BEN ASHAARI



Saat yang ditunggu-tunggu tiba sudah ! Tak sangka sangat sebenarnya impian akan menjadi kenyataan. Yelah , projek melibatkan 4 orang... yang mana biasanya di saat saat akhir pasti akan ada perubahan. Tapi segalanya dipermudahkan Allah. Kesemua blogger yang terlibat , berjaya menepati perancangan awal..

Selepas Maghrib , dari rumah aku ke KLIA2 cuma amik masa dalam 15 minit jer. Perasaan berbelah bagi untuk pergi wujud. Aku hampir nak batalkan sebab Zahra dan Aariz demam. Dengan berat hati aku melangkah keluar dari kereta yang dipandu wife. Anak anak ikut sama. Nasib baik mak mertua datang menemani mereka. Terasa lega la sikit.. skit jer !

Janji bertemu di KLIA2 jam 8 malam.. dan kesemua tiba pada masanya.. Yelah , naik Air Asia X ni kena awal skit. Diorang tegas bab bab ni.. Hehehe.. Tu yang bagusnya. Jangan datang minit minit akhir.. meraung nanti !

Tapi ada masalah sedikit sebelum tu... masalah yang tak dijangka tapi berjaya diatasi dengan berkat kesabaran dan kepantasan membuat keputusan. Hehehe.. Terbaik !


Tugasan pengurusan dari awal lagi hingga ke saat akhir , semua dibuat oleh blogger Shehan. Maka segalanya terurus sehinggalah masuk ke dalam kapal terbang  Air Asia X. Masing masing ada bahagian tugasan dalam ni. Bukan goyang kaki bila terpilih.. huhuh..

Penerbangan kitorang jam 11.15 malam dan transit di Gold Cost jam 9 pagi (waktu Malaysia) dan kemudian dari situ ke Auckland , 10.15 pagi. Tiba sejam setengah kemudian. 
Oh ya... dalam kapal terbang , aku makan Nasi Lemak Pak Nasser's dan Nasi Ayam. Dua kali makan. Ok gak makanan dia. Nasi lemak dia kena dengan tekak aku. Kalau tak beli makanan dalam kapal terbang punya , korang leh beli di dalam air port. Beli selepas korang check in yer.. Tanya diorang dulu yer.. 

Tiba di Lapangan Terbang Auckland. Disini cabaran bermula. Hahahaha.. Aduh. 4 'check point' kena tempuhi wooo ! Nampak cam mudah tapi kena banyak bersabar. Mereka yang bawak makanan tu , kena betul betul ikut peraturan ! Bagi mereka yang nak datang ke New Zealand , sila amik tau apa yang boleh di bawa dan apa yang tak boleh ! Jangan main hentam jer woo.. Nanti kena denda gitu.. Tapi aku respek... pegawai kastam dan imigresen mereka sangat peramah. Tak de la garang walaupun mereka kelihatan garang. Senantiasa berikan layanan yang mesra gitu.
En.Suhaimi , pemilik Ikhlas Tours yang berpusat di Auckland , telah siap menanti di depan pintu keluar. Kereta yang bakal digunakan kitorang pun dah standby ! Tapi sebelum tu , aku beli sim kad ! Walaupun bawak juga Samurai Wifi tapi sebagai blogger tegar , segala kemungkinan kena amik kira ! Hahahaha.. Internet amat penting buat aku apatah lagi , anak anak di rumah tak sihat. Kena pantau juga mereka. 
500MB sehari data internet

Satu simkad , NZD 49. Dapat 3GB data internet.

Kereta sewa kitorang , Estima.
Terus balik ke motel untuk bersihkan diri. Badan dah berbau.. Nasib baik cuaca ketika ni di Auckland , sejuk. Dalam 13 darjah Celcius gitu. Sini , jam 7 malam dah gelap dah. Kena masuk bilik awal skit sebab diorang tak bekerja 24 jam , cam kat Malaysia. Hehehehe.. 
Motel kitorang tak jauh dari lapangan terbang. Tak sampai 10 minit pon. Dan selesa ! Boleh muat 7 orang untuk satu satu masa. Sesuai untuk mereka yang nak bawa family gitu. 

 En.Suhaimi memberi penerangan ringkas. Penting untuk amik tahu ! 
Selesai penerangan.. pelan malam ni , jom kuar gi jenjalan di bandar Auckland ! Nak menikmati udara malam di samping melihat kesibukan penduduk di malam hari.. Apakah seperti Kuala Lumpur? Hehehehe.. 
Tapi badan dah penat ! Nasib baik aku bawak Gaba Cafe, kopi 5 dalam 1. Dgn gabungan Tongkat Ali dan Ginseng ,Gaba Cafe pasti akan membuatkan aku kembali segar ! Yer , kopi ni khas untuk lelaki sejati jer yer.. hehehe.. 

Ok.. esok , best ! Nak kena kuar awal pagi.. Tak sabar nak gi ke lokasi pengambaraan Lord Of The Rings.. 



Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Alhamdulillah.. hari yang ditunggu tunggu dah tiba. Perancangan pada awal tahun , akhirnya menjadi kenyataan. Sapa sangka ? Aku pun tak sangka sebenarnya. Tapi aku yakin sangat sebab aku ada pasukan yang sangat boleh diharap dan memberi kerjasama sepenuhnya dari awal lagi hingga hari ini. Dan segala urusan di sana telah pun siap.. hanya menanti masa saja. 
Aku , berat sebenarnya nak pergi. Qhaliff tak sekolah ari ni. Zahra pun tak beberapa sihat. Aariz , demam lak. Kalau boleh tukar orang, aku tukar dah.. Hahahaha.. Tapi bila ingat kembali saat saat aku nak ke Paris beberapa tahun lepas , gini gak la perasaannya. Bila dah pergi, terus WOWWW ! 
Yer.. aku simpan perancangan.. nak pergi bersama keluarga aku... sementara diorang masih kecil sebab Qhaliff dan Zahra dah pandai 'teruja' dan memuji keindahan alam. Aariz , pon dah pandai dah.. Kalau bawak jenjalan pagi hari , dia akan tengok langit... burung.. apa saja yang mengujakan dia.. dan pastinya mulut ternganga.. Heheheh
Hurm.. sekarang aku berada di Times Square , Bukit Bintang. Nak beli sesuatu kat sini. Pastu balik umah mak aku jap.. amik barang dan seterusnya balik ke rumah. Mak mertua aku jaga budak budak tu jap. Sian kat dia.. Hurm.. Pasni nak travel jauh jauh , kena pastikan berbaloi trip tu.. Atau aku main je la domestik. 
Perancangan selepas balik nanti pun dah siap diuruskan. Ada beberapa trip dalam negara dalam bulan Oktober dan November. InshaAllah.. Kena selesaikan satu satu.. Alhamdulillah , berbaloi segala apa yang aku buat selama 8 tahun ni.
Oh ya.. ada yang kata.. Gi New Zealand pon nak kecoh. Hehehehe.. Betul , aku kecoh.. tapi bersebab wooo ! Semua orang mampu gi New Zealand.. tapi ??? Haa.. biarlah mereka je tau ! Nak cerita lebih lebih , payah.. Ini adalah salah satu kejayaan aku ! Aku berjaya menggunakan nama aku untuk mengapai impian... aku dan rakan yang lain ! Tarak makan sorang punya olang laa ! 

Doakan kami selamat tiba di sana yer.. Sedang keraskan hati.. huhu.. kang berair mata dalam kapal terbang.
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Hehehehe.... Yesss ! Dia benarkan aku belikan Qhaliff dan Zahra , arnab. Qhaliff  dok mintak nak 'bunny , bunny' .. selepas balik dari Farm In The City  , baru baru ni. Adik perempuan aku lak tau mana nak dapat arnab tu.. huhu..
Suka betul dia kejar arnab tu.. tak pernah dia nak mintak bela binatang.. ni pertama kali.
Dan akhirnya... aku tunaikan hasratnya , dengan izin ibunya. Heee.. Dia tak tau lagi. Esok pasti dia akan teruja punya bila anak anak arnab ni dibawa pulang ke rumah dan aku , boleh la pergi ke New Zealand dengan tenang.. Diorang ada teman bermain di rumah nanti.. Tak la boring nanti.. huhu ..
Dua ekor.. comel. Baru berusia sebulan.
Sorang satu.. Aariz tak boleh lagi. Dia tak tau nak belai binatang lagi.. Dipijaknya nanti ada la ! Kan leh caya Aariz tu. Harap muka comel jer.. tapi penuh agenda tersembunyi.  Huhuh.. Masih buntu aku. Nak letak nama apa eh ?? Sepasang ni... Cadangan korang ?
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Tiba-tiba , sahabat lama aku hantar gambar melalui Whatsapp.
Hurm.. Lama sungguh katanya abang tu berdiri.  Aku tanya dia , mungkin dia terlepas pandang kot.. ada yang offer abang tu duduk.  Sebabnya kalau aku naik ngan Qhaliff atau Zahra, memang aku akan berdiri. Kasi yang lebih memerlukan duduk. Di Malaysia, memang ramai pengguna pengangkutan awam terdiri dari orang kurang upaya. Bukan cacat tau... Haaa.. Zaman ni , orang kurang upaya ada macam macam jenis. Antaranya wajib menelaah handphone , layan movie atau terlalu penat.. Mereka dah kurang upaya la tu kan ? Heeee.. Positif bak kata pelawak beli undi. 
Ok.. aku tak nak tuduh apa apa sebab aku tak berada di situ. Tapi kalau korang antara pengguna pengangkutan awam  seperti LRT , MRT dan sebagainya.. tolong prihatin skit la yer. Jangan leka belek handphone tu. Kalau rasa tau waktu tu waktu kemuncak dan korang terdiri dari insan insan sempurna dan fit , apa kata berdiri je la. Belum ada yang mati sebab berdiri terlalu lama dalam LRT dan sebagainya.. 
Dukung anak di situasi abang tu , serius sangat sangat penat.. lenguh ! Dan bayangkan , budak tu bukan berusia setahun dua.. Hurm... Otak tu , sesekali mau pakai skit. Kau , aku ... kita semua.. Prihatin yer.. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Nissan Grand Livina aku tu , fuhhhh... Nasib baik dah ada Bezza. Tapi aku suka pandu Livina lagi berbanding Bezza. Terpaksa la aku tutup mata bila isi petrol. Kalau isi penuh tangki , memang boleh buat telan air liur je la. Tu belum lagi datangnya hari Rabu... ' petrol naik ke turun ?'. Kalau  turun , aku tarik nafas lega.. Kalau naik ???? Aduhhh.. Memang aku banyak buang duit pada petrol ! Sebab ? Aku ulang alik Cheras - Sepang boleh dikatakan seminggu 3-4 kali. 
Ingat tak lagi aku punya entri yang aku pasang I-Power di rumah aku ? Alat yang dapat menstabilkan elektrik di rumah aku seterusnya dapat mengurangkan lagi bil elektrik bulanan aku ? Haaa... aku diberitahu ada alat untuk jimatkan petrol lak ! Aku tergaru kepala. Boleh percaya ke tak ??? Kawan tu tunjuk pada aku. Dia pasang pada kereta MPV dia. 
Hurm... dia offer aku untuk buat review. Ok , bagus ! Aku nak try. Kalau berkesan , aku cerita kat korang eh.. Kalau aku tak cerita tu , tandanya tak berkesan la yer ! Hehehehe... Tapi aku yakin berkesan ! Kenapa ??? Aku google.... 
Dan ini set aku. Hehehehe.. Aku nak pasang pada Bezza aku. Nak tau apa kesannya selepas ni. Apakah aku perlu isi petrol setiap hari ? Wife guna Bezza untuk gi kerja , antar Qhaliff gi tadika dan kemudian hantar aku serta Zahra dan Aariz ke rumah mak aku. Bayangkan berapa banyak petrol digunakan ! Tu belum lagi tol !!!! Nasib tak da alat untuk elakkan tol. Hahahaha.. 
Smart lak eh ? 

Apakah benar benar beri impak ? Dimana nak beli ? Berapa harga ? Tunggu entri aku akan dataang.. selepas aku gunakan dalam seminggu dua. Heee..
Kalau tak sabar nak tau mengenai I-Charge ni , sila Whatsapp /Call  : 0172182999 / 012-4338082 .
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Semalam gi survey di Mid Valle nak tukar duit. Rate memang best la berbanding di Alamanda Putrajaya dan IOI Mall Putrajaya.  Tapi ATM lak wat hal. Tak nak terima kad aku. Tau laaa 'kandungan' semakin menghaus.. Huhuhu... Dan terpaksa  aku pergi balik hari ni. Dan rezeki hari ni... harga belian turun lagi berbanding semalam. Dan aku orang terawal dapat tukar. Tak perlu beratur panjang.. hehehe.. 
Bagi RM2200 , dapat cuma NZD 700 je. Hurm... Apa leh aku shopping kat sana eh ? Dihitung hitung , nak masuk ke tempat pelancongannya pon dah boleh bikin garu kepala !Hahahha.. Tak masuk rugi kan ? Haa.. kena butakan mata je laa jawabnya.
Pas tukar duit , gi jumpa seornag sahabat. Dia kasi Gaba Caffe...kopi kesihtan khas untuk lelaki ! Heee..Ada campuran Tongkat Ali dan Ginseng gitu... Dapat juga aku menyegarkan diri di sana nanti. Selesai.. aku gi shopping baju  kaki.. 
Nanti aku cerita kehebatan Gaba Cafe.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hurmm... satu lagi mercu tanda negara di mata dunia , 'dipadamkan' atas pelbagai alasan. Sayang sungguh.. 19 tahun , akhirnya berkubur ! Apakah akan kembali ? Masa akan menentukan. Bagi aku , kehilangan F1 di negara kita satu kerugian. Walaupun ada yang kata , F1 ni tak beri manfaat pada mereka apatah lagi negara.. 
Bagi aku , mereka tak nampak pon. Selagi mereka tak duduk dalam kerusi kereta F1 tu dan memandu dalam litar tu atau petrol percuma buat mereka gara gara keberhasilan penganjuran pertandingan F1 tu , mereka tidak akan berkata positif mengenai F1 ! 
Mungkin kita nampak , tak ramai boleh tonton secara langsung F1 ni sebab tiket mahal.. F1 ni untuk orang kaya kaya jer ! Dah tu , hotel hotel besar berbintang bintang tu , untuk orang miskin ke ? Bila ada pertandingan bertaraf dunia ni , maka ianya akan ada siaran langsung di seluruh dunia ! Seluruh dunia akan tertumpu pada MALAYSIA. Secara tidak langsung , akan membantu sektor pelancongan. 
Secara jujurnya , aku tak pernah jejakkan kaki ke Litar Sepang ni walaupun dah banyak kali dapat jemputan. Aku tak suka bunyi bising. Tapi penganjuran F1 di negara kita ni , aku sokong ! Sebab aku nampak kesannya postifnya.

