
      • Kuning lagikah Muhammad Aariz Iman ?
      • Gembirakanlah hati anak anak itu..
      • “Daddy , nak fish yang gerak macam ni.. “
      • Aariz guna Home Phototherapy oleh TERAPIBIRU !
      • Bedak untuk hilangkan ruam pada bayi dan orang tua !
      • Jika beli termometer..
      • Aku kecik hati dengan Zahra.Anak perempuan gini eh ?
      • Hero ‘Train To Busan’ tak mati ??
      • Zahra mula menerima adiknya ?
      • Wife aku kata anak ke 3 , lain pengalamannya
      • Nama adik Zahra Nur Iman
      • Qhaliff dan adik-adiknya ?
      • Muka berjerawat ? Berparut ? Jangan risau !
      • Dunia berputar ! Hati-hati dengan tindak tanduk ki...
      • Baby ada kuning / Jaundice . Apa kena buat ?
      • My Story Cafe–ShellOut Citarasa Tempatan..
      • Hari ke Tujuh kelahiran si kecil..
      • ‘Korban’ penuh pengertian kali ini !
      • Kalau uri / tembuni bayi tak dibersihkan dengan be...
      • Confirm , anak kedua kuat cemburu !
      • Episod kedua ZAHRA bersambung..
      • Dan nama adik Zahra..
      • Sony Xperia XZ atau Iphone7 ?
      • Dan episod ZAHRA bermula…
      • Cadangkan satu nama untuk adik Zahra ni..
      • Malam terakhir di Prince Court Medical Centre, Amp...
      • Zahra gigit adik dia sebab cemburu ?
      • Debaran berlalu.Layan terbaik dari staff dan dokto...
      • Ambil Epidural atau tidak ? Kesannya bagaimana ?
      • Check up terakhir..
      • Fakta anak pertama.. Betul ke ?
      • Mereka tanya , aku jawab !
      • Semalam di ASSALAMUALAIKUM , TV ALHIJRAH.
      • Siap sudah bilik berpantang !
      • UPSR oh UPSR !
      • Anak No 2 sebenarnya seorang yang manja ?
      • Pusat Perubatan Prince Court atau Hospital Putraja...
      • Bakal diuji lagi aku..
      • Persiapan terakhir sebelum kelahiran si kecik !
      • Galaxy Note 7 jatuhkan ‘maruah’ SAMSUNG !
      • Virus Zika di Malaysia sudah !
      • Berbaloikah Qhaliff belajar dengan GROLIER ?
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes