BEN ASHAARI



 

Kali petama nak ke shopping di Paradigm Mall , Kelana Jaya. Saja saja berjalan bawak si Qhaliff keluarkan peluh.. Tapi yang berpeluh , aku la.. Dia tak nak turun .. Huhuh… Demam dah ok tapi badan masih penat ..

Kat rumah , aktif .. Masuk dalam kereta , terus lenaaa … Sedap ‘dibuai’ dek pergerakkan kereta .. Huhuh… Pasang Waze .. Hehehehe .. Rupanya ada jalan dekat nak ke Petaling Jaya tu haaa.. Dari rumah aku , dalam 40 minit je pon !! Aiyookkkk.. biasanya ikut jalan jauhhhh.. huhuhuh….

Photo

Sampai kat sana , dia masih lena.. Terpaksa kejutkan dia .. Tengok la muka dia tu haaa .. Ngantuk sokmooo.. Sian jee…

Photo: Bersama , Qhaliff  dan Beary  di #ParadigmMall selepas saksikan persembahan  sempena CNY .. Ada lg nanti pada 2 Feb! Go checkout. Follow the official Paradigm accounts .. www.facebook.com/paradigmmall, Instagram @paradigmmallmy and #paradigmmallmy berpeluang utk memenangi  The Journey tickets on the 8th February! #BearyJourney #BearySelfie

Disebabkan dia masih sebegitu rupa dan aku sendiri kepenatan akibat dah mula pecah lemak .. Maka , sempat makan je kat SATAY SATAY .. Hehehehehe ..

Order 3 jenis makanan .. Nasi goreng , char kuay teow dan asam laksa ..

Photo: Sapa suka ?

Photo: Atau sapa minat yg ini ?

Sedap ? Ada kawan tanya di Facebook. Hehhehehe … Ikut tekak aku , serius sedap ! Ikut hati , nak je tapau CKT tu .. tapi udah udah laaa .. hehehehe ..

Harga ? Hehehe .. Rasa rasa korang ?

Photo

Lepas makan , terus balik … Qhaliff dok wat hal .. Adehh .. Nangis tu tak la tapi … hurmm.. Di dukung , nak turun. Diturunkan , nak baring pulak atas lantai .. Aihhhhhh …

Tak sempat nak pusing pusing kat situ. Nampak macam best.. Macam macam ada dan tengah SALE lak tu ..hurmmm .. Tapi memikirkan anak .. tolak tepi semua ..

Banyakkan bersabar bila anak tak sihat .. Huhuh….

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Terkejut aku awal pagi tadi.. Dalam kul 3 pagi gitu.. Tiba tiba Qhaliff menangis kuat.. Punya la lama dia nangis. Dah pujuk .. Bacakan ayat suci .. Tak nak gak diam.. tapi reda skit .. Berguling guling dia ..

Dalam setengah jam gak la biarkan dia gitu.. Dengan mata tertutup.. Dah disapu dengan air pun , sama jer.. Akhirnya wife amik dan susukan dia .. Sambil bacakan ayat ayat di ubun dia .. Aku pasang youtube ayat ayat Ruqyah.. Diam je dia … Hurmm…

Photo

Masa aku peluk dia , dia punya meronta .. perghhh.. macam budak besar punya rontaan.. Kuat lak tuuu .. Terpaksa aku lepaskan .. Takut dia jatuh ..

Pastu baru dia ok.. Hurm.. aku rasa ni mesti mengingau UPIN IPIN The Movie tu.. Kan ada ‘hantu’ dalam citer tu.. Dia layan sorang masa nak tidur dengan wife. Aku kat luar dok wat keje .. Hurmmm..

Pasni , takde dah UPIN IPIN sebelum tidur.. Kena ‘baca’ buku sblm tidur. Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Hurm.. Bukan sekali.. Tapi setiap kali dia turun dari kereta , cepat cepat dia ke sini .. Aku memula tak perasan tapi wife yang bagitau .. Qhaliff siram pokok kari tu.. Dari asalnya dah kering , tu dah tumbuh semula .. Huhuhu..