Hehehe.. aku terlibat masa ni. Dan terasa bangga la bila dia join program MM2H ni.. hehehe... Tahun 2009. F1 ni , bukanlah seperti tanam kacang hijau.. campak je esok dah tumbuh.. 
Sekurangnya, dunia dah nampak MALAYSIA dari sudut positif... bukan macam sekarang !
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hurm... makin hilang selera dengan dunia media sosialkah aku sebenarnya ? Bila terlihat posting posting yang kena dek mata mereka , akan adalah komen komen yang bukan saja negatif tetapi ada yang sampai memaki hamun seolah olah dia seorang insan terpuji gitu ! 
Kekadang aku rasa aku dah tak mampu nak baca semua ni.. Dunia media sosial semakin hilang serinya ! Kalau dulu , nak buat bisnis di media sosial ni , memang digalakkan sama sekali tetapi sekarang ni... baik meniaga depan umah je la. Tak kaya pon tak pe laaa ! Itu bisik hati aku... 
Aku tak la kata aku punya posting bagus bagus... tapi aku tak la komen kat status terbuka dengan id palsu kemudian memaki hamun ! Dia rasa dia tukar id , Allah tak kenal dia kot ? Heh ? Terasa diri macam Flash la eh ? Lepas komen , terus lari laju dan hilang ? Aduhhhh.. 
Pastu bila ada yang komen baik baik , kena cop ustaz ustazah Facebook ! Aduh.. dah tu nak macam mana ni ? Hehehe.. buat cam aku je.. Baca je la.. Kalau posting kawan tu , kita kenal.. kita pm dan bagitau la... cara baik ! Kalau tak kenal , nak tegur... boleh je tapi bersedia la.. Kalau orang tu matang , dia terima. Kalau tidak , memang siap la !
Aku pernah kena dulu.. sebelum ada blog. Aku tegur dia. Dia punya melenting , perghhh.. Pastu kawan kawan yang sekutu dengan dia , turut sokong dia ! Aku mampu senyum je la. Unfriend dan blocked terus. Sekurangnya , aku dah buat kerja aku. 
Nak komen tu ok jer. Tapi jangan la sampai melaknat orang tu. Kalau rasa nak memaki hamun , cuba pandang diri sendiri di cermin dulu. Kemudian fikir... sapa nak tanggung dosa tu ?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Tenung muka anak anak..  Aariz lak , tak nak lepaskan aku. Pantang aku bukak pintu , dia menderu ikut sama. Qhaliff dan Zahra pon gitu gak. Nak tidur malam , mesti berkepit.. Macam tau tau aku nak tinggalkan diorang berhari hari.. 
Ikut hati aku , nak je aku batalkan. Nak je kasi kat sapa sapa ganti aku. Yer , sememangnya New Zealand antara tempat yang aku nak pergi sangat dari dulu.. tapi bersama sama keluarga ! Huhuh.. Tak pe la... aku pujuk hati... gi survey dulu.. Kalau sesuai untuk anak anak aku , akan aku kembali bersama mereka... 
Dua hari.. aku abiskan masa petang bersantai bersama mereka..
Pantas betul masa berlalu. Nak pergi , bercinta.. Dah sampai sana , macam tak nak balik ! Hahaha.. Dah balik , merindu pulak. Aduh.. macam macam la perangai manusia , kan ? Heeeee... Nanti anak anak nak masuk asrama lak ? Haa... acaner lak tu ? Heee.. takkan dilepaskan pergi ! 
Tapi bak kata orang tua tua .. sayangkan anak.. sambung la sendiri ! 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Ada yang mengumpat Aariz ke sampai tahap gitu punya meraung ? Pasal apa mengumpat Aariz ? Dia belum boleh cakap pon lagi ! Masalah tul manusia berhati busuk gini. Tak boleh langsung tengok orang lain lebih skit terus dicipta kontroversi. Puashati sunggu la dia ! 
Hurmm.. bab ni sebenarnya , aku pun angkat tangan. Ada je manusia manusia yang menyimpan dendam atau berhasad dengki dengan insan lain... terutama kenalan mahupun saudara mara ! Kenapa semua ni boleh terjadi ??? Kena pulak yg ada kaitan darah.. dia punya mengumpa ,perghhhhhh ! 
Kekadang tertanya aku gak.. apakah dia terlupa Allah sedang memerhati ! Apakah dia tak takut ? Atau dia terlupa yang juga ada anak bini ??
Aariz , jangan wat tau perangai orang tak gini ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Bermula menulis blog pada penghujung 2009 , atas permintaan si isteri. Berpengalaman dalam dunia internet sejak berusia awal 20an lagi. Ketika tu dah menulis cerpen di laman GeoCities tapi dengan menggunakan nama pena yang lain. 

Dalam tempoh 6 bulan , Ben Ashaari telah berjaya melonjakkan namanya dalam dunia media sosial dan telah menempuhi pelbagai halangan untuk mengekalkan namanya sehingga kini. Dalam pada masa yang sama , Ben Ashaari telah menubuhkan komuniti blogger yang dikenali sebagai Kelab Blogger Ben Ashaari  atau #KBBA9. Pelbagai pencapaian telah dikecapi oleh #KBBA9.

Bapa kepada 3 orang anak comel ini , memasang impian demi impian. Dan setiap impiannya menjadi kenyataan ketika bergelar blogger ! Siapa sangka kan ? Meninggalkan kerjayanya di sektor awam dan memilih menjadi blogger sepenuh masa , adalah sangat tepat sekali. Dengan cara demikian, suaranya dapat didengari dengan lebih serius oleh pelbagai pihak. 

Berikut adalah senarai pencapaian dan juga pengalaman Ben Ashaari secara ringkas. 

