"Pm Harga " , komen beliau !

by - Jumaat, September 22, 2017

Kalau korang antara insan yang rajin 'melepak' sambil menelaah dunia media sosial terutamanya Facebook , pasti korang akan jumpa insan insan yang sebegini... " Pm harga " atau paling tidak pun , " Harga berapa yer ? ". 
Aku tau... korang pun pernah gitu gak kan ? Aku pun gitu gak... Biasa jadi begitu bila iklan mereka sekadar ada caption dan gambar. Kemudian mintak 'pm' andai berminat. Ok , ini takda isu ! Normal dah bagi aku. Mereka ada strategi masing masing.. Dunia bisnes dalam media sosial sangat mencabar. Kawan boleh jadi lawan.. lawan boleh jadi kawan ! 
Bawa Aariz berjalan di pagi hari. 
Yang menjadi isu ialah... Bila ada ayat begini di dalam caption iklan tersebut... ' Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke ... '. Paham tak maksud aku ? Kalau orang tu nak tau harga , camana nak beli , barang buatan mana atau jenis jenis serta gambar.. maka segalanya ada di dalam web , FB Page, Instagram atau sebagainya laa.. sebab tu dia suruh gi tengok kat sana ! Macam macam ada ! Tapi mereka tak berminat nak baca.. lebih gemar berttanya dan bertanya.. pastu senyap ! Bayangkan jika ada ramai bertanya pada masa yang sama atau si peniaga tu cam aku.. ada 3 orang anak nak uruskan walhal dia dah permudahkan hidup orang lain dengan menyediakan web dan sebagainya.. kenapa masih nak bertanya ??? Lain la info yang dia nak tau tu , takda dalam web tu seperti , jiran saya dah beli ke belum ? Haaaa..
Rajin rajin la membaca. Walaupun takda masa , apa kata save link tu dulu.. baca kemudian. Kalau anda tergolong dalam insan buta huruf dan hanya pandai menulis , saya memahami. Tau sangat perasaan orang gini. Pandai menulis tapi tak reti membaca.. Jangan risau , anda bukan keseorangan. Boleh tubuh Persatuan sebenarnya... cuma tak tau sapa presiden je nanti. 
Nasihat aku.. sebelum komen di mana mana iklan online , rajin rajin baca komen orang dulu. InshaAllah jawapan dah memang ada di situ.. dan yang penting , baca keterangan iklan tu sampai noktah terakhir. 
Salam Maal Hijrah.

You May Also Like

4 comments

  1. Setuju sangat. Kadangkala ada alasan kenapa tak letak harga. Mungkin ada ramai yang jual barangan yang sama tetapi harga berbeza dan untuk menjaga pasaran peniaga tersebut.

    BalasPadam
  2. Kang tak layan . Sentap ! Sabar je la. Salam Maal Hijrah 1439 Aben & family.

    BalasPadam
  3. Setuju. Kadang ada je yang dah siap letak harga tapi tetap komen "pm harga".

    BalasPadam
  4. Betul tu, kalau saya pun akan check dulu. Kalau takde harga atau details lengkap baru pm tanya.

    BalasPadam