BEN ASHAARI



 

Isnin hingga Sabtu.. kerja kerja kerja ! Tanpa henti dok cari duit ! Tak pernah cukup siang , bersambung malam ! Fuh.. sampai bila nak cukup ?

Nak lagi best , dah ada kerja.. ada projek lagi ! Tak cukup dengan projek , siap dapat derma lagi ! Pon tak cukup cukup lagi ! Pelik aihhh..

Teringat dulu masa aku sekolah rendah.. Bila cikgu tanya berapa gaji bapak aku , aku bangga jer jawab..

“ RM950 , cikgu..”. Dah tak pasal pasal tak dapat buku pinjaman sebab gaji bapak aku besar !

Zaman ni ???

image

RM50 bawak gi pasaraya ? Kalau nak beli lampin buang anak , aku rasa dapat la jugak sebungkus.. nak beli susu pastu ? Hurmm…

Dulu masa aku kerja kerajaan , gaji tak sampai pon RM2K.. Tu pun tak cukup untuk laki bini .. berdua tu ! Haaa.. Sekarang , berempat ! Bayangkan berapa aku kena cari setiap bulan !

Ke dah tiba masa kita balik ke kampung halaman.. tinggal di rumah atas tanah peninggalan tok nenek.. buat kerja ladang atau pertanian.. atau jadi pengembala kambing ? Masyuk !!

Bayangkan.. ada orang kampung boleh 2-3 kali ke Mekah bagi mengerjakan haji atau umrah.. Kita di bandar ? Sekali pun lom tentu lagi .. tu pon dah kerja siang malam ! Hurmm..

Aku rasa aku pun nak cari kerja lain la.. Kerja ni pon dah membosankan aku.. Dah tak menyeronokkan lagi.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Aku mampu geleng kepala jer..

image

Sambil memikirkan apa yang hendak aku jawab jika satu hari nanti akan ada anak kecil mula persoalkan kenapa mereka tak boleh hisap vape sedangkan ianya tidak merbahaya!

Dengan masalah pergaulan di sekolah.. dengan kesibukan ibu bapa mencari duit untuk membayar cukai cukai di negara ini.. Apalah nasib anak cucu kita nanti ?

Kalau benar vape untuk hilangkan ketagihan terhadap rokok , kenapa mereka yang tidak merokok pon hisap vape ? Kenapa siap perlu ada komuniti atau kelab ?

Samada rokok atau vape, aku tak suka baunya. Walaupun vape dikatakan wap air je, tp ianya tetap keluar dr paru paru dan mulut serta hidung seseorg. Wajarkah ianya 'diberi' pada org lain?

Kalaulah vaper lebih berdisiplin yakni menghisap di tempat yg tertutup dan dikhaskan , aku yg tak hisap rokok serta vape ni, tak kisah pasal isu vape ni..

Soal halal haram di sudut undang undang kerajaan.. Bg aku ianya patut dikenakan cukai. Adil bg semua org. Kalau vape tak dikenakan cukai, aku nak gym serta suppliment kesihatan tak dikenakan cukai juga. Begitu juga dengan pakaian harian, serta makanan. Dikecualikan dr cukai. Oh ya.. Internet pon dikecualikan dr cukai. Semua ni memberikan kebaikan pada aku dan rakyat yang lain.

Wajah anak anak mula terbayang .. Hurm… Apa aku nak buat jika mereka yang aku kenali hisap vape walhal mereka tidak merokok sama sekali ! 

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Lama dah tercari earphone yang bagus kualitinya. Masa di Jepun ari tu pun ada gak aku tercari tapi tak berani nak beli sebab takde recommendation dari kawan kawan yang dah pernah guna.

Aku ada 3 jenis earphone sekarang ni tapi bunyi dia.. hurm.. pastu yang buat tak best tu kabel dia yang nipis tu. Nak guna yang bluetooth , aku nak elakkan makan bateri sebab nak guna masa keluar pergi event. Heheheh..

Bila dah ada aplikasi Deezer yang mana kualiti bunyinya memang best , aku perlukan earphone yang best jugak ! Ternampak seorang rakan blogger yang buat review earphone terus aku bertanya padanya..