Pencapaian Dalam Dunia Blog : 
1. DIGI WWWOW 2013 ( Top 3 , Kategori Blogger Pilihan )
2. DIGI WWWOW 2014 ( Top 3 , Kategori Blogger Pilihan )
3. MSTAR - RTM  Anugerah Pilihan Online ( Top 5 Kategori Blogger Pilihan ) 2016

Media Dan TV : 
1. 2017 - Nine11 ( Bernama TV ) 
2. 2016 - Selamat Pagi Malaysia ( SPM )
3. 2014 & 2015 -Assalamualaikum ( TV Al Hijrah ) 
4. 2014 - Saffiya ( TV9 ) 
5. 2013 - Salam Muslim ( ASTRO )
6. 2012 - Generasi Y ( RTM1)
7. 2012 - Nona ( TV3 )
8. 2012 - Wanita Hari Ini (TV3)
9. Berita Harian 
10. Harian Metro 
11. Utusan Malaysia 
12. Sinar Harian 
13. Kosmo 
14. Maskulin 
15. Majalah Pa&Ma
16. Majalah Ibu Dan Anak 
17. Majalah InTrend 
18. Majalah Harmoni

Pengalaman Sebagai Blogger : 
1. 2017 : JAL ( Japan Airlines ) Business Development Trip ke Fukushima dan Tokyo
2. 2016 : MAS Influencer
3. Media Creator untuk Sony Mobile 
4. Media Influencer untuk Mothercare
5. Duta Cosmoderm ( 2015-2017)
6. Trip ke Phuket - Review The Life Co Resorts 
7. Trip tajaan DIGI ke Perth, Australia
8. Trip tajaan AIR ASIA ke Osaka , Jepun  dan ke Paris serta Toulouse , Perancis
9. Dipilih menyertai The Influencer yang ditaja oleh NOKIA 
10. Founder Kelab Blogger Ben Ashaari , komuniti yang telah bekerjasama dengan banyak syarikat dalam membantu mempromosikan pelbagai produk seperti hotel , resorts dan juga barangan.

Kerjasama dengan NGO dan Jabatan Kerajaan :
1. Aman Palestin
2. SyriaCare
3. Lembaga Zakat Selangor 
4. Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Dan banyak lagi review produk berjenama seperti Toshiba, Honda, Toyota, Watsons , Gilette , Celcom. Maxis , Digi , Asus , hotel dan sebagainya.  Syukur pada Allah. 

Untuk pertanyaan review atau pengiklanan , sila email ke benashaari@yahoo.com.
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Bukan takda idea tapi setiap kali buka laptop , akan ada yang datang.. Kalau tak Zahra , mesti Aariz. Bila diorang datang , nak tak nak , aku kena tutup laptop. Kalau tak , laptop HP Envy yang tak sampai usia setahun ni lagi , akan mengikut jejak langkah Acer aku... Zahra kasi lingkup ! 
Kekadang terfikir gak untuk bersara je dari dunia media sosial ni dan tumpu perhatian pada anak anak.. tapi risau gak mulut mulut sumbang bersuara... laki makan hasil bini ! Hurmmm.. Nak tak nak, aku kena 'bekerja' dari rumah gak ! 
Aku tak boleh dah macam dulu.. tidur lewat bangun awal..update blog di mana mana sebab kena fokus pada anak anak.. sedikit leka boleh mendatangkan kemalangan pada mereka... seperti berlaku pada Zahra beberapa bulan lepas ! 
Semangat blogging pon dah mula pudar namun kawan kawan tetap beri kekuatan.. Aku akan cuba dan terus mencuba. Sememangnya blogging ni minat aku tapi keluarga adalah segala-galanya.
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Makin panjang akal... makin ada je menda dalam kepala dia ! Pantang tengok pintu terbuka.. aku mengunyah.. dan sesuatu yang mengujakan dia.. maka berebutlah dengan aku ! Kalau tak dapat , meraung sekuat hari ! 



Minggu depan , aku akan rindukan keletah anak anak terutamanya Aariz yang sangat manja dengan aku. Hurmm... Entah bagaimana aku nak lalui hari hari tanpa mereka. Yelah , aku besarkan mereka dari hari pertama hingga sekarang.. mestilah perasaan rindu tu.. hurm... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Lama dah aku tengok... nak singgah tu , tak teringin lagi. Sehinggalah semalam , aku dah tak tau nak makan di mana.. aku ajak wife gi santai di Putrajaya. Memandangkan hari ni cuti Maal Hijrah , maka malam tadi tu boleh la merayau hingga lewat malam.. heee..
Terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin , Presint 2 , Putrajaya Foodtrucks Hotspot memulakan operasi perniagaan jam 5 petang hingga 11 malam.. setiap hari ! 



