Bila aku dipelawa beri kursus media sosial ..

by - Khamis, September 29, 2016

 

Dah beberapa kali aku dipelawa untuk memberi kelas mengenai media sosial. Di IPTA atau di kelas kelas berbayar. Beberapa kali aku menolaknya. Cuma sekali dua je aku terima atas alasan tertentu. Seingat aku di Teluk Intan , anjuran MARA.

Aku sebenarnya lebih suka menyebarkan ilmu secara percuma. Ajak minum mana mana dan borak secara santai. Cara begitu aku lebih senang. Dan secara tidak langsun , aku sendiri pon menerima ilmu yang baru. Win win situation gituu.. Hehehe..

Alasan lain.. aku takda pengiktirafan dalam bidang ni. Aku cuma ada PENGALAMAN serta seciput ilmu mengenai media sosial. Aku takkan buat duit melaluinya , sama sekali !

Alhamdulillah.. sehingga sekarang , aku menolak panggilan mereka yang mengelarkan aku sifu.. Aku tak layak sama sekali. Walaupun ada yg kata aku dah buktikan kemampuan aku , namun di luar sana.. berteraburan insan insan yang lebih layak dari aku untuk berkongsi rahsia atau tips mengenai bidang ini.

Aku tak ingin kejar kekayaan duniawi andai cara aku itu tidak berkat! Biarlah ala kadar dan yang penting , aku dapat membantu insan lain andai mereka memerlukan , selagi aku terdaya !

Alhamdulillah.. walaupun aku begini , ada juga insan yang telah aku bantu melalui cara aku tersendiri..

“ Biar nampak kecil di mata manusia.. “

You May Also Like

2 comments