Hadiah Zahra untuk harijadi aku yang ke..

by - Ahad, Disember 01, 2024

30 November 2024.. berlalu sudah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kenikmatan yang aku sekeluarga nikmati. Umur aku ? Alamak.. korang tau ke tak tau ? Ada yang bertanya umur aku dah berapa tapi apakah korang tau , kita sebenarnya tak perlu pun cerita umur kita secara umum ? Haa.. kenapa ? 

Ada 3 perkara yang patut kita rahsiakan. Antaranya ialah umur ! Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita. Yang kedua ialah hal keluarga kita dan yang ke tiga , harta ! Haaa.. faham ? Ada yang benak, gi cerita semua ni kat media sosial. Pastu bila kita ada musuh , diorang korek segalanya. Nah.. ketika tu baru nak menyesal ! 

Ok.. seperti biasa, aku sekeluarga gi makan kat Secret Recepi. Memang anak anak nak makan kek kat sana. Sesungguhnya diorang boleh makan kek bila ada keraian begini saja. Jika takda, memang tak merasa la kek. Demi kesihatan mereka juga. Alaa.. sesekali bila teringin , aku kasi gak la. Aku takda la kejam pun. Cuma berkongsilah. 

Sang isteri belanja kek. Thank you my dear ! 


Bergambar sebelum diorang yang potong kek. Takda lilin bagai. Takda lagu lagu. 


Satu satunya hadiah yang aku terima. Zahra buatkan seharian. Hahaha.. Bersungguh dia mencari idea untuk bikin suprise pada aku. Cute sangat ! Sebenarnya aku tak nak pun apa apa. Wife aku nak kasi pun aku tak nak. Cukuplah aku ada mereka. Tu adalah hadiah yang terpaling indah aku ada. Alhamdulillah.

Kertas aku punya. Gam aku punya. Idea je dia punya. Jimat banyak dah. Hahahaa..





Apa yang kita berikan pada anak anak , mereka simpan dan ingat. 


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

 

You May Also Like

0 comments