Aku rasa 3 jenis makanan semalam... Nasi Ayam Abah , Nasi Pataya dan Nasi Kerabu.. semua sedap ! Harga dalam RM5-6 setiap satu. Mahal ? Hurm.. Di Putrajaya ni , payah nak jumpa 'murah'.  Tapi ok la bagi aku.. tempat ni bersih dan terjaga.. Sesekali bersantai dengan kawan kawan , keluarga.. ok la kan ? Disamping tu dapat la gak membantu ekonomi peniaga foodtruck ni kan ? 
InshaAllah.. malam ni gi lepak sini lagi.. malam atau petang ? Hurm.. petang la pulak.. hehehe.. Makanan byk abis kalau lewat datang.. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kalau korang antara insan yang rajin 'melepak' sambil menelaah dunia media sosial terutamanya Facebook , pasti korang akan jumpa insan insan yang sebegini... " Pm harga " atau paling tidak pun , " Harga berapa yer ? ". 
Aku tau... korang pun pernah gitu gak kan ? Aku pun gitu gak... Biasa jadi begitu bila iklan mereka sekadar ada caption dan gambar. Kemudian mintak 'pm' andai berminat. Ok , ini takda isu ! Normal dah bagi aku. Mereka ada strategi masing masing.. Dunia bisnes dalam media sosial sangat mencabar. Kawan boleh jadi lawan.. lawan boleh jadi kawan ! 
Bawa Aariz berjalan di pagi hari. 
Yang menjadi isu ialah... Bila ada ayat begini di dalam caption iklan tersebut... ' Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke ... '. Paham tak maksud aku ? Kalau orang tu nak tau harga , camana nak beli , barang buatan mana atau jenis jenis serta gambar.. maka segalanya ada di dalam web , FB Page, Instagram atau sebagainya laa.. sebab tu dia suruh gi tengok kat sana ! Macam macam ada ! Tapi mereka tak berminat nak baca.. lebih gemar berttanya dan bertanya.. pastu senyap ! Bayangkan jika ada ramai bertanya pada masa yang sama atau si peniaga tu cam aku.. ada 3 orang anak nak uruskan walhal dia dah permudahkan hidup orang lain dengan menyediakan web dan sebagainya.. kenapa masih nak bertanya ??? Lain la info yang dia nak tau tu , takda dalam web tu seperti , jiran saya dah beli ke belum ? Haaaa..
Rajin rajin la membaca. Walaupun takda masa , apa kata save link tu dulu.. baca kemudian. Kalau anda tergolong dalam insan buta huruf dan hanya pandai menulis , saya memahami. Tau sangat perasaan orang gini. Pandai menulis tapi tak reti membaca.. Jangan risau , anda bukan keseorangan. Boleh tubuh Persatuan sebenarnya... cuma tak tau sapa presiden je nanti. 
Nasihat aku.. sebelum komen di mana mana iklan online , rajin rajin baca komen orang dulu. InshaAllah jawapan dah memang ada di situ.. dan yang penting , baca keterangan iklan tu sampai noktah terakhir. 
Salam Maal Hijrah.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hahahaha.. aku mampu gelakkan dia jer. Memang seronok tengok dia terkedu. Menundukkan pandangan dia jer.Malu ? Segan ? Takut ? Semua ada.. Hehehehe.. Ceritanya gini.. Aku gi jemput dia semalam di tadika dia. Wife kena gi Melaka. Ada kerja kat sana. Tapi takda masalah pon untuk aku sebab aku ada menda nak buat kat tadika Qhaliff tu.
Sampai tadika dia.. jam 3 petang.. aku duduk kat cafe sebelah tu. Aku nak 'test' makanan dia buat kali kedua. Kalau dah capai piawaian tertentu , maka aku nak tulis dalam blog. Kalau belum , aku biarkan dulu la.. Hee.. 
Dan 5 minit kemudian , Qhaliff turun bersama guru dia. Aku gi jemput. Pastu duduk kat cafe tu bersama dia. Dia mintak handphone dari aku. 5 minit je , kata aku. Dan nasib Qhaliff kurang baik.. hahahah.. tiba-tiba Guru Besar tadika tu baru sampai ke cawangan situ.Aku tersenyum. Qhaliff cuak ! Hahahaha.. Dia singgah dan duduk bersama aku... borak jap.
" Ticer.. Qhaliff kan.. kat rumah dia selalu main game. Tak nak belajar. Kalau nak belajar , dia nak SATU jer.. pastu suka marah saya.. ". Hahahaha.. Dia tak angkat muka pun.. Hehehe.. Seronok aku dapat kenakan dia kali ni. Biasanya aku ugut jer nak call , dia dah menangis nangis.. Nah , sekarang bertemu mata lagi. Hehehehe.. 
Beberapa minit kemudian , Ticer Arina berlalu pergi.. kelihatan Ticer Ayub lak .. Haahahaha.. makin terkedu la dia. Ticer Ayub datang singgah jap. Aku tanya perkembangan Qhaliff.  Dalam kelas dia ok. Aktif. Tak macam dulu la.. sekarang dah dengar cakap. Dulu agak susah nak menurut arahan. Buat kepala sendiri jer. Hahahaha.. Ternyata lebih berdisiplin sekarang ni. 
" Ticer , Qhaliff suka main game.. ". Aku  mengadu. 
" Mana adaaa.. ". Jawab Qhaliff dengan pantas ! Heeheehee..
Ticer Ayub berlalu pergi... Aku pandang Qhaliff sambil tersenyum..
" Haaa.. nampak ? Semua ticer kawan daddy. Nak main game lagi ? " . Kata aku pada Qhaliff. Dan dia sengih jer.
Dia tak taksub sangat dengan game tapi kalau dah mula main game , dia lupa ingatan ! Dan baru baru ni , dia kasi aku alasan untuk simpan semua gadget ! Dia tau dia bersalah dan tak mintak pon gadget tu. Dia seperti akui kesilapan dia. Heheheeh.. semua gadget dibekukan. Kalau nak tengok gak , 5 minit jer ! 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Si Aariz dah besar dah dia ! Dah pandai bergaduh... dah pandai berebut mainan.. pandai menjerit dah pon dia ! Aduhh duh duhhh.. pening bapaknya ! Kalau kena ketika aku memandu , memang boleh jadi hulk jap aku. 
Dan paling tak leh blah.. dah pandai 'poyo' ! Sepupu dia yang sebaya dengan dia.. beza sehari , belum reti berjalan lagi... mamat ni punya la eksyen.. tunjuk skill berjalan sambil tersenyum gitu ! Amboiii.. amboi amboiii ! 
Tinggi.. dia ngan kakak dia yang 3 tahun usia tu pon dah boleh nampak juran dah. Macam tak lama lagi  akan sama ketinggian. Atas meja makan tu , jangan la letak barang tepi tepi.. dia boleh gapai gitu jer ! 
Rancangan tv lak sekarang , dia yang conquer. Abang kakak dia , duduk tengok je la Baby Tv ! Hahahah.. bapak dia.. mak dia... lama dah tak tengok tv ! Huhuhuh.. Nasib baik , daddy dah amalkan menabung makanya , tiada lagi TOYS r' Us ! Heeee... kalau tak , lagi peninggg.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku pernah ikut kawan aku gi buat rawatan kulit kepala , satu tika dulu... Dia punya harga ketika tu , buat aku sendiri keguguran rambut ! Dan hari ni , aku lak gi buat rawatan kulit kepala di MBH HairCare yang terletak di Jalan Reko , Kajang.
Secara jujurnya , aku takut pada awalnya ! Kenapa ? Risau tengok kulit kepala sendiri. Hahahaha.. Walaupu aku rajin shampoo rambut tapi entah kenapa.. aku takut gak lebih lebih lagi bila tengok belah depan kepala aku , makin menyerupai kepala Bruce Willis ! Hahahaha.. Nasib baik sama kacak.
Jam 12 tengahari.. seperti yang dijanjikan , aku terpacul depan premis MBH HairCare.
Dan pemeriksaan dibuat... pastu rawatan ! Ngeri tengok kulit kepala sendiri. Hahahaha.. Berminyak ! Hurm.. ingatkan dah sihat sangat. Huhuh.. 
 Okey.. sekarnag baru aku tau kenapa orang perempuan suka sangat gi buat rawatan kulit kepala dan rambut ! Hahahaha..
Tengok peralatan dia , lagi canggih dari set lelaki nak bersunat ! Huhhh..

