Kalau tak silap aku , sebelum siap lagi aku dah bercita cita nak datang Lexis Hibiscus di Port Dickson ni selepas tergamam melihat gambar imaginasi designer yang viral di Facebook.
Dan impian jadi kenyataan bila semalam , aku sekeluarga telah menjejakkan kaki di sini dengan senyuman hingga ke telinga ! Sapa sangka kan ? Dari idaman , terus jadi kenyataan..
Bertolak dari rumah aku nun di Sepang.. ke Lexis Hisbiscus yang terletak di Jalan Pantai , Pasir Panjang nun di Port Dickson ni cuma mengambil masa sejam perjalanan sahaja. Tak sampai 60km pon. Hehehehe..
Dengan menggunakan Waze , perjalanan aku lebih pantas dari yang sepatutnya. Elakkan jammed gitu.. hehehe.. Ikut jalan lama.. Dan keterujaan aku nak sampai awal , akhirnya membuatkan aku terlepas nak amik gambar pintu masuk ke Lexis Hibiscus yang cantik tu ! Adehh…
Tak kisah laa… masuk terus ! Qhaliff dah tak sabar nak mandi.. Check in.. Manager Front Desk ada di situ. Layanan mesra dan pantas dari mereka mengagumkan aku ! Huhuhu.. Tak sampai 10 minit , settle segalanya. Buggy sampai dan kami di bawak ke bilik .. Villa Pool gitu ! Huhuhuh..
Suka giler Qhaliff naik buggy ni ! Zahra pon sama. Lama dah dia teringin nak naik buggy ni.. dan tercapai jugak hasrat dia. Murah rezeki tul dia ni..Tak sampai 10 minit naik buggy , sampai dah bilik.. ehehehe..
Pastu… seperti biasa .. aku akan buat 2 check up ! Satu.. WiFi !
Yessss ! Takde butang butang macam kat Jepun dan Korea ari tu ! Aku gagal menakluki tandas gitu ! Terpaksa guna old skol punya skill ! Dan di Malaysia , aku rasa masih lagi guna tandas gini kan ? Ke ada gak butang butang punya ? hurmm..
Ok.. tandas bersih !
Perfecto !! Tak sambar nak tengok kolam dia.. Tapi sebelum tu.. Terpandang sesuatu yang agak ‘mengerikan’ ! Huhuhuh.. Nasib baik aku tak gayat dah !
Dan kembali ke Zahra.. Selepas selesai check bahagian bilik air.. terus ke kolam air di belakang sekali ! Huhuhuh.. Best ke ?? Serupa macam dalam gambar ke ???
Yang atas ni dalam gambar risalah yang untuk menarik minat mereka agar datang ke Lexis Hibiscus.. Manakala di bawah ni , gambar aku amik sendiri !
Ok la kan ? Sama jer ! Beza dia cuma berjerubu dan tidak jer la !! Dan Zahra mulakan tugasnya ..
Eh ?? Daddy mana ??? “
Sesaat kemudian terdengar bunyi dentuman ! Dan..
Tiba tiba terdengar suara halus..
“ Daddy.. hagak hagak la kot nak mandi seorang jer.. Anakanda pon nak mandi gak !! “
Yelahhh.. yelah.. Baru nak fefeling jadi kanak kanak.. Hehehe..
Hehehe… Sorang lagi , sibuk tengok tv ! Tak nak turun kolam.. heheh. Kolam ni , tak beberapa sesuai untuk anak kecil melainkan ada orang dewasa memantaunya. Kedalaman kolam ni ialah 1.2 meter. Kira tinggi pinggang aku la.. hehehe..
Selain mandi kolam , ada beberapa lagi aktiviti boleh dilakukan di sini .. Antaranya berbasikal , jogging dan macam macam lagi ! Tempat ni memang best untuk lakukan aktviti luar gitu..
Sebelah malam pulak , kawasan Lexis Hisbiscus ni amat cantik sekali ! Lampu berwarna warni menerangi kawasan persekitaran membuatkan ianya kelihatan begitu ceria dan hidup sekali suasana malamnya !
Jom makan malam ! Hehehe. Kalau malas nak keluar , boleh cuba makan di sini.. ada dua pilihan. Nak makan BBQ atau makanan Jepun. Macam aku sekeluarga semalam , cuba makanan Jepun. Harganya memang murah. Seorang dalam RM68 nett dan kanak kanak , RM34.