“ Memang sedap giler bunyi dia , bang Ben ! “

Arghhhh.. aku pon nak gak laaaa ! Dan , tadi.. sampai dah earphone yang aku order dari Sweden ni melalui www.sudiosweden.com ni. Tak sabar nak test ! Huhuhu… Terus buka perlahan lahan.. Hurmm..

image

Sebelum tu belek belakang dulu..

image

Hurm… banyak jugak ‘isi’ dia… Huhuh…Dan bahagian dalam dia ? Hurmm… Kena usha kiri kanan.. Jauhi anak anak anak yang bijak itu.. Pasti teruja nak tau apa yang daddy dia dok pegang tu !

Ok.. dalam kotak tu ada Rose Gold Plated Earphone , Cable Clip, case kulit , manual dan size size berbeza getah di bahagian telinga tu.. Rujuk gambar tu haaa.. heee…

image

Fuh.. kemas ! Nampak dalam kelas tersendiri gitu ! Berbaloi dijadikan koleksi ! Dan terus tuju ke kotak SUDIO VASA.. Hehehe..

Dan.. Yesss !!

image

image

Siap ada case kulit untuk simpan earphone ni ! Elakkan dari rosak ! Huhuhu.. Barang baik perlu jagaan yang terbaik.. kan , kan ? Heee…

image

image

Amacam ? Cool kan ? Kable dia berbeza ! Ringan pulak tu… huhu.. Ok , masa untuk test dengar..

image

Perghh…. Akhirnya  ! Aku berpuashati dengan earphone ni ! Memang superb la bunyi dia ! Aku kasi bapak aku dengar. Dia ni memang banyak komplen bab bunyi.. Ingat lagi masa aku kecik.. Kalau dia nak tukar stereo , dia confirm tukar sekali speaker ! Dan dia cukup marah kalau usik setting bunyi ! Huhuh.. Orang yang tepat untuk aku rujuk..

“ Camana ? “ . Dia kata seperti aku kata ..

image

TERBAIK !!

Ahhh..berbaloi tul ! Pasni aku nak gi event , naik LRT jer.. Hehehe… Baru dapat layan lagu best best.. Dalam kereta , stress dengan jammed ! Hahaha.. Lagu sedap pon jadi tak sedap !

Ha ? Nak beli jugak ? Berapa harga ? Ada diskaun tak untuk pembaca blog ben ??? Hehehehe.. Adaaaa.. Jangan risau ! Aku dah deal dahhh ! Korang ke website Sudio Vasa dulu.. Pilih mana yang berkenan di hati.. Pastu buat order.. Jangan risau , ANDROID dan IOS pon ada !

Ok , di bahagian pembayaran tu… Akan ternampak satu kotak ..

image

Masukkan ‘ benashaari’ dalam kotak kosong tu ! Haaa.. Diskaun ni sah hingga hujung tahun ni ! Jangan persiakan !!

image

Banyak jugak dapat diskaun tu.. Macam aku punya , dari RM315 , dapat RM287 ! Haaaa.. kan murah tuuuu .. Ala , bukan selalu pun nak beli… Kan ? Alang alang nak dengar lagu atau layan movie.. cari yang berkualiti.. tak la sakit telinga !

Warna apa ada lagi ? Aku tahu .. Hehehe..

image

Amacam pink ni ? Hehehe.. Gi la tengok sendiri ! Kalau dah buat pembelian , masa penghantaran antara 3-5 hari.. Sila sabar dan bila dah dapat , sila senyum selalu dan layannn !

Ok.. nak sambung layan ! Lupa lak.. Jangan lupa kunjungi instagram , facebook dan web mereka untuk melihat dan mengetahui sendiri dengan lebih lanjut..

INSTAGRAM : @sudiosweden

FACEBOOK : @sudiosweden

WEB : www.sudiosweden.com

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Lama tunggu ! Apakah kelebihan Sony Xperia Z5 kali ni berbanding dengan Sony Xperia Z series yang lain ? Pasni banyak ! Terutama dari spesifikasi dan juga kamera..

image

Seperti biasa , Sony Xperia akan ada dua jenis.. Satu bersize 5.2” dan satu lagi compact , 4.6”. Pastinya ada perbezaan terutama di bahagian display. Harga pon berbeza gak.. Tapi yang aku suka , mereka kekalkan DUAL sim. Aku dah nampak kelebihannya.. Dan aku akan tumpu pada Dual..