Nanti aku cerita dengan lebih details ehhhh.. hehehe.. Best , best ! Nak tau mengenai MBH HairCare, sila ke page mereka , MBH HAIRCARE.. Pengamalan pertama aku ni.. Hahahaha ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Satu idea yang cukup bagus. Zaman aku dulu , bermain lebih pada berhibur. Kreativiti pencipta permainan masa tu tertumpu pada cara berfikir tetapi sekarang lebih meluas. Banyak dah permainan yang dicipta dan memberi manfaat pada pemain pemainnya.. terutama kanak-kanak. 
Dan baru-baru ni , aku ternampak satu permainan di Facebook. Kawan aku promote.. lantas tertanya tanya gak camana permainannya.. Cerita banyak takda.. terus pm kawan tu , Pn Shahrul Waheeda Mohd Ali dan bertanyakan mengenai produk jualannya tu..
Dan beberapa hari kemudian , tadaaaa.. sampai sudah depan umah ! Dan kebetulan pulak , bff Qhaliff yang juga sepupu dia datang rumah.. ada geng main sama Monopoli Solat ni. 


Kelebihan Monopoli Solat : 
SERONOK UTK SOLAT – Anak anda akan lebih seronok utk belajar solat dengan adanya kawan kawan dengan permainan ini.
MENDIDIK UTK SOLAT DI AWAL WAKTU – INSYALLAH, dengan pembelajaran MONOPOLI SOLAT ini, anak anda akan terdidik utk solat di awal waktu. Seterusnya, mendidik utk menjadi ANAK YANG SOLEH.
BELAJAR BERDISIPLIN – Dengan mengikut setiap pergerakan yg diajar di dalam MONOPOLI SOLAT ini, INSYALLAH anak-anak anda akan lebih BERDISIPLIN dalam melakukan IBADAT.
MEMBENTUK JIWA ANAK-ANAK – ALHAMDULILLAH, Memang impian kami utk melihat anak-anak pada generasi akan datang lebih terdidik jiwanya dengan ISLAM yang KUAT. Tanpa terikat dengan masalah GEJALA SOSIAL yang berat.

 Ammar meneliti terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Permainan ni ,  jika ada orang dewasa pantau memang bagus sangat ! Tak de pon tak pe.. yang penting dah celik huruf. Boleh membaca. Dan pastinya sangat menghiburkan.. dan dapat ilmu ! 

Cara bermain , soalan , jawapan segalanya ada dalam buku panduan ni. Maka tak perlu risau sama sekali ! Dengan harga RM 120 ( semenanjung ) dan RM125 ( Sabah dan Sarawak ) , pastinya permainan Monopoli Solat ni memberikan kebaikan yang tiada bandingnya.. Oh ya , sekarang ni ada promosi.. harga ialah RM100 ! 



