Masalah betul kalau daddy dijadikan idolanya !

by - Rabu, September 06, 2017

Apa yang aku buat.. aku pakai , semua dia nak ikut ! Kalau boleh nak berkacamata , dia nak gak tapi selepas aku terangkan mengenai 'kacamata' terus dia tak nak..
"Tak nak buta cam daddy.. ". Jawabnya bila tak kasi dia guna handphone dalam kereta , di malam hari.
Tapi yang dia pasti... sekarang ni , tidur malamnya mesti dia akan bukak baju ! Yer , daddy boleh.. dia pon boleh laaa ! Aku nak larang camana lagi kalau itu jawapan dia ! Nak tak nak , aku kena pakai gak la.. Tapi tak lama kemudian , akan bukak.. Hahaha.. tak tahan panas.

Dan satu lagi masalah aku ialah.. dia meniru cara aku pakai hoodie gak ! Dulu pakai la t-shirt kat dalam dalam. Tapi sekarang , dia pakai terus ! Dia tengok aku pakai cam tu... tak da t shirt ! Adehh... letih aihhh gini !

Dan rambut dia.. kalau dulu , jangan mimpi la nak gunting seluk tepi dan belakang.. Sekarang , ok jer..
" Hensem cam daddy , kan ? ". Tanya dia. Ok , part ni aku akui. Aku hensem.

You May Also Like

2 comments