Untuk spesifikasi Sony Xperia Z5 Dual , sila rujuk SINI manakala Sony Xperia Z5 Compact , sila rujuk SINI.

image

image

Kameranya kali ni menggunakan teknologi yang Sony Alpha.. Superb ! Internal memory , 32GB tapi boleh guna microSD ( sehingga 200GB ) . Tu penting tuuu.. Aku tak nak yang tak leh guna microSD. Senang nak buat backup. Banyak kali dah kena , laptop aku tak leh nak detect usb jer..Bayangkan kalau tak leh detect langsung ? Camana nak tranfer data ? Perghh.. berpeluh jap..

image

Yang penting… masih boleh masuk dalam air ( bukan air laut yer atau air panas ) ! Dan.. dann.. bodynya berbeza dari Sony Xperia Z2 , dan Z3. Yang mana aku rasakan , tak perlu susah susah nak beli housing gituuu.. hehehe ..

Ok ok .. ni part paling penting .. Sony Xperia Premium !

“ The World’s First 4K Smartphone ! “

Bayangkan teknologi tv Bravia , di tangan anda ! Hehehehe.. Camana rasanya tengok movie atau kualiti kameranya ? Perghhh..

image

Perghh… nangis tengok ! Ok , nak simpan duit ! Nak sambar yang ni nanti .. hehehehe. Spesifikasinya , boleh rujuk di SINI.

Tak jadi nak beli Iphone.. Lalalalaaa…

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hari ini ada event berhampiran One Utama.. lebih tepat lagi kat One World Hotel , Petaling Jaya. Aku sebenarnya cukup tak suka datang sini.. Kenapa ? Jammed tak kira masa , jammed memanjang ! Kawasan elite la katakan !

Maka aku buat keputusan di saat akhir.. Wife bawak je kereta ke pejabat , dan aku naik je LRT. Sian kat dia nak naik LRT. Kalau petang kang hujan , lagi kesian kat dia nak redah hujan dengan naik pengangkutan awam ni…

Hurm.. aku naik LRT. Teringat kisah lama dulu ! Adeh.. Wajib ada earphone di telinga. Boring koooo ! Dan kali ni , aku dah bersedia. Aku dah standby earphone dalam beg.Harapnya tak bermasalah la kang earphone tu..

Terus terang… aku agak tak berpuashati dengan earphone aku tu.. Ternampak kawan aku post gambar dia ngan earphone , terus aku bertanya..

Dan… akhirnya ! Yess !

image

 

Apakah soundnya sedap ? Kalau sedap .. maka pasni aku g event naik LRT je la walaupun dalam LRT penuh dengan abang abang Bangla.. Bau semerbak ! Adehh..

Korang nak gak ? Jangan risau.. ada diskaun untuk korang kalau nak ! Tuggu entri aku mengenai Sudio Vasa ni..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Macam macam dah aku cuba gel rambut yang sesuai dengan aku. Hurmm… Kalau zaman usia 20 an ok la kan ? Dengan style pacak pacak gituu.. Tapi ni nak masuk dah 40 ! Fuhhh.. terasa tua dah ! Tapi muka tak gitu kan ? Muda je nampak ? Apakah rahsianya ??? Tu kena buat entri lain.. hehehe..

image

Aku tercari cari gel rambut yang sesuai dengan aku.. Brylcream ?? Oh noooo…noo ! Aku serik pakai ! Zaman sekolah dulu pakai , muka abis berminyak.. Berjerawat jadinya ! Hurmm..

Aku dah cuba bermacam macam dan akhirnya , aku mencuba sesuatu yang baru ! Masa tu di Korea , blogger BeautifulNara yang sebilik dengan aku membeli gel rambut yang aku tak pernah terpikir langsung nak pakai !  GATSBY !

image

Dan ianya amat sesuai sekali dengan aku. Nampak lebih kemas dan kacak ! Hahahaha..

Satu kesilapan aku , aku tak beli stok ! Bila dah abis , tercari cari aku kat sini… Payah jugak nak jumpa.. Hurmm..

image

Tengok gambar di atas.. Kan ? Nampak lebih sesuai dengan usia aku.. Nampak ‘jarang’ rambut aku kata mereka bila aku pakai gel rambut yang kelihatan basah dan melekit tu.. hurmm ..