Dari belikan gadget , baik belikan Monopoli Solat ni kan ? Sekurang kurangnya dapat masa kualiti bersama ibu dan bapanya..Berminat nak beli ? Whatsapp je ke www.wasap.my/60136313037/ms dan kalau nak tau dengan lebih lanjut permainan Monopoli Solat ni , sila ke :
Web : http://www.monopolisolat.com
Facebook :  https://www.facebook.com/monopolisolat/
Instagram : https://www.instagram.com/monopolisolat/
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Gagal.. aku gagal ! Plan ari ni nak makan nestum jer. Hahahaha.. Adik aku beli makanan sedap cam bihun goreng taruk sambal kerang , aku jeling jer.. apatah lagi roti canai banjir yang dulu feveret aku tapi sekarang .. no no no ! Aku nak kuruskan badan sekarang. 
Aku nekad ! Aku ada 8 hari lagi untuk kurus ! Apaa ???? 8 hari lagi ??? Adehhhh... Tak leh jadi ni. Aku tak nak gambar kali ni  rosak. Dah la masa kat Paris dulu hancur ! Kat Korea ngan Jepun pon tak cun ! Aku takkan biarkan saat saat akhir ini dirosakkan ! 
Semalam , aku ke rumah mak aku. Aku ada meeting petang tu. Aku nak tinggalkan anak anak aku sekejap kat mak. Tak pe , adik aku pun ada.. hee.. kejap jer ! 
Dan di rumah mak aku.. seperti biasa , seorang mak akan bertanya khabar anak cucunya.. dan seterusnya , soalan yang ditunggu.. 

Mak : Hang makan dah ?
Aku : Hehee..Diet.. Nampak kurus dah kan?
Mak aku bangun..ke dapur. Aku ikut.
Aku : Mak nak masak apa ni ?
Mak : Keow teow .
Ko rasa rasa ..bila tengok keow teow goreng gini.. mak kau masak.. nak jeling je ke ??? Idok ler ! Aku terus amik pinggan dan makan sebelah kuali ! Satu... dua.. tiga ! Nasib baik ada meeting ! Kalau takda meeting , aku abiskan satu kuali gak ! Diet ? Aaahh , esok je la sambung diet ! Mana bisa aku nak lepaskan keow teow sesedap gini ! 
Esok.. mak aku kata dia nak masak bihun lak ! Adoi.. 



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (14)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ▼  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ▼  September 2017 (51)
      • Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zea...
      • Hari terakhir sebelum ke New Zealand..
      • Akhirnya wife tewas dengan aku !
      • Prihatin la skit kawan !
      • Petrol naik ke turun , aku dah tak pedulik ! Aku d...
      • Persiapan terakhir...minit minit terakhir !
      • Berakhirnya F1 di Malaysia ! Ada yang bersorak gem...
      • Bersungguh mereka melaknat orang lain !
      • Mood bercuti semakin menurun...
      • Tak pe ... daddy kan ada !
      • Siapa Ben Ashaari ?
      • Semakin mencabar aku nak mengupdate blog !
      • Dah banyak karenah !
      • Menarik bersantai bersama keluarga di Putrajaya Fo...
      • "Pm Harga " , komen beliau !
      • Qhaliff kantoi depan guru-guru dia !
      • Aku dah mula pening...
      • Best rupanya merawat kulit kepala dan rambut ni !
      • Bermain sambil belajar dengan Monopoli Solat !
      • Bila mak masak...
      • Rumah kau ada tak menda ni ?
      • Apakah langkah awal membeli rumah ? Jom Menang RM...
      • Kiri atau kanan ? Aku pening !
      • Main Monopoli Solat bersama..
      • Kenapa nak salahkan mak bapak ??
      • Bawa anak anak ke Farm In The City
      • Kembali ke gym..
      • Pemandu kereta ini baik orangnya tapi lihatlah apa...
      • Aariz Iman , budak banyak akal !
      • Keunikan 'Love , Nazha Cafe '
      • Penat la tengok bil elektrik tinggi gini !
      • Jangan la sombong dengan kanak-kanak !
      • Tumit kaki pecah ? Camana nak travel camni ??
      • Zahra menggila !
      • Air Batu Campur Aqilsha , sedap woi !
      • Menambah bekalan Jus Asam Kunyit Madu
      • Kejamkah aku ?
      • Wajar ke bawak anak kecil ke..
      • Buat buat tak nampak atau memang tak perasan ?
      • Berbaloi langgan CELCOM First Platinum Plus + iFlix !
      • Secekal daddy ! Katanya laa..
      • Giliran Zahra pulak kena campak dan apakah Aariz..
      • Selamat Hari Lahir , Muhammad Aariz Iman. Setahun ...
      • Bermasalah dengan usus ? Buang air besar tak lawas...
      • Masalah betul kalau daddy dijadikan idolanya !
      • Jus Kunyit Asam Kunyit Madu @ JAKM
      • Boikot buah durian ? Jom kita...
      • Secret Recipe , Alamanda.. Apa dah jadi dengan kam...
      • Antara LG V30 dan Samsung Galaxy Note 8 !
      • 14 jam memandu pulang dari Kelantan !
      • #KBBA9 di antarabangsa !
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC PENGALAMAN EILMAN - Tips contoh soalan ujian PKSK Lega!Dah selesai 2 exam besar yang penuh debaran untuk seorang... The post TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC ...
    Sehari yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    3 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes