Boikot buah durian ? Jom kita...
Aku pencinta durian dan aku pasti korang pun begitu juga. Durian ni , memang sedap giler la buahnya. Kalau dimakan dengan pulut atau dibuat bubur mahupun sekarang dimakan dengan cendol atau ABC , memang ...yummy !
Kalau dulu , di kampung arwah ayah aku yakni di Balik Pulau , Pulau Pinang.. duriannya memang digilai ramai tapi harganya memang giler gak la..namun aku masih berpeluang la nak makan free sebab arwah ayah ada dusun buah buahan. Tapi sekarang.. hurm... jangan mimpi dah la.
Baru-baru ni , aku balik Kelantan.. mak mertua aku beli durian. RM12 sekilo. Aku tak amik port sangat la bab harga ni sehinggalah harganya semakin di 'mengarut'. Dah macam harga emas lak aku tengok ! Mencecah puluhan ringgit untuk satu kilo ! Tak jadi beli la kalau sampai cecah ratusan ringgit !
Kelmarin aku dapati ada yang mula post status boikot durian ! Bagus jugak bagi aku. Ini buah buahan tempatan tapi kalau harganya dah mengarut , memang patut diboikot jer ! Dan tertanya tanya jugak aku.. apakah peranan pihak KPNKK mengenai isu ini ? Ke tak boleh buat apa apa ? Eh ???
Ada yang kata .. " Kalau tak mampu nak beli , jangan bising la.. gi cari buah durian kampung jer.. yang bukan jual timbang ! ". Amboii... Jangan macam tu. Kita nak elakkan harga durian ni macam harga rumah. Sampai satu tahap , mampu tengok dan amik bau jer.
Aku rasa aku tau dah apa nak buat .. pasni jangan beli durian tapi kita beli je biji benih durian dan tanam ! Memang la bukan setahun dua dah boleh dapat hasilnya.. tapi sekurang kurangnya nanti , anak cucu kita merasa la makan durian hak mereka sendiri , kan ? Haaa... ada gak alasan untuk mereka pulang ke kampung halaman.. nak makan EMAS !
Hurmm.. lama tah redah dusun cari durian. Teringat zaman kanak kanak dulu.. huhuuhh.. Seronok. Kutip buah rambutan , langsat di atas tanah...
6 comments
Boikot durian.. Jom makan manggis..
BalasPadamMemang betullah, mahal sangat dah harga durian sekarang. Nak beli sebiji pun kadang fikir 3-4 kali.
BalasPadamTak dinafikan harga durian sekarang ni memang mahal. Area saya (Bandar Baru kampar) ada yang jual RM15 sekilo untuk durian biasa. kalau D24 atau Musang king jangan cerita la.. Mau RM25 hingga RM65 sekilo.
BalasPadamAlasan peniaga, buah kurang tahun ni. Jadi biala supply kerang tapi demand naik, maka secara otomatiknya, harga akan naik. Ini basik ekonomi dan kita semua pun tahu.
Mungkin betul juga kata depa kot, sebab sepanjang bulan Mei hingga Julai 2017, cuaca pun panas semendang. hujan pula kurang. Jadi bunga durian banyak yang gugur. Tu yang buah durian kurang tahun ni. Jadi tak mustahil jika harga durian jadi mahal.
Adus... Bertabahlah.
Dalam bab ni, KPDNKK ke atau bapak KPDNKK ke rasanya tak boleh tolong sebab, buka depa yang tanam durian. hihi...
By the way, kalau kita pakat boikot, munkin harga akan turun sikit kot. Mungkin dari RM15 sekilo akan turun kepada RM12 atau RM10 sekilo. Nak dapat harga RM10 selonggok macam tahun-tahun lepas tu rasayan susah sikit. Apa-apa pun i sokong jika kita pakat boikot durian.
sama mcm harum manis ... harga melambung lambung last2 busuk .
BalasPadamgeram jugak yg mne jual timbang2 tu.. mahal benauuu
BalasPadamKalau kt kl ni mampu tengok j la.. mahal sangat timbang-timbang ni.
BalasPadam