Persiapan terakhir...minit minit terakhir !
Semalam gi survey di Mid Valle nak tukar duit. Rate memang best la berbanding di Alamanda Putrajaya dan IOI Mall Putrajaya. Tapi ATM lak wat hal. Tak nak terima kad aku. Tau laaa 'kandungan' semakin menghaus.. Huhuhu... Dan terpaksa aku pergi balik hari ni. Dan rezeki hari ni... harga belian turun lagi berbanding semalam. Dan aku orang terawal dapat tukar. Tak perlu beratur panjang.. hehehe..
Bagi RM2200 , dapat cuma NZD 700 je. Hurm... Apa leh aku shopping kat sana eh ? Dihitung hitung , nak masuk ke tempat pelancongannya pon dah boleh bikin garu kepala !Hahahha.. Tak masuk rugi kan ? Haa.. kena butakan mata je laa jawabnya.
Pas tukar duit , gi jumpa seornag sahabat. Dia kasi Gaba Caffe...kopi kesihtan khas untuk lelaki ! Heee..Ada campuran Tongkat Ali dan Ginseng gitu... Dapat juga aku menyegarkan diri di sana nanti. Selesai.. aku gi shopping baju kaki..
Nanti aku cerita kehebatan Gaba Cafe.
3 comments
good luck
BalasPadamMoga selamat pergi dan kembali yer. Tak sabar nak tengok gambar cantik² kat NZ.
BalasPadamHi hi NZ dah ni kan. Semoga trip bermanfaat dan dipermudahkan.
BalasPadam