Kenapa nak salahkan mak bapak ??

by - Isnin, September 18, 2017

Bila ada kes tak elok melibatkan anak anak , ramai menuding mak bapak tak ajar ! Aduhhhai.. Pastu cakap la mak bapak sibuk cari duit , anak kat rumah terabai ! Hurmm.. Sedapnya mulut tu berkata kata yer ??
Dalam Harian Metro hari ni..
Aku seorang anak dan juga seorang ayah kepada 3 orang anak. Mak bapak aku dah bagi aku pendidikan. Diorang dah bergolok gadai harta dan masa untuk membesarkan aku. Andai aku melakukan perkara perkara mungkar dan keji , apakah salah mereka lagi ? 
Tapi tak dinafikan la , ada jugak mak bapak yang bersalah.. tapi bukanlah semua. Camana sekali pun , kita ni jangan cepat menuding pada orang. Sama sama la bantu. Kita sedang berada di zaman yang cukup mencabar. Manusia semakin bijak tapi belum tentu dapat berfikir dengan waras. 
Aku sebagai seorang ayah.. terasa beban di zaman ni. Teringatkan kos membesarkan anak.. pembelajaran.. aduh ! Sememangnya aku kena bekerja keras. Nak tak nak.. begitulah hakikatnya ! MASA menjadi mangsa. Anak anak terasa diketepikan. Ayah dan ibu hanya mampu menangis di dalam hati... nak bayar yuran sana sini.. cukai lagi.. Nak mohon bantuan , bukanlah mudah. 
Si anak , perlu faham pengorbanan ibu bapa mereka. Hanya dengan memahami , barulah mereka dapat berfikir dengan matang seterusnya dapat mengelakkan dari melakukan kesalahan. 

You May Also Like

4 comments

  1. sedih pulak baca post nih. Betul, kadang-kadang mak bapak sendiri dah rasa bersalah sangat rasa macam tak cukup makan pakai untuk anak-anak. Semoga kita dapat besarkan anak-anak dengan secukupnya. Didikan untuk mematangkan anak-anak pun satu cabaran besar.

    BalasPadam
  2. Hurmmmm simpati pada ibu bapa mereka, pasti sedih!

    BalasPadam
  3. zaman yang penuh dengan tekanan dari pelbagai aspek. kene kuat dr segi fizikal dan rohani supaya tak terpesong dr jalanNya.

    BalasPadam
  4. Tak berani nak tunding jari kata salah mak bapak. Kita pun ada anak anak, dan tak tahu camna anak anak kita nanti. Doa lah moga anak anak kita akan membesar jadi insan yang berguna...

    BalasPadam