Dulu aku tak hairan pun dengan cacao ni. Aku anggap dia ni sama je macam coklat yang aku ketagihan yakni Cadburry. Hehehe.. Sejujurnya aku memang kaki coklat kerana coklat beri aku 'kegembiraan' di kala stress. Maklumlah , aku ada darah tinggi masa di penghujung 20an. Kerja aku bikin aku stress.
Ada satu hari tu , aku tertonton satu video dari satu influencer ni berkenaan Cacao ! Bila dia sebut part stem cell tu , aku cam.. ' Biar benar ? Takkan la cacao sampai gitu sekali manfaat dia ? "
Sejak tu aku buat sedikit bacaan dan carian mengenai khasiat cacao ni. Kemudian aku cuba beli produk dia dan amalkan. Ternyata ada beri sedikit kesan positif pada aku. Bila dah abis , aku cari di luar sebab nak order masa tu dah abis stok. Kemudian kawan aku mesej dan tawar produk yang dia jual. Aku pun cubalah...
Aku tak faham awalnya. Aku ingat sama je cacao n cocoa ni. Beza dari sudut ada gula dengan takda gula jer. Tapi rupa rupanya ada beza dan juga khasiatnya. Barulah aku berhenti amik cocoa (taknak ada gula sebab nak elakkan lonjakan gula ) dan amalkan cacao.
Sejarah Buah Koko
Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.
Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat.
Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.
Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.
Kajian menunjukkan pengambilan koko tulen (cacao) yang kaya dengan flavanol boleh membantu merangsang dan meningkatkan jumlah sel stem (stem cell) yang beredar di dalam darah untuk membaiki tisu badan. - wikipedia
Kebaikan Koko untuk Sel Stem
Merangsang Sel Stem: Flavanol dalam koko membantu menggerakkan sel stem dari sumsum tulang ke dalam darah bagi membantu proses pemulihan.
Membaiki Saluran Darah: Peningkatan sel stem yang beredar membantu menyokong kesihatan jantung serta memperbaiki saluran darah yang rosak.
Mengurangkan Keradangan: Ciri antioksidan tinggi di dalam koko mengurangkan keradangan dan melindungi sel daripada rosak.
Perkara Penting yang Perlu Diingat
- Pilih Koko Tulen: Khasiat ini datang daripada koko asli atau coklat hitam (dark chocolate) yang rendah gula dan tinggi kandungan flavanol, bukan coklat susu biasa yang manis.
- Isu Logam Berat: Pokok koko boleh menyerap logam berat dari tanah, jadi pastikan anda memilih produk koko berkualiti tinggi yang diuji selamat.
Perbezaan Cacao dengan Cocoa :
Cacao:
•Kurang diproses / lebih “raw” (kadang tak dipanggang)
•Nutrien lebih tinggi: antioksidan, magnesium, zat besi
•Rasa: pahit, ‘earthy’
•Kafein/teobromin: sedikit lebih tinggi
•Sesuai: minuman sihat, campur halia/madu, smoothie
Cocoa :
•Lebih diproses & dipanggang pada suhu tinggi
•Nutrien berkurang sebab haba
•Rasa: lebih lembut & ‘chocolatey’
•Kafein/teobromin: biasanya lebih rendah
•Sesuai: baking, minuman coklat panas
Anak anak aku , awalnya memang susah nak minum cacao ni sebab takda gula. Tapi bila aku buat campuran bersama yogurt greek atau minum bersama susu kambing dan sedikit madu serta halia , masing masing dah kira wajib minum ketika belajar kelas online atau buat kerja sekolah. Ternyata memberi ketenangan dan bertambah fokus.
Manakala aku pulak , kalau minum sebelum gym.. aku akan campur dengan sedikit halia dan jika minum selepas workout, aku tambah serbuk spirulina sebab spirulina ni tinggi dengan protein.
Yup..aku dah berhenti ambil whey protein dah fokus pada real food yang lebih mengenyangkan dan memang punya khasiat serta khasiat pada tubuh badan. Walaupun ada yang kata sedikit tinggi kos tapi bagi aku , kesihatan adalah lebih utama. Dah sakit baru nak jaga kesihatan terutama perut tu , memang lagi tinggi kosnya.
















