Jodoh di BurgerByte !
“ Bang.. nak makan apa malam ni ? “
Terus terang.. aku dah boring nak makan menda sama je setiap hari ! Kalau balik Kelantan , takkan nak makan tomyam memanjang.. Hurmm.. Nak merayau sana sini pun tak leh gak sebab masa terhad. Esok nak balik KL dah. Balik ni pon sebab ada kerja dan nak lawat mak mertua aku yang kurang sihat..
Aku ajak wife makan kat BurgerByte di Tunjong , Kota Bharu. Lama dah tengok restoran ni tapi masih tak berkesempatan nak singgah. Dan nampaknya malam ni rezeki kami laa… Orang tak ramai malam ni. Rasanya ramai gi ke stadium. Ada perhimpunan di sana. Aku nak g tapi tak sempat lak tadi.. Kena uruskan kerja terlebih dahulu.
Jam 11 malam , aku sekeluarga sampai kat restoran ni. Tutup jam 12 malam. Ada sejam untuk order dan makan. Aku serahkan je semua tu kat wife. Dia je la pilih apa nak makan . Kalau aku yang pilih , mau jugak kul 2 pagi baru boleh tutup ! Hahahaha.. Aku order semua wooo ! Semua nampak sedap.
Hurmm… Dan wife aku order feveret aku.. Segalanya berkaitan dengan kambing ! Heheheh ..
Pegang roti dia.. lembut ! Camana pulak dengan daging dia ? Hurmm… Sos ? Keju ? Wowww. semua nampak menyelerakan !
Fuhhhhh… sedap !! Seriuss ! Aku tak tau la kot korang pernah makan tapi tak sedap . Yang ni serius sedap ! Nak kata aku kebuluran , tak gak sebab aku baru je lepas makan malam kat rumah mak mertua aku. Memang sedap ni.. Aku bagi wife aku rasa dan dia bersependapat dengan aku…
Aku tanya spagetti yang wife aku punya lak.. Dia dok suap Zahra. Begitu berselera sekali Zahra makan..
Sedap ! Selesai diorang bedal kasi abis ! Tak sempat aku nak merasa… Huhuhhu.. Pastu wife mintak aku order milo ais. Aku pon bangun dan ke kaunter.
Aku terpandang seorang lelaki yang sedang berdiri berhampiran dengan aku. Aku syak dia orang paling besar di restoran ni . Aku menegurnya,.
“ BurgerByte ada cawangan di KL ke ? “. Tanya aku walaupun aku tau memang ada cawangan di KL. Itu cumalah soalan pembuka sebelum ke soalan yang lebih serius.. hehehe..
Dia jawab ada.. Di Cheras dan beberapa tempat lagi. Soalan aku lagi..
“ Apakah rasanya sama seperti di sini atau segalanya bergantung pada tukang pembuatnya ?? “. Kemudian aku hulurkan kad aku..
“ Bukan apa.. Saya biasa buat review makanan ni.. Jadi ini antara soalan yang sering ditanya. Sebab tu nak tau..”. Aku sambung bertanya.
“ Ben Ashaari.. Macam pernah dengar nama ni.. “. Dia tanya.
“ Iskh.. macam ??? Popular nama niii ! Takkan ‘macam’ je kot ?? “. Sedikit riak timbul di dalam hati ! Moga Allah ampuni dosa aku. Tak baik riak yer ! Astagfirullah al a’zim.
“ Dulu sekolah kat Lokman ke ? “ . Dia tanya.. Erk… takkan kot ???? Zaman sekolah , mana aku guna nama Ben ni ! Huhhh… Sapa dia ni ??
Kemudian dia perkenalkan diri dan selepas tu berlaku la tepuk tampar di situ ! Cehhhh.. Kawan sekolah rupanya ! Dah jadi manager besar dah skang ni.. heehe.. Alhamdulillah.. Ada network besar dah ni ! Leh la buat review BurgerByte lak pasni.. lalalala…
Kecik dunia ni..
9 comments
Dekat melaka ada cawangan tak ben? Sbb terliur nampak....
BalasPadamwowww rasa nak cuba la burgerbite...selalu mkn burger biasa je pun muak dah hmmm selera tgk burger ni
BalasPadamAlhamdulillah..nikmat rezekikan..syukur...
BalasPadamAlahaii menyelerakan
BalasPadamsedapnya....
BalasPadamDah pernah cuba kat subang...sedap ngak..
BalasPadamni yg burgerbyte zizan punye ke? kt damansara perdana pon ada....betul ker?
BalasPadamok terus scroll ke bawah..x sanggup tengok...kejam entry nih
BalasPadamhahah, kawan lama rupanya ya..hiihi
BalasPadamsetahu dieyana, burgerbyte ni hok zizang tu kae? sebab kat rumah kami memang ada restoren burgerbyte ni (sentul)..kkiihiih..mmng sedap..dagingnya lembut..anak2 dieyana mmng suka.