Tapi bukan semua gel rambut Gatsby sesuai dengan aku. Hanya yang macam ‘cream’ je sesuai dengan aku. Dan aku jumpa akhirnya di AEON , semalam.. Memang best !

image

StylingClay tuuu.. tu je yang sesuai dengan aku .. Tapi harganya ? Perghhhh.. Kena berjimat jimat la pakai ! Bila gi event atau keluar dating ngan wife la kot sesuai pakai.. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm… Ketuk dahi aku hari ni.. Servis kereta kena RM500++. Pada awalnya , cuma RM300++ termasuk GST ! Kemudian aku diberitahu ada satu kerosakan pada bahagian absorber dan perlu diganti. Segalanya terpulang pada aku , samada nak ganti atau tidak. Memandangkan kereta aku digunakan 24 jam , 7 hari seminggu dan itulah saja kereta yang aku ada serta digunakan oleh kami , suami isteri.. aku redha jer la ! Dan barang tersebut dinilaikan termasuk dengan GST. Haihhh…

Dan petang tadi , beli barang dapur. Wife kata nak murah.. tunggu 28hb dan beli di AEON. Amik barang dapur dan juga sedikit barang untuk anak anak. Aku tak amik barang aku seperti dulu dulu.. dulu dulu sebelum GST bermula ! Dan jumlahnya termasuk GST , RM300++ . Pembelian barang dapur ini tidah melibatkan wang BR1M ! Aku tak layak terima walaupun aku tak bekerja.. Camana tu ? Hahaha..

Senyum je la.. Hulur kad ATM pada wife.. Sememangnya ini adalah ‘bahagian’ aku. Menyediakan bahan keperluan harian pada keluarga..

Melihat pada troli , apakah cukup untuk sebulan ? Jawapannya.. tentulah tidak !

image

Apakah perlu aku membeli barangan yang perlu saja ? Terpaksa melihat saja mereka yang berkemampuan , makan sedap sedap ? Yer..kalau mampu apa salahnya ? Terus terang , sebelum ni mampu sangat tapi selepas GST dilaksanakan , ternyata banyak barang barang yang selalu ada di dalam peti ais aku , dah tak da ! Terpaksa fikir banyak kali untuk membelinya ! Hurmm..

Inikah yang diinginkan oleh mereka ? Melihat rakyat mereka telan air liur ? Sebulan sekali je rasa walhal mereka..

Semoga Allah memberkati rakyat Malaysia dan terus memberikan kesabaran hingga PRU akan datang.. Yer , kita tentukan di Pilihanraya Umum nanti… ikut lunas undang undang.. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Resah ! Gelisah ! Tak nampak seharian , pasti hati ini gundah gulana ! Berdoa aku padaNya agar aku dapat terus memandangnya dengan penuh rasa sayang , cinta dan rindu !

Dan hari ni , setelah berhari hari hujan menimpa bumi .. aku melemparkan senyuman padanya.. Bersyukur aku padaMu , aku diberi kesempatan memandanngnya sekali lagi , hari ini ! Entah esok lusa , aku tak tau lagi untung nasibnya..

Pagi.. selepas hujan !

image

 

Petang..

image

Alhamdulillah.. Cantik sungguh ciptaanMU !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Nak makan apa kali ni ? “ . Buntu ? Bukan buntu tapi semua sedap ! Tapi dalam banyak banyak tu , apa yang menjadi tarikan tekak aku ketika itu ??? Adehh..

Ok… tengok pada cuaca.. baru lepas hujan ! Kalau dengan cuaca gini , makan makanan berkuah memang sedap ! Tapi apakah ? Nasi ? Mee atau maggie ??

Dan.. Pilihan aku ialah ???

image

Maggie Telur Mayong dik oiii ! Hahahaha .. Meletop letop di dalam mulut ku… Memang sedap ! Kalau ikut hati aku , mau je aku tapau bawak balik rumah dan makan lagi .. hirup kuahnya sekali ! Fuhhh.. Tapi aku dah start workout balik.. kena jaga juga pemakanan.. hehehe..