Sedap dan berbaloi dengan apa yang dibayar ! Puas makan akhirnya makanan Jepun ! Hehehehehhe.. Dan selepas makan , kembali ke bilik.
Set pendingin hawa dan .. Zassss ! Sekejap je semua tidur ! Hehehe.. Menanti hari siang , perancangan nak berbasikal pulak sebelum pulang ke rumah. Satu percutian ringkas tapi amat bermakna sekali untuk sekeluarga setelah aku tinggalkan mereka beberapa hari .. hehehe….. kira balas balik la kan ? Takkan aku je nak g bercuti..
Untuk keterangan lanjut , boleh ke www.lexishibiscuspd.com atau ke facebook mereka , Lexis Hibiscus Port Dickson.Ada yang tanya pasal harga .. sebaiknya rujuk di laman web mereka sebab harga ni berubah rubah terutama pada musim tertentu.. Ok ?
25 comments
Subahanallah Bro Ben..wow!!!! amazing Malaysia..We lovely truly Malaysia..huuu!! hebat2 milik rakyat malaysia kan..hahaha kena sewa lah pergi sana..bawa duit.Teruja nak pergi suatu masa. Tqvm..welcome back dari Osaka kan..
BalasPadamsuka tengok pasangan anak Ben ni..membesar dengn blog hebat Ben..tahnia..warnai hati dan jiwa anak dengan iman dan taqwa, selebihnya beri mereka lihat muka dunia..secara sihat. Ok
BalasPadamphew..
BalasPadamcantik design bilik kat cni.
terus pasang impian nk bercuti kt cni.
ada kolam x tahan tu.
Fuyoooo...best nye..cantik tempat dia..
BalasPadamabennnnn nak pergii jgggg..blh dpt hrga media tak kehkehkeh..bestnya mesti anak2 sukak blh brendam kt situ
BalasPadamBestnya Ben..semoga satu hari nanti akak pun berpeluang ke sini bercuti bersama family...
BalasPadamtempatnya sangat menarik... tapi pool nya sangat terbuka, tak seperti grand lexis yang ada dinding penghalang... klu wanita muslimah akan berfikir 2 kali untuk berendam di siang hari :-)
BalasPadamFuh fuhh cntik gilaa
BalasPadamWow. Review abg ben kali ni panjang. hehehe. Cantik kan lexis hibiscus ni. Tapi harganya..uhhh..kena simpan duit banyak-banyak. hehehe
BalasPadammemang best tempat tu....satu destinasi percutian yang menarik
BalasPadamBr puas hati baca entry panjang dr abg Ben..hihihi nak gak pi situuuu
BalasPadamNANGIS LAJU LAJU! bila lah dpt dtg siniii!
BalasPadamwah..serius cantik...
BalasPadamBestnye bila dpt g sini plak .. 😬
BalasPadamMemang nak pergi resort ni.Hendak meraikan hari ulangtahun perkahwinan bersama wife dengan anak-anak. :)
BalasPadamInsyaAllah..nak pergi bercuti di resort ini.Meraikan ulangtahun perkahwinan bersama isteri dan anak2x.hu..hu..
BalasPadamNak plan ke sini, tengok harga semalam, terus tak jadi, better pegi oversea lebih murah budget...huuhuh
BalasPadamCantiknya! Harap satu hari nnt dpt lah bawak anak anak ke lexis
BalasPadamnangis tengok tempat camni...hwaaaaa
BalasPadamkalau dapat harga media kan best..nak pi sendiri kena fikir la 5-6 ratus kali...ada sapa2 nak bagi tajaan honeymoon SA tahun depan tak?
BalasPadammmg cantik..harga pun cantik,,,klu pi situ tgok ramai chinese je,,org kayo je la dpt pi..
BalasPadamtu dia beshnye ..... menarik tp harga pun menarik jugak ni ....
BalasPadambestnyeee..ni salah satu tempat percutian idaman sy ;))))
BalasPadamwow menariknya teringin jgk.
BalasPadamCantiknya....!! Teringin nak stay sini barang 2-3 Malam. Mesti gempak havoc Nina anak beranak
BalasPadam