Maggie Asam Pedas Kambing Telur Mayong !
Aarghhh.. Berbaloi kali ni aku makan malam di D’Laila Mee Udang , MMA Corner Bandar Baru Nilai. Sebelum ni aku pergi, maggie kambing kegemaran aku ni disediakan oleh pekerjanya yg masih belum beberapa mahir dan hasilnya kurang memuaskan hati aku !
Dan semalam , Kak Laila sendiri menyediakannya ! Fuhhhh… Memang berasap ! Kalau korang nak gi , pastikan Kak Laila menyediakan ! Hahahaha.. Air tangan tokey dengan anak buah , memang lain rasanya !
Satu nasihat aku kalau nak g serbu gerai Kak Laila ni .. Jangan serbu pada hari cuti terutamanya hujung minggu.. G la waktu hari biasa.. Maksudnya , antara Isnin hingga Jumaat ! Baru puas makan ! Tak yah berebut punya.
Owh… tapi sekarang , pekerja pekerjanya pon dah nampak semakin mahir.. Yelah , aku gi ari tu pon ..bulan lepas! Lama dah tuuu.. Mesti dah tajam skillnya.. Tapi kalau dapat Kak Laila yang sediakan , lagi best ! Hahahaha.. Tak menang tangan la dia pasni..
Satu pencapaian tersendiri dan membanggakan rakan rakan yang lain yang senantiasa menyokongnya !
2 comments
Telur mayong tu tak tinggal ye abg ben..huhu..
BalasPadamok nanti nak pi lagi nak suh kak laila yang masak..x nak pekerja dia masak...
BalasPadam