Selain megi , pilihan aku ialah mee udang !

image

Nak lagi kawwww .. amik udang galah !! G basuh tangan dan ratahlah udang di kala meenya sudah abis dimakan ! Hehehehe.. Baru puas woooo !

Dan seperti biasa.. aku bawak ‘kawan baru’ untuk menikmati mee udang yang sangat menyelerakan ni..

image

Nak jugak ? Sila pm Kak Laila sebelum serbu ke gerainya.. hehe.. Kang takde tempat duduk lak.. terutama hujung minggu.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Produk dah bagus.. alang alang dah membeli produk Cosmoderm tu , join sekali la kan ? Mana laa tau.. rezeki ? Sapa nak bagi free kan ? Contest sebelum sebelum ni pon ramai dah menang ! Dah dapat pon hadiah memasing..

Ok.. camana contest kali ni ? Hehehe..Mudah giler !

  1. Beli mana mana produk Cosmoderm di Guardian.
  2. Kemudian upload gambar anda bersama produk tersebut dengan sekreatif yang mungkin .. Lagi kreatif lagi bagus ! Tapi jangan sampai mencederakan diri lak yer.. Keselamatan perlu diutamakan.. Hee..
  3. Jangan lupa sertakan hastag ( #iluvmyskin #cosmoderm ) ! Wajib ni !!
  4. Dan tunggu keputusannya !

image

Aku ? Aku ? Hehehehe .. Dah join ke belum ? Hehehehe.. Ok tak gambar bawah ni ?

image

Kalau segan tunjuk muka , buat gini pon ok dah .. Asalkan JOIN ! Hehehehe..

image

image

Tunggu apa lagi ? Dan buat mereka yang sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya , sila ke Alpro Warehouse Sale di Jaya 33 , Petaling Jaya dari 30 Oktober - 1 November. Diskaun sebanyak 60% Untuk semua produk Cosmoderm dan anda akan berpeluang untuk dapatkan hadiah misteri dari Cosmoderm.

image

Sengih lagi ?? Cepat ler !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Alhamdulillah , 2 malam dah hujan turun. Siangnya pon gitu. Bermakna jerebu dah berkurangan la skit. Kalau tidak , nak nampak matahari pon payah. Semalam pandu kereta , berani la bukak tingkap dan hirup udara segar. Tu pun dalam jam 6 pagi gitu.. Hurmm.. Burung pon dah mula berkicau..

Tapi… bila melihatkan pada masa , sekarang ni akan datang ‘musim’ baru… Hurmm.. Di pantai timur , dah mula hujan berturut mengikut kata rakan di Facebook.

Kenyataan media pon dah mula dikeluarkan oleh pihak berwajib agar kita semua bersedia dan berhati hati.. Ambil langkah yang sepatutnya apatah lagi kita dah mengalaminya tahun lepas dan berharap ianya tidak berulang pada tahun ini.

image

Musim Tengkujuh dijangka berakhir pada bulan Mac.. Lama gak tu.. Ni baru bulan Oktober.. Huhuhuh..

Semoga Allah lindungi kita semua.

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku cadang nak tukar kamera kepada yang lebih bagus ! Sekarang ni , aku guna Sony Alpha 5100 dan nak upgrade ke 6000. Seingat aku masa aku beli dulu , kamera aku ni harga dalam lingkungan harga RM1800 atau kurang dari itu.. Kelmarin aku tengok di kedai yang sama , harganya dah naik ! Dah jadi RM1900 !

Hurm.. Lens Macro yang aku beli , harga sebelum GST .. aku dapat dalam RM900.. Sekarang aku tengok dah RM1500 ! Perghh… apa giler ni ?? Nampak gaya yang boleh membeli belah gini cuma mereka yang betul betul berduit. Yang cukup cukup duit ni , nampaknya…. hurmm..

image
Nak tukar ke tidak ? Kalau ikutkan keperluan , kamera memang memainkan peranan penting untuk aku tapi buat masa ni , aku ada dah ! Nak tukar tu bukanlah keutamaan cuma kalau nak kamera yang lebih pantas dan berkualiti lagi , kena la tukar ..kot ?


