Aku dah mula pening...

by - Khamis, September 21, 2017

Si Aariz dah besar dah dia ! Dah pandai bergaduh... dah pandai berebut mainan.. pandai menjerit dah pon dia ! Aduhh duh duhhh.. pening bapaknya ! Kalau kena ketika aku memandu , memang boleh jadi hulk jap aku. 
Dan paling tak leh blah.. dah pandai 'poyo' ! Sepupu dia yang sebaya dengan dia.. beza sehari , belum reti berjalan lagi... mamat ni punya la eksyen.. tunjuk skill berjalan sambil tersenyum gitu ! Amboiii.. amboi amboiii ! 
Tinggi.. dia ngan kakak dia yang 3 tahun usia tu pon dah boleh nampak juran dah. Macam tak lama lagi  akan sama ketinggian. Atas meja makan tu , jangan la letak barang tepi tepi.. dia boleh gapai gitu jer ! 
Rancangan tv lak sekarang , dia yang conquer. Abang kakak dia , duduk tengok je la Baby Tv ! Hahahah.. bapak dia.. mak dia... lama dah tak tengok tv ! Huhuhuh.. Nasib baik , daddy dah amalkan menabung makanya , tiada lagi TOYS r' Us ! Heeee... kalau tak , lagi peninggg.

You May Also Like

1 comments