2023
2024
Esok.. 1hb Januari 2025. Satu tahun yang bakal mencabar aku sebagai suri rumah. Qhaliff masuk sekolah menengah ! Si kakak sekolah pagi dan adik sekolah petang. Aku bakal berlari ke sana sini untuk menjemput dan menghantar anak anak. Pergh... Mencabar fizikal dan mental tu. Hahahaha.. Tak tau lagi camana. Cuma mungkin aku lega sedikit sebab Qhaliff balik lewat sedikit berbanding adiknya yang awal. Ada masa la nak ke sekolah dia.
Esok juga hari lahir wife. Apa plan sambutan ? Puasa je la sebab jatuh 1 Rejab. Tapi plan nak ke masjid Putrajaya. Kat sana ada event menarik. Ada juga makanan percuma. Hahahaha.. Takkan tak nak makan kan ? Sesekali layan makanan percuma. Untuk wife , aku plan kasi hadiah je la. Dia nak cermin mata jer. Tengok la camana nanti.
Aku... Rasanya untuk tahun 2025 ni , nak buat lean bulk. Besarkan sedikit badan tapi lebih lean dari sekarang. Kena makan banyak lagi protein dan besarkan skit bahagian back. Heee.. Kita buat secara natural. InshaAllah.
Bab kewangan ? InshaAllah.. aku takda plan nak kaya raya. Memadai untuk berduit jer. Tak nak hidup berhutang. Nanti mati, susah ahli keluarga. Makan pakai je la apa yang ada. Tak payah nak beria ria ikut cara orang. Sederhana saja sudah.
Bab kesihatan.. aku plan nak dapatkan fat% bawah 10 dan juga visceral fat. Sekarang ni dah 11. Satu cabaran ni. Heee.. Apakah boleh berjaya ? Tak susah sebenarnya kalau dah tau tricknya. Cuma kena tahan nafsu makan di luar jer. Aku takda masalah sebenarnya tapi anak bini ni laaa.. Diorang nak makan luar. Aku kena rajin kasi ceramah kat mereka. Tapi... wife suka guna alasan.. PENAT KERJA. Adeh.. terus tewas.
Apa pun. Selamat Tahun Baru 2025 ! Terima kasih kerana support aku sepanjang aku bergelar blogger ni ya. Jika ada salah dan silap, aku minta maaf. Korang pun, aku maafkan juga. Mana la tau.. kan. Haaa..
Semoga Allah berkati dan rahmati kita semua.