Secret Recipe , Alamanda.. Apa dah jadi dengan kamu ??

by - Isnin, September 04, 2017

Kelmarin gi makan kat sana. Lama dah tak menyinggah sini sejak sejak ekonomi semakin 'bagus'. Terpaksa pikir panjang kalau nak makan sini sebab harganya memang 'sedap' sekali. Huhuh..  Tapi memandangkan makanannya pon sedap , maka tutup sebelah mata je la.. kan kan ?
Tapi tu dulu laaaaa.. dan baru baru ni , agak 'kureng' skit. Aku tak tau la di mana silapnya tapi bila aku masuk sini rasa macam tak 'dijemput' jer. Senyum takda.. pastu macam agak suram ! Tak rasa macam sebelum sebelum ni. Aku tak tau la kot aku yang terasa gitu disebabkan mood aku yang tak bagus tapi wife aku pun rasa gitu. 
Kalau tak disebabkan anak nak makan chicken chop dan kek , aku rasa aku dah bangun dan blah je Balqis di Ayer @ 8 atau ke Nandos di Bandar Baru Nilai jer.. Di situ , harga pon sedap gak.. tapi makanan serta layanan.. mmg ok ! 
Amik order pon muka cam.. hurmm.. Aku bayar kot ? Bukan datang makan kenduri kat sini. Pastu harga pon bukan harga kedai mamak. Aku mintak air suam , di kasinya air panas ! Adehhh.  Tu pun selepas aku gi mintak sekali lagi.. Nak kata pelanggan ramai waktu tu , tak la ramai mana pun .
Aku post di media sosial.. dan ini antara komen komen rakan mengenai Secret Recipe terkini :
  • Muka pkerja mmng sokmo masam kut di kbykn SR ,,,
  • meme muka staff dpa sokmo sombong + masam , sini pom serupa
  • Pelanggan ramai, staff tak menang tangan, order lambat sampai bila tanya dpt lak jawapan yg sarcastic. Hmmmm
  • Kat alamanda ehhh.....Mmg kalau order.. berzaman baru dapat.
  • Makin x sedap hidangannya
  • Sblum pandai wat cheese cake sendiri.. Ini pilihan utama, skrg dah tak beli dah.. Lagipun dah mahal sgt
  • Dah lama dah tk suka makanan situ. Bkn sedap pun. Kek jer best. Pi situ sbb nak beli kek dia ja. Mahal lak tu nsi goreng pun. Dah la tk sedap
  • hmm bkn kat situ je. Smlm kena kat aeon melaka nak beli kek for umi sy
  • Secret Recipe Galleria jek yg best.. recommended
  • Haritu tapaw lasagna kat sr jalan pahang tu, dgn berminyaknya, tak rupa lasagna pun..mcm makan daging cincang je😫 kalau g sana biasa beli kek je. Tp kek dia pon dah xrse sedap mcm dlu.. Rse mcm makan kek lama je
  • kt ipoh pn sama. Especially cawangan JALAN KUALA KANGSAR .layanan biadap
  • Airport subang pun sme..😅 lx sedap sgt dh
  • Haah mmg pon...dok ingat kami sorg ja rs lagu tu....dh byk berubah..
Hurmmmm... Nampaknya pihak Secret Recipe kena amik tindakan ni sebelum 'parah'. Rasanya dah parah gak ni.. Moga ada perubahan selepas ni. Aku tak tau apa yang berlaku di dalam pentadbiran mereka.. moga segalanya ok la.. Sayanglah restoran yang bagus gini , akan kehilangan ramai pelanggan setianya. 

You May Also Like

8 comments

  1. sama la...dah lama tak gi sana...sejak experience yg tak best kat situ..

    BalasPadam
  2. Xtau la kalau staff mcm kerek sebab konon kedai dia standard mcm tu. Hari tu beli kek dekat SR pun kemain tunggu kat kaunter mintak dilayan, sorang pun tak layan. 5minit tunggu. Adehhhh

    BalasPadam
  3. Secret recipe alamanda mmg hampeh 2 kali kena tak masuk dah,menyirapppp je duduk 30 min tak amik2 order padahl dok depan waiter.

    BalasPadam
  4. Dua kali baru ke SR ni..kali pertama ok..kali kedua kami macam minta kek free pula layannya..lepas tu en suami terus taknak pegi lagi..SR di salah satu pusat membeli belah di KL.

    BalasPadam
  5. SR prima saujana pn lebih kurg je..konon kite tempah awal kek utk hntrn tunang..bile dtg nk collect kek..br kelam kabut nk buat..boleh pulak die missed out kek kite..last2 kek taboq gula ising je..

    BalasPadam
  6. cawangan yg pekerjanya bagus tutup ...yg muka ketat masih hidup ....dunia dah terbalik .....

    BalasPadam
  7. Memang dah lama tak makan kat SR ni, makanan makin tak sedap. Tak setimpal dengan harga yang kita bayar.

    BalasPadam
  8. Ada la tiga pat kali masuk SR. Tak boleh pegi la tekak saya nak telan. Saya prefer Pizza atau Kepci je. Tak pun layan Mekdi dan Old Town White coffee.

    BalasPadam