Photo: Dua yg jaga ..

Rumput tu ? Saja ternak sekali .. Kot kot leh buat ulam bila sayur kangkung nanti naik harga …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Dah berhari hari aku mencari micro SD utk tab aku tu… Yang sedia ada aku dah pindahkan ke Lenovo .. Senang Qhaliff nak layan movie dia ..

Adik aku kata ada satu tempat tu murah .. Aku mintak dia tolong belikan. Kali terakhir aku beli , beberapa minggu lepas nun di Low Yat. 16GB , RM50. Original katanya . Nak tiruan punya pon ada.. Murah sikit..

Masa aku di Kelantan beberapa minggu lepas , aku nampak di Wakaf Che Yeh ada jual. Dalam RM20 kot.. Ke 30 ? Tak ingat lak aku. Teringin nak beli gak tapi aku tau tu tiruan punya.. Tak jadi la.. Risau rosak je.. Abis semua gambar dalam tu nanti.. huhuh..

Akhirnya , aku buat keputusan gi beli kat kedai gadget di kawasan perumahan orang tua aku. Kedai ni lama dah wujud tapi tak berkembang.. Macam tu je aku tengok.Rasanya dah dekat 10 tahun dah kot.. Tengok housing yang jual pun dah berabuk.. Sian pulak..

Aku tanya harga Micro SD .. Katanya RM50.. Sebelum dia nak sebut harga , dia tengok muka aku betul betul. Hurmm…. Terfikir gak aku.. Dia ni tengok aku , nak tau aku leh disembelih ke tak ? Ke dia cam kenal aku ? Ok .. aku biar je la..

Kemudian dia amik sesuatu bawah laci kaca tu.. Dia keluarkan kotak.. Ditaburkan atas meja..Micro SD tanpa balutan. Katanya belum dibalut..

Aku tanya harga.. Sama jer .. RM50 ! Mak aihhhhh … Nak bagi aku macam tu je ? Mana kotaknya ? Takda pun haaa .. Iskh.. Aku pandang yang kotak tu.. Aku mintak yang tu ..

Photo

Tengok la.. Berapa buruknya .. Hurm.. Aku ada pilihan utk tidak membelinya tapi disebabkan aku dah tanya dan tak sampai hati tak jadi beli , aku keluarkan duit dan hulur je kat dia ..

Aku berjalan keluar dari kedai tu.. Pujuk hati.. Tak pe , nak tolong dia niaga.. Pastu aku nak kopek keluar Micro SD tu .. Alahai … Letih aku nak cerita.. Redha je la..

Cer cita camana aku nak support bangsa aku niaga ? Haih….

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurmm.. nak mengerjakan yang sunat , payah benar .. Amalan dah la sedikit.. Apa lagi yang ada untuk aku bawa ke akhirat ? Sementara aku di dalam kubur , apakah pelaburan yang telah aku buat di dunia yang bisa menyelamatkan aku ?

Perbanyakkan bersedekah ..

Photo

Aku bukan nak bangga atau nak riak dengan bercerita semua ni pada korang tetapi ajak korang turut sama berfikir .. Apa lagi yang mampu kita buat sementara kita bernafas atas dunia ni ?

Aku mengajar diri aku .. ringankan jari jemari aku tiap kali gi kedai runcit atau kedai makan .. Kalau ada tong tong derma , baki duit makan tu .. sedekah je dalam tu.. Tak kira la berapa banyak , itu biar Allah saja yang tahu . Yang penting , kita ringankan jari kita tu.. InshaAllah .

Janji Allah.. Orang yang menderma tu takkan miskin .. Percaya tak ? Aku percaya ..  Rezeki dari Allah ni , pelbagai bentuk . Kita je tak sedar dan tak yakin.. hurmm..

Nak dijadikan cerita .. Kelmarin ada la geng geng sekolah aku lancarkan tabung sumbangan untuk bekas guru sekolah aku yang sedang derita sakit .. Dah guna kerusi roda pon. Aku nak ikut mereka gi ziarah , tak boleh sbb aku ada urusan lain . Jadi apa yang boleh aku buat ialah memberi sedikit sumbangan. Itu je aku mampu buat selain berdoa agar cepat sembuh.

