“Daddy , nak fish yang gerak macam ni.. “
Setiap hari , setiap jam dia akan bisikkan di telinga aku. Dia tau , kalau mintak kat mak dia.. dia akan gagal ! Mak dia memang kering punya hati ! Hahahaha.. Hanya daddy je akan belikan jika pujukan dia berjaya melembutkan hati aku.. Biasanya memang aku akan lembut hati terutama bila ‘murah rezeki’. Aku anggap tu rezeki anak anak..
Banyak kali dah dia cakap dan banyak kali dah aku angguk dan kata..
“ Ok.. nanti kita beli yer.. “. Aku tak nak ajar dia buat janji palsu. Kenapa ? Sebab aku teringat ayah aku di rumah. Bila anak anak berjanji pada dia , dia akan tagih janji anak anak dia. Yer , ayah aku dah tak mampu berjalan dah. Dan ada kalanya dia meminta sesuatu dari anak-anaknya. Dan pasti akan berjanji menunaikannya.
Dah 3 kali Qhaliff mencuba nasib untuk mendapatkan RoboFish yang dia gilakan.. Gara-gara tengok di Youtube ! Bila masuk je Toys R Us, memang aku akan bagi dia permainan lain. Dia ok je tapi selepas beberapa jam bermain , dia akan mintak juga RoboFish. Hahahaha..
Akhirnya , aku mengalah. Aku belikan dia RoboFish. Gembira tak terkata dia. Terus bermulut manis. Dan di rumah , aku letakkan dalam bekas air yang turut disertakan bila beli ROboFish ni..
Dan aku tergoda ! Hahahaha.. Best pulak RoboFish ni. Ada macam macam jenis rupanya. Hurm.. macam nak jadikan koleksi je pasni.. Hahahaha.. Tak payah kasi makan.. tak yah tukar air ! Tak perlu risau pasal taik dah ! Hahahaha..
Dan Qhaliff punya.. ikan ganas ! Hahahah .. Ada keluar lampu gitu.. Jangan risau part bateri sebab dia ada auto sleep gituu ! Bila air berhenti berkocak , dia akan ‘tidur’ sehinggalah air berkocak semula !
Dan.. Alamaakkk ! Ada RoboTutle ! Ah, sudahhhh !
Syok gak main menda alah ni rupanya.. Terlupa lak umur dah nak jangkau 40 tahun ! Hahahaha..
4 comments
eh mcm best je! haha boleh beli utk anak bujang gak ni. mak pak dia yg jakun sebenarnya bahaha
BalasPadamkalau saya, anak2 mintak mainan, sy ckp, tunggu mama gaji (dapat duit) deh! tiap2 hari anak tanya, bila mama gaji... dan tak mau dituduh menipu, kena lah beli..hahha.
BalasPadammatilanak kalu cik kembr tgk 'menatang' ni...hahha eh eh... ;-))
Perghh kalau nak wat koleksi kena ada bekas bekas ni...
BalasPadamsyok juga tengok..sekali dgr harga..takpela..hahaa
BalasPadam