Nak tips hilangkan tembam di muka ?
Ramai komen atau private message aku bagitau muka dulu lagi nampak manis berbanding skang. Lagi nampak macho ! Aku tak nafikan la sebab dalam gambar memang nampak tua. Wife aku sendiri kata gitu. Tapi bila jumpa depan depan, pendapat mereka akan berubah sama sekali. Haaa.. gitu !
Aku tak kisah pun sebenarnya. Ikut la suka masing masing. Tapi tidak bagi aku. Wajah bulat aku dulu memang cukup mengerikan tiap kali aku melihat cermin atau gambar aku. Orang kata muka bulat ni manis dan muka 'kering' ni , orang kena kencing manis ! Hahaha.. realitinya ? Korang je yang tahu.
Di Threads , aku dapati ramai mula berminat nak turunkan berat badan dan mendapatkan badan impian. Setiap kali aku buat posting di situ , ada jer pertanyaan dan juga komen meminta tips dan juga pandangan. Menda menda ni sebenarnya kalau rajin membaca atau menonton video pendek di IG dan TT, korang akan dapat jawapannya.
Nak buat cara aku ? Ok.. aku kasi tips mudah dan pantas. Modal tak besar malah menjimatkan. Pertama sekali , kita betulkan dulu insulin. Biasanya orang yang ada masalah lemak ni , mesti dah terlebih berat badan. Kan kan? Bermakna dia ada masalah insulin.
Nak tau orang tu ada masalah insulin , senang jer.. Ada banyak tanda. Antaranya mudah mengantuk ! Mudah lesu. Ada tekanan darah tinggi. Perut buncit dan payah nak beri tumpuan. Banyak lagi.. korang google la yer. Belajar membaca dari pelbagai sumber dan dari situ , korang boleh bandingkan dengan diri sendiri.
Nak betulkan insulin ni , memang mencabar. Part ni ramai yang mudah putus asa sebab memerlukan komitmen yang tinggi dan juga kesabaran. Jika part ni gagal , maka bersedialah untuk jumpa doktor ! Penyakit 3 serangkai akan menjenguk kita.
Perubahan ketara. Aku suka dengan keadaan sekarang. Banyak sangat perbezaan.
Bertahun nak dapatkan 6 packs. Bukanlah nak menunjuk tapi ini pencapai tertinggi bagi mereka yang menjaga tubuh badan ! Hahahaha.. Orang yang ada 'durian' ni , bermakna dia benar benar komited dalam menjaga pemakanan dia !
Berbanding dulu... rujuk gambar bawah ni. Aku bukan gemuk pun sebenarnya tapi aku ada masalah dengan USUS ! Bila melibatkan usus ni , memang seluruh badan akan kacau bilau. Petanda awal masalah usus ialah sembelit ! Kalau tak betulkan part ni , bersedialah untuk penyakit lain seperti pedih ulu hati , kembung atau lebih mudah nak kata ialah.. GERD ! Perit broo.. perit ! Sebab nanti akan mai pulak ANXIETY ! Kalau pandang remeh bab usus ni.. memang naya la !
Camana nak sembuhkan usus ni ? Hurm.. aku dah tulis dalam blog ni. Korang bacalah satu satu. nanti akan dapat info pasal tu. Dan bila dapat membuang dengan baik , barulah baiki usus dengan pro dan prebiotik.
Bila usus dah cantik.. insulin cantik. Nah.. barulah masuk part pemakanan berkhasiat. Yang ni korang boleh rujuk entri aku yang melibatkan 5P tu... berbaloi ikut cara tu ! Jangan risau part hilang nikmat dunia. Sesungguhnya , korang dah hilang nikmat dunia pun bila ada masalah usus ni. Tak pee.. ada hikmah !
Bila usus dah cantik.. makan pun dah betul , barulah senaman diutamakan. Tujuannya adalah fokus pada pembinaan otot. Fungsi otot ni sangatlah banyak. Korang jangan ingat otot ni untuk diperagakan pada pasangan jer yer ! Haaaaa.. Nampak smart tu , bonus tapi manfaat tu yang penting. Korang kena rajin membaca dan tonton video berkenaan kesihatan ni lebih kerap. Memang berbaloi..
Aku malas nak cerita panjang sebab aku nak korang dapat banyak input dan boleh juga berkongsi dengan aku bila aku ada buat posting di Facebook. Aku pun masih cetek ilmu. Banyak lagi nak kena belajar.
Sekadar berkongsi pengalaman kehidupan... percuma jer !
1 comments
Makin segak abang ben kita ni. Lama betul tak singgah blog ini, ni 2024 baru nak start balik blogging sambil singgah blog kawan-kawan sewaktu era blog meletop 2000an
BalasPadam