Hari terakhir sebelum ke New Zealand..

by - Khamis, September 28, 2017

Alhamdulillah.. hari yang ditunggu tunggu dah tiba. Perancangan pada awal tahun , akhirnya menjadi kenyataan. Sapa sangka ? Aku pun tak sangka sebenarnya. Tapi aku yakin sangat sebab aku ada pasukan yang sangat boleh diharap dan memberi kerjasama sepenuhnya dari awal lagi hingga hari ini. Dan segala urusan di sana telah pun siap.. hanya menanti masa saja. 
Aku , berat sebenarnya nak pergi. Qhaliff tak sekolah ari ni. Zahra pun tak beberapa sihat. Aariz , demam lak. Kalau boleh tukar orang, aku tukar dah.. Hahahaha.. Tapi bila ingat kembali saat saat aku nak ke Paris beberapa tahun lepas , gini gak la perasaannya. Bila dah pergi, terus WOWWW ! 
Yer.. aku simpan perancangan.. nak pergi bersama keluarga aku... sementara diorang masih kecil sebab Qhaliff dan Zahra dah pandai 'teruja' dan memuji keindahan alam. Aariz , pon dah pandai dah.. Kalau bawak jenjalan pagi hari , dia akan tengok langit... burung.. apa saja yang mengujakan dia.. dan pastinya mulut ternganga.. Heheheh
Hurm.. sekarang aku berada di Times Square , Bukit Bintang. Nak beli sesuatu kat sini. Pastu balik umah mak aku jap.. amik barang dan seterusnya balik ke rumah. Mak mertua aku jaga budak budak tu jap. Sian kat dia.. Hurm.. Pasni nak travel jauh jauh , kena pastikan berbaloi trip tu.. Atau aku main je la domestik. 
Perancangan selepas balik nanti pun dah siap diuruskan. Ada beberapa trip dalam negara dalam bulan Oktober dan November. InshaAllah.. Kena selesaikan satu satu.. Alhamdulillah , berbaloi segala apa yang aku buat selama 8 tahun ni.
Oh ya.. ada yang kata.. Gi New Zealand pon nak kecoh. Hehehehe.. Betul , aku kecoh.. tapi bersebab wooo ! Semua orang mampu gi New Zealand.. tapi ??? Haa.. biarlah mereka je tau ! Nak cerita lebih lebih , payah.. Ini adalah salah satu kejayaan aku ! Aku berjaya menggunakan nama aku untuk mengapai impian... aku dan rakan yang lain ! Tarak makan sorang punya olang laa ! 

Doakan kami selamat tiba di sana yer.. Sedang keraskan hati.. huhu.. kang berair mata dalam kapal terbang.

You May Also Like

8 comments

  1. ok nk tgk. ada x air mata. hehe. moga smua smooth.. inshaa Allah

    BalasPadam
  2. Moga selamat semuanya, pergi dan balik. Kongsi gambar cantik² yer!

    BalasPadam
  3. Selamat pergi..selamat kembali...pasti telah DIA aturkan..ada sesuatu yang boleh dikongsinkan untuk kebaikkan bersama sekembalinya nanti..amin.

    BalasPadam
  4. Selamat pergi dan balik..Tahniah juga dengan hasil usaha ben.

    BalasPadam
  5. aben nak mengalirkan air mata, just do it aben, tapi mintak jugak kak she ambkkn gambar. hehe..

    semoga selamat pergi dan pulang. FM satu! =P

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan pergi balik ... aamin

    BalasPadam