Kenapa perlu makan roti sedangkan boleh makan telur ?

by - Rabu, Disember 04, 2024

Aku kenal dunia roti ni sejak kecil lagi. Arwah ayah aku adalah peminat nombor 1. Dia akan makan roti sekeping dua bersama kopi kosong atau milo kosong. Dia cuma cicah jer. Tak banyak pun dia makan. Nasi , dia makan sikit jer. Dia memang jaga pemakanan dia dan dia ada penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. 

Aku jadi peminat roti terutama Gardenia dalam usia 20an. Aku akan beli untuk dibawa ke pejabat. Makan sarapan dan juga makan tengahari. Ala, yang coklat , vanilla dan strawberi tu la. Kononnya diet. Petangnya , gi gym. Balik rumah baru makan nasi. 

Tu dulu laa.. Dan aku pelik la kenapa susah sangat nak dapat six pack ! Workout beria dah. Siap buat kardio bagi.. jogging kau ! Hahahaha.. Rupa rupanya dah tua ni baru tau... apa yang aku makan tu semua tinggi gula termasuklah nasi ! 

Bila dah tau, aku ubat diet pemakanan aku. Aku fokus telur ayam saja. Sebenarnya , dari usia kecil lagi aku dah jadi peminat telur ni. Mak aku akan buatkan telur setengah masak setiap pagi. Dua butir wajib. Sedap weh ! Letak kicap. Hehehe.. Sado dari kecil rupanya. 

Bila aku dah tau punca kepada masalah perut aku ni, maka jauhilah pemakanan yang tidak menyihatkan termasuklah roti putih dan roti krim ni. Maaflah yaa.. walaupun korang kata makan je sekadar untuk rasa atau untuk bertenaga. lebih baik aku fokus pada real food jer ! Makanan yang sebenar makanan. 

Aku ni bukanlah anti pemakanan sedap ! Hahaha.. aku cuma nak ajak korang makan makanan yang sebenar. Bila kita makan makanan sebenar , kita hanya perlu makan 1-2 kali je sehari. Betapa jimatnya dan sihat tubuh badan kita termasuk mental. Takda la nak abiskan duit dengan membeli makanan yang tak berfaedah jer. 




Telur tinggi kolestrol ? Aku dah tulis pasal ni dalam entri yang lepas. Boleh baca di Betul ke kuning telur tinggi kolestrol ? Pelik sebenarnya. Ramai takut kolestrol dalam telur tapi tak takut gula dalam makanan dan minuman yang diorang makan hari hari tu ! Aiskrim, air manis, nasi putih , kopi dan macam macam lagi. Semua yang kita makan tu, akan bertukar jadi gula kecuali air putih ! Tau ke tak ? Haa... 

Bosan makan telur ? Sebenarnya itu alasan jer. Telur ni takda rasa. Jadi korang makan je la ngan kuah kuah yang ada depan mata. Bukan suruh hirup kuah tu ! Aku tau..korang nak kata kuah tu tinggi kalori. Sapa suruh hirup ? aku suh cicah buat ada rasa kalau dah boring nak makan kosong.

Macam aku buat ni... Apakah aku dah gemuk kembali sekarang ? 



Sesekali kita layan... baru betul ! Bukan hari hari. 

Berat aku dah kekal 80-82kg je sekarang ni. Hari hari makan telur lebih 10 biji. Alhamdulillah.. aku rasa lebih sihat berbanding sebelum ni yang makan macam macam. Aku rasa ramai dah ikut cara gini terutama mereka yang dah sedar dan insaf. Heeee.. 

Nak makan sedap tu boleh.. Tapi kena taulah nutrisi yang terkandung dalam tu. Dan tanya pada diri sendiri.. apakah makanan ni memberi kebaikan pada tubuh badan selain kenyang ? Elakkan makanan yang boleh berikan keradangan. Bahaya sama sekali ! 

Tepuk perut.. tanya selera anda ! Kesihatan anda.. hak anda. 



 

You May Also Like

1 comments