Patutlah GST dah jadi sumber pendapatan utama negara.. Ingatkan pertanian , perladangan atau pun penternakan.. Rupanya cukai ke atas rakyat sendiri dah jadi pendapatan utama.. Hehehe.. Leh tahan akal ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Perancangan awal hari ni nak ke Taman Wetland di Putrajaya. Nak g tengok aquarium yang viral di Facebook kebelakangan ni..Tapi bila sampai situ , kereta bersepah ! Parking sampai terlajak laris ..  Aku tanya wife aku.. camana ? Dia suh aku datang je nanti ngan Qhaliff . Waktu orang kerja ! Hehehehe…

Dan terus ke IOI MALL Putrajaya sebab dah dekat. 7 minit dari situ. Pon sama gak.. Penuh orang tapi parking banyak lagi kosong.. Bila penuh gini , aku tak suka sebab aku guna stroller untuk anak aku. Sorang dukung sorang dalam stroller.

Kenapa aku tak suka ??? Di IOI Mall , mereka yang guna stroller kena guna lif ! Tak boleh guna ekslator ! Tak seperti di Alamanda . Ada ekslator yang mesra stroller mahupun troli ! Sebab tu I LOVE ALAMANDA ! Cuma di Alamanda aku benci part mereka yang suka parking kat tepi jalan ! Tu yang nak g tengok wayang tuuu.. Malas nak parking di tempat yang sepatutnya. Nak jimat tapi tengok wayang ! Aparaaa.. Beli dvd pirate la kalau nak jimat !

Ok… Sambung.. Kenapa tak leh guna ekslator ??

image

Nak tak nak , kena guna gak lif ! Dan di lif pulak , ada isu lain ! Isu ramai manusia yang tak tau mana satu yang patut didahulukan !

image

image

Yang dok menunggu lif ni , kebanyakkan orang muda.. yang bujang., yang sedang asyik bercinta.. Yang guna stroller ni , jangan cakap la.. Ramai laaa ! Dah kami tak leh guna ekslator.. Nak tak nak kena guna lif ! Terpaksa berebut dengan insan insan yang sihat sejahtera ni !

Bayangkan aku dok dukung Zahra dan kekadang tukar dengan Qhaliff yang dah kepenatan dan mengantuk ! Sambil tunggu lif ! Lama okkkk ! Bukan seminit dua . Lebih 15 minit la jugakkk ..

Ikut hati aku.. nak je aku sound  kat situ tapi memikirkan rakyat Malaysia ni dah semakin payah nak ditegur , maka aku plan nak maki hamun dalam entri aku ni tapi sabar.. Ramai baca ni ! Bawak bawak tahan mulut ! Serius aku pelik laaa .. Majoriti yang guna lif tu adalah bangsa yang dikatakan penuh dengan budi pekerti ! Ada yang bagus , tapi jumlahnya dah boleh dikategorikan dah nak pupus !

Yang aku sakit mata ni , spesis yang berkapel dan berebut jugak guna lif ! Kalau aku laaaa.. baik guna ekslator ! Baru best jenjalan ! Ingat ingat la .. korang pn akan kawin dan akan ada anak.. Fikir la skit yer !

Aku rasa.. aku tak nak g dah IOI Mall Putrajaya. SERIK ! Teringat aku naik lif di Jepun baru baru ni.. Yang tua diutamakan.. Hurmm.. Di Malaysia , lantak laaaa.. Janji aku lepas ! Bukan semua.. tapi segelintir je yang ingat orang lain !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Sebelum aku menjejakkan kaki ke Osaka , baru baru ni .. ‘Osaka’ dah lama wujud dalam diari kehidupan aku. Aku punya baju OSAKA 06.. Qhaliff dan Zahra juga ada.. Entah kenapa , aku suka dengan OSAKA.. Dan ditakdirkan , aku sampai jugak ke sana ! Rezeki..