Aku minta wife tranfer je duit dari akaun aku. Yelah , hari ni hari dia.. Sapa tau esok esok hari kita kan ? Tak sampai sejam , aku terima satu sms .. Aku baca dan membalasnya. Balasannya membuatkan aku terbeliak biji mata jap. Aku tak sangka pulak. Rezeki berkali ganda dari Allah.. Terlalu banyak dari apa yang aku sedekah sebelum tu.. MasyaAllah ..

Dari blog RAHSIA SEDEKAH :

Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

 

Hurm… Sementara kita bernafas , mari kita sama sama pelbanyakkan sedekah. Jangan tunggu kaya , baru nak bersedekah ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Minggu lepas , aku dok bebel laaa .. punya tensen sbb tak leh nak charge ! Walaupun dah gi antar kedai , masalah charging sama gak !

Photo

Entah camana .. selepas pada tu , masalah tu selesai ! Asal aku cucuk je .. terus je berfungsi dengan baik ! Tapi ada syaratnya laa.. Jangan charge sambil pegang. Letak je kat bawah . Kalau nak cepat , tukar mode telefon ke ‘airplane mode’ .. khabarnya pantas je settle .. hehehe ..

Sehingga kini , masalah tu takde dah .. lega sangat minda aku ni .. hehehhe .. tak yah nak pk singgah Low Yat dah .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Tertulis di botol , expired 2015 .. Apakah ubat itu boleh digunakan sehingga 2015 setelah digunakan pada awal tahun lepas ? Haaa… Aku yakin ramai tak sedar part ni… Atau dah ramai pon sedar.. hehehe ..

Bagi yang tak sedar  , nia citer skit .. Semalam , sewaktu aku pergi ke klinik Dr. Maria tu.. Ada aku tanya dia setelah teringat akan persoalan di minda aku tu …

“ Er , doktor.. Nak tanya sedikit .. Ubat yang dah dibuka , berapa tempoh masa kita boleh guna walaupun ada tulis expired date dia sehingga 2015 ? ".

“ 3-4 bulan saja .. Sebab syringe yang digunakan tu mungkin dah bercampur dengan ubat lain.. “.

Aku tersenyum pada wife . Benar jangkaan aku..

“ Terima kasih doktor .. “. Nasib baik datang jumpa doktor.. Takde la nak main serbu farmasi jer .. Mahal ? Tak pe la.. Janji kita amik tindakan pantas .. Jangan main main dengan demam zaman ni ..

Kelmarin , seorang jiran aku dikejarkan ke hospital sbb demam panas .. 
Hurmm ..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Huhu.. badan dia panas sehingga petang tadi. Tapi panasnya tidak la begitu membimbangkan . Bagi aku , ianya masih terkawal. Senantiasa lap badan dengan air. Plan malam ni baru nak gi klinik Dr.Maria di Alamanda.

Lepas Maghrib.. Qhaliff kelihatan tidak begitu segar tapi ceria bila dengar ..

“ Jom Qhaliff.. “. Ajak aku.

“Bye byeee… “. Qhaliff melambai mak dia .. terus berjalan ke pintu rumah dan hulurkan tangan dia pada aku meminta aku mendukungnya.

Amboiiiii …. Tak sabar benar nak keluar aihhh … Siap lambai mak dia. Sanggup nak keluar tuuu.. Tinggal mak kat rumah ! Hahahahha … Pantang dipelawa keluar ..

Dalam kereta .. Badan dia masih panas suam .. Nak terlentuk je kat mak dia ..

Sesampainya Alamanda ? Tak perlu dipelawa .. terus je sedar dari mamai dan segar !

Terus nak turun jalan kaki… Dan tau mana destinasi dia .. Kereta ni wajib dia datang main.. Huhuhuh…

Jumpa doktor .. Katanya suhu dalam 37 gitu.. Demam skit.. Dikasinya ubat.. Ditimbang berat .. Ada naik skit .. Huhuh…

Keