Budaya berbasikal di Jepun

by - Jumaat, Oktober 09, 2015

 

Fuh… Pengalaman 3 hari di Osaka , Jepun sebenarnya tidak cukup untuk aku bagi membuat kesimpulan mengenai bandar dan negara Jepun. Terlalu singkat namun ianya satu permulaan bagi aku untuk membuka langkah menjelajah negara tersebut ! Dan korang pun patut melakukannya juga ! Bak kata orang ,makin banyak berjalan makin banyak luas permandangan.

Ketika kali pertama jejakkan kaki di bandar Osaka , 3 hari lepas memang buatkan aku kagum ! Dengan udara yang segar , tiada asap kenderaan.. kebersihan persekiaran membuatkan sesiapa saja teringin nak menjelajah bandar tersebut hanya dengan berbasikal biasa jer ! Tak yah basikal mahal pon !

imageimage

Teringin nak melakukan seperti mana mereka tapi nak dibandinkan dengan negara kita , aku rasa kita belum mampu melakukannya ! Terus terang tahap disiplin rakyat negara kita ( termasuk aku ) , masih terlalu jauh untuk diperbaiki. Bukan tak boleh tetapi masih belum berdisiplin. Contoh, masa gunakan pengangutkan awam dan juga sampah sarap ! Kalau nak berbasikal , kita kena jaga kebersihan negara kita dan.. kerajaan perlu lebih bersikap jujur dalam menjaga negara kita.. Rakyat saja tak cukup untuk melakukan semua ini !

Aku harap satu hari nanti kita mampu berbasikal dengan tenang dan berdisiplin seperti rakyat Jepun yang mana mengutamakan pejalan kaki. Buat masa sekarang , aku keliru sapa yang patut diutamakan bila nampak orang berbasikal di negara kita terutama di Putrajaya… tiap malam minggu boleh nampak orang berbasikal tetapi part disiplin.. hurmm… Tak perlu nak sentap dan menuding jari semula.. perhatikan saja..

You May Also Like

15 comments

  1. betul tu..Fidah pun suka cara hidup org Jepun..Jalan pun tak jem..semua pergi kerja naik basikla dan guna kenderaan awam.Tak mcm negara kita..naik bas katanya jatuhla saham...tengok org negara Jepun...tak jatuh pun saham..aman je rasa

    BalasPadam
  2. rasa macam nak buat dekat sini pulakkk

    BalasPadam
  3. Teringinnya nak ke Jepun..alami sendiri...

    BalasPadam
  4. dengan displin depa yg tggi lagi..kite bole buat..err tp mgkin makan masa yg lama..tp x mustahil

    BalasPadam
  5. bestnya leh kurus..hihi tapi tak leh kang lewat gi tempat keje..hihih

    BalasPadam
  6. Sonok je tengok orang bawak basikal..sebab saya tak gheti bawak basikal..hehe

    BalasPadam
  7. Betul tu ben, bab disiplin org kita jauhhhh sangat jika nak dibandingkan dgn dorang.. termasuk wawa..

    BalasPadam
  8. boleh buat di negara kita..tapi semua pihak turun padang bekerjasama..sama sama..berganding bahu...tiada sempadan pangkat dan kedudukan..in sya Allah boleh..

    BalasPadam
  9. Berbasikal di Jepun mmg best sbb iklimnya sesuai (kering). Kalau kat Malaysia berpeluh-peluh.

    BalasPadam
  10. Orang Jepun mmg sgt berdisplin..harap satu hari dapat menikmati suasana kat Jepun jugak..ehehee

    BalasPadam
  11. setuju sangat..yang berskirt pendek pun naik basikal, dressing cantik2 bawa anak naik basikal..last year pergi musim panas, seronok...tempat yang mesti dilawati sekali lagi!!!

    BalasPadam
  12. dispilin orang jepun memang kuat..meskipun selepas membuat konsert, sampah sarap tetap di buang ke tempat yang sepatutnya..selepas konsert tempat masih bersih..alhamdulillah pernah merasai pengalam di jepun..

    BalasPadam
  13. Kena pergi epun sekali, baru puas hati. Mesti seronok kan..

    BalasPadam
  14. Kemudahan laluan, parking basikal atau saranan dari kerajaan, mungkin rakyat ikut

    BalasPadam
  15. Saya tengah mengajar pelajar dari Jepun sekarang, masa dia cakap boleh juga pegi kampus (yang perjalanan dengan tren pun sejam lebih), saya tergelak, tapi dia heran kenapa saya gelak. Maknanya, tak tercapai dek akal saya.

    Bab mendidik rakyat Malaysia, perlu dipupuk sejak kanak-kanak. Khasnya di sekolah.

    BalasPadam