Dan baru baru ni , aku balik Kelantan.. merayau kat Wakaf Che Yeh , ternampak sehelai baju yang cukup menarik ! Baju ni aku tak jumpa kat Osaka tapi kat Kelantan ! Hahahaha..

image

Pakai baju ni dan ke Alamanda Putrajaya.. Dan di situ , ditakdirkan sekali lagi… terjumpa dengan OSAKA !

image

Dan masuk ! Tengok barangan yang dijual , segalanya berharga RM5.30 ! Gulp… sememangnya ada barangan yang aku nampak di Osaka , dijual di sini ! Dan harganya memang murah berbanding di sana .. Hurmm..

image

image

Jumpa jugak satu barang ni.. lama dah aku carik. Kalau kat Low Yatt , harga mau berpuluh ringgit gak tapi kat sini.. baru RM5.30 ! Huhuhuh… Rembat selalu !

Masa tak mengizinkan nak mencari lagi.. nak g makan.. Dan akan kembali di waktu orang tak ramai iaitu hari kerja ! Lalalalaa…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Kul berapa Qhaliff tidur semalam ? “. Tanya wife sambil menjeling kat Qhaliff yang tidur berhampiran dengan aku , di sofa !

Dah jadi tabiat sekarang , kami berdua tidur di atas sofa.. mengadap television. Aku , terpaksa tidur luar sebab buat kerja dan kalau semua pakat tidur beramai ramai , memang tak tidur jawabya ! Zahra akan kekal aktif kalau abang dia ada ..

Nak jawab apa eh.. Hurmm…

“ Awal gak la… Dalam kul 3 gitu… Tertidur sendiri.. “ . Jawab aku. Dan wife start membebel. Aku faham.. Tapi nak wat camana.. Qhaliff takkan nak masuk dalam bilik punya selagi aku ada di luar dan kalau aku masuk pon , dia tak nak ! Dia nak tidur kat luar. Nak layan tv dulu sebelum tidur.. dan Youtube ! Hurmm..

Aku bagi cadangan.. Sebelum tidur , kita baca buku beramai ramai. Maka kelmarin , wife pun beli la buku.. Beratus la jugak katanya..

image

Apakah berhasil ?? Semalam , Qhaliff tidur ngan aku lagi ! Di sisi aku. Tengok tv sampai terlena ..

Hurm…. Kena ubah tabiat ni sebelum dia besar ! Tak bagus !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Lama dah aku tunggu ! Fuh.. sememangnya , aku kembali berjaya menjimatkan beratus ringgit ! Kalau tak , setiap dua hari aku pasti akan reload RM50 ! Qhaliff akan abiskan semua kuota internet aku semata mata untuk layan Youtube jer !

Tapi sejak Magic Sim diperkenalkan oleh Celcom.. Fuhhh ! Internet tanpa had bermula jam 1 pagi hingga 7 pagi ! Ok la kan ? Sapa nak bagi ??? Hahahah ..

image

Siang sekarang jarang dia nak main handphone sebab dok bizi sakat adik dia. Malam baru keboringan… Suh tidur , tak nak.. nak teman daddy buat work ..

image

Tidur lewat.. tapi bangun awal.. ok la tu ? Takde la lewat sangat pon bangun tapi tetap tak bagus untuk dia yang masih kecik ! Hurm.. camana eh.. Aku lak , tengah malam baru leh buat kerja.. Time gini la baru aku berpeluang nak buat kerja aku.. Hurmm..

Owh.. berbalik pada Magic Sim tu.. sila dapatkan di premis Celcom.. Diaorang ada  jual dan dapatkan infomasi bagaimana nak menggunakan Internet Burung Hantu ni.. Unlimited ok ! Download lah apa pun dengan segera ! Sebelum jam 7 pagi menjelma.. lalalalaa..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Senang sebenarnya tapi tak jumpa kat mana letakkany software tu dalam Sony Xperia Z3 aku.. Aku cari Miracast ! Hehehehe.. Nak tengok movie terus kat tv ! Tak perlu dah layan kat handphone..

Boleh ke ? Apa lak tak bolehnyaaa.. Sebab tu pentingnya ilmu bab telefon pintar yang mahal mahal ni.. Sebab ada banyak kelebihan ! Bukan sekadar untuk layan Whatsapp jer !

image

Aku tak perlu dah nak beli dvd pirate atau Qhaliff layan youtube.. aku pasang ke kat tv dan dia senyap terus.. hehehee… Sonang dah keje aku.. aku leh sambung update blog di jam 1 pagi ! Huhu..

