Keunikan 'Love , Nazha Cafe '
Baru 4 bulan beroperasi tapi dah macam dah lama ! Aku terperasan cafe ni ketika dok sibuk baca Timeline Facebook aku. Ternampak burger roti hitam tu yang membuatkan aku terus klik baca akan info mengenai cafe ni.
Menarik ! Terus aku komen dan respon pantas dari pemilik akaun pagi ni amat mengujakan. Apakah layanan di cafe ini seperti di yang aku rasakan ? Love , Nazha Cafe ni terletak di Medan Niaga Tasik Damai , Sungai Besi. Kalau guna Waze , memang senang je jumpa. Takda masalah.
Aku set 'dating' dengan owner , Nazha. Aku bawa wife dan anak anak makan malam di situ. Saja nak test makanan yang ada kat cafe tu. Apakah semenarik gambarnya ?? Hehehe.. Jika menarik , aku dah ada tempat baru untuk bersantai di malam hari, selepas ni.. hehehe..
Jam 9 malam.. aku sampai. Dari umah aku , Sepang ke Sungai Besi amik 40 minit.
Kebetulan tak ramai pelanggan ketika ni.. aku dapat duduk dalam. Cafe masih baru. Hiasan dalaman masih 90%. Bagi aku menarik dah tapi jika ada sedikit lagi sentuhan pakar atau mereka yang lebih berpengalaman , Love , Nazha Cafe pasti lebih menarik.
Ok.. order makanan.. Cabonara dan juga burger. Pastu pie. Kesemua ni , adalah signature cafe milik anak gadis yang baru saja tamat pelajaran di ipt tempatan. Sememangnya Cik Nazha ni , sangatlah peramah. Wife sendiri memuji sikapnya yang lemah lembut serta merendah diri.
Simple kan ? Ok.. makanan sampai tak lama kemudian. Yang masak adalah ahli keluarga Cik Nazha sendiri. Untuk pengetahuan, ayahnya adalah seorang chef. Heee.. Dia turunkan ilmu pada anak anaknya. Neneknya yang berada di situ juga seorang yang pandai masak. Maka , aku berpeluang merasai masakan mereka , malam tadi.
Secara jujurnya.. komen aku mengenai masakan di Love , Nazha Cafe ni memang unik ! Resepi sendiri. Burger dia pun memang sedap. Aku rasa macam nak tapau je tapi wife dah kasi amaran.. jaga perut ! Over dah skang ni perut. Melebihi dada dah ! Huhuhu.. Maka , makan untuk terus hidup je la yer..
Alhamdulillah.. berbaloi datang jauh jauh ! Aku mungkin kembali lagi.. untuk makan tengahari di sini ! Katanya tengahari ramai orang. Bermakna mesti ada sesuatu yang menarik , kan ? Bagi yang berminat nak datang atau buat tempahan.. leh contact Cik Nazha di Facebook : Love , Nazha Cafe
Aku respek keberanian dia berniaga di sini. Banyak pencabar pencabar yang WOW ! Tapi dia sedikit pon tak merendahkan atau memburukkan restoran lain malah siap syorkan lagi restoran mana patut dicuba. Positif sungguh orangnya !
Aku respek keberanian dia berniaga di sini. Banyak pencabar pencabar yang WOW ! Tapi dia sedikit pon tak merendahkan atau memburukkan restoran lain malah siap syorkan lagi restoran mana patut dicuba. Positif sungguh orangnya !
8 comments
wow teruja nak rasa makanan disini. Bestnya tgk deco cantik juga,makanan pun best
BalasPadamWahhh menarik, makanan pun nampak menyelerakan. Nanti boleh pergi cuba makan kat sini.
BalasPadammenarik..tgk gambar pun dah rasa macam sedapp hehe
BalasPadamsedap dri beger mcd x?
BalasPadamAdoii.. den tgk burger tu je dah rasa lapar
BalasPadamperghhh nampak sedap semuanyee
BalasPadamBurger tu nmpk unik sangat.. Macam best je kalau dtg dgn kawan2 untuk gathering kan..
BalasPadamSg besi ehh...tak jauh mana dr umah ni, boleh laa try pi nanti
BalasPadam