Aariz guna Home Phototherapy oleh TERAPIBIRU !

by - Isnin, September 19, 2016

 

Bacaan kali terakhir , 192. Semakin menurun. Kat putih mata dia pon dah mula tak nampak ‘kuning’ berbanding beberapa hari sebelum ni. Esok , gi check up lagi. Nak tengok perkembangan terkini. Arahan doktor klinik kesihatan.. hehehe..

image

Tapi sebelum tu , risau gak la kalau naik semula dan aku pulak nak outstation hujung minggu ni.. Takkan nak tinggalkan diorang dalam keadaan ‘tak sempurna’ .. kan ?

Aku nak cuba home phototherapy yang mana sebelum ni , ayah aku pernah buatkan untuk Qhaliff ketika kuning dia agak tinggi. Dan berhasil. Kali ni , aku ‘malas’ nak buat.. Er , tak reti sebenarnya.. hehehe..

Maka.. aku contact wakil Terapibiru - Home Phototherapy yang aku pernah cerita dalam entri Baby ada kuning / Jaundice . Apa kena buat ? Dan mereka datang  malam tadi dan pasang..

image

Mereka datang dan pasang serta menerangkan dengan bagaimana nak menggunakan alat ni  Sangat mudah je pon ! Tak sampai 10 minit , penerangan selesai. Dan sila tanya apa jua soalan nak tanya pada wakil Terapibiru - Home Phototherapy.

Ikutkan bacaan lebih 200 baru digalakkan guna tetapi aku tak sampai hati nak Aariz serta wife ulang alik klinik untuk melakukan pemeriksaan dan diambil darah.. Huhuh..

Yer.. aku tahu.. ada macam macam petua dan cara untuk turunkan bacaan jaundice. Aku saja nak cuba guna cara ni dan juga ada mandikan dia dengan air daun apa tah.. Tu mak mertua aku uruskan.. hehehe..

InshaAllah.. aku cuba yang terbaik untuk anak anak aku.

You May Also Like

2 comments

  1. kos sehari selalunye dlm rm150... tp bila pakej utk 3 hari dalm rm450 ...

    BalasPadam
  2. anak saya jaundice mmg kena dok bwh lampu ni, baru bacaan turun cepat..

    BalasPadam