Confirm , anak kedua kuat cemburu !
Yes ! Tidak lagi dapat dinafikan.. Anak kedua memang kuat cemburu ! Aku anak kedua , dan kuat cemburu. Zahra , anak kedua .. pon kuat cemburu.
Bila aku dukung adik dia , dia punya jelingan maut dilemparkan pada aku ! Fuhhh.. Kalau buat tak tau jer , dia akan masuk bilik dan baring atas lantai. Tunggu aku masuk pujuk dia. Tak makan untuk 10 minit pertama. Apa saja yang ada berhampiran , dia amik dan baling kat aku ! Termasuk Iphone mak diaaaa ! Nasib baik dia acah acah baling. Pandai pulak dia takut ! Er , dia pernah baling gak handphone tapi dia slowkan balingan tu ! Hahahaha..
Apahal anak kedua kuat cemburu ? Ok.. ini yang aku tau laaa.. Bila berlaku apa apa isu , anak kedua akan kena mengalah ! Kalau part mainan , dia akan diberi anak pertama punya ! Kira dapat second hand je la.. kan.. Huhuh.. Sapa tak sentap kan ? Hingga ke besar la gituuuu.. kan kan ? Maka perasaan cemburu tu timbul dan menebal secara tak disedari…
Tapi dalam cemburu cemburu dia , anak kedua ni cepat memaafkan tapi tak mudah melupakan ! Haaa… Dia boleh dikatakan jenis ‘pendendam’ jugak wooo.. Cam aku laa..
Aku test mintak makanan kat Zahra. Dia memang pantas jawab..
“ Tak boleh.. Ara punyaaa.. “.
Tapi 10 saat kemudian , dia bagi ! Haaaa.. Dia akan bagi atas kerelaan dia dan seterusnya , dia akan beri tanpa dipinta. Namun jangan bikin taik sama dia ! Terus dia banned kita sampai abis makanan tu ! Buat taik tu maksud aku.. gi amik makanan tanpa pengetahuan dia laa.. Heheheh..
Dalam bab percintaan.. anak kedua ni , bila dah cemburu.. Hurmmm… Sendiri mau ingat laaa !
Dan anak kedua panas baran ? API sifatnya ? Hurmm.. Moga Zahra tak panas baran..
6 comments
begitulah sindrom anak yang tengah. selalu rasa tak cukup perhatian. maka pelbagai2 lagaknya nak meraih perhatian mak ayah.
BalasPadamComel je Zahra. Slowly kena belajar jadi kakak lepas ni. :D
BalasPadamTaklah.. selalunya anak ketiga yang bersifat api.. ank kedua air
BalasPadamSebagai anak kedua.. ya di akui..HAHAHAHAhaha
BalasPadamAlolo comelnya zahra. InsyaAllah nnt dia ok laa tu. Mesti dia sayang adiknya nnt tu
BalasPadamemmm, anak kedua kuat cemburu ya..
BalasPadam