Dan tau tau.. dia lena dahhhh… Daddy leh layan lak pastu.. lalalala..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Minggu depan Sony Xperia Z5 akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya dan Iphone 6s dah pun mendapat tempat di hati peminat setianya , juga di Malaysia.

Aku ? Tak dinafikan aku agak stress dengan menggunakan Android terutama part whatsapp yang kerap hang bila ramai bagi mesej. Nak bukak pon tak boleh ! Ini kerap berlaku baru baru ni , ketika aku di Jepun. Nak tak nak , aku kena reinstall Whatsapp.

Apakah Sony Xperia Z5 akan selesaikan masalah ini ? Atau aku terpaksa guna Iphone yang aku anti selama ini , demi untuk kelancaran tugasan harian aku sebagai blogger ?

image

image

image

image

Hurmmmm.. Tak pe ! Sabar !! Minggu depan aku pergi pelancarannya dan akan menilainya sendiri ! Apakah aku akan terus setia dengan Sony atau … beralih arah ???

Iphone 6s dah boleh masuk dalam air kan ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (40)
    • ►  Jun 2025 (3)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ▼  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ▼  Oktober 2015 (66)
      • ‘Hamba wang’ kah kita ?
      • Bila VAPE tidak haram !
      • Earphone SUDIO VASA
      • Akhirnya SONY XPERIA Z5 ditangan aku !
      • Perangai lama kembali !
      • Dan GATSBY jadi pilihan aku..
      • GST satu kejayaan membanggakan , kah ?
      • Akhirnya menjelma jua cinta hatiku !
      • Kegemaran aku bila di D’Laila Sup Power !
      • Jom sertai contest COSMODERM !
      • Bila burung mula berkicau..
      • Penangan GST !
      • Bila nak guna lif di shopping mall !
      • Penangan ‘OSAKA’ !
      • ‘No handphone’ kata ibu !
      • Unlimited Internet di awal pagi !
      • Berjaya jugak akhirnya..
      • Sony Xperia Z5 atau Iphone 6s ?
      • Meronda Bandar Osaka, Jepun !
      • Osaka Halal & Muslim Friendly Map di Jepun
      • Bila jerebu menguasai bumi..
      • Apa pentingnya boleh masuk air ??
      • Menang TV lagi !
      • Berbaloikah jadi blogger ?
      • Terbaik dari sungai Pahang !
      • Menginap di Kobe Bay Sheraton Hotel , Jepun
      • Anak dan ayahnya.. sapa lagi muda ?
      • Kuala Lumpur dan Kelantan..
      • Bila dah jadi anak dara…
      • DEEZER–Aplikasi giler cool !
      • Jodoh di BurgerByte !
      • Pavlova si Rara !
      • Keikhlasan bila berkawan..
      • Bila kereta aku tersangkut..
      • UNIVERSAL STUDIO JAPAN–The Wizarding World of Harr...
      • Bila cuaca sejuk..
      • Shopping pakaian di Mothercare KLCC
      • UNIVERSAL STUDIO JAPAN – Minion Plaza
      • Setengah jam bersama Dr. Rubiah
      • Alasan tol dinaikkan ?
      • Kali ni di FEMININ , RTM1
      • Ke UNIVERSAL STUDIO JAPAN
      • LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON | Percutian Idaman !
      • Ke di Osaka , Japan bersama AIR ASIA X
      • Teksi Oh Teksi !
      • Kena pantas update blog semula !
      • Payahnya mengembirakan si anak..
      • Antara bekerja dan melancong !
      • Budaya berbasikal di Jepun
      • Tamat sudah JEPUN !
      • Jom rungkaikan rahsia Domino’s #DTopSecret !
      • Betapa kita merindui’nya’ !
      • Ku cuba tahan airmata ini..
      • UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE !
      • Wajib bawa bila travel !
      • Ragam anak-anak !
      • Mereka seolah mengerti..
      • Wonda Coffee punya pasal !
      • Wajarkah bawa makanan segera ?
      • Blog santai memberi manfaat juga !
      • Wonda Coffee punya pasal !
      • Akhirnya , Zahra pun nak juga !
      • #MYCYBERSALE 2015
      • Takut binikah aku ?
      • Maggie Asam Pedas Kambing Telur Mayong !
      • ‘Sado’ tak semestinya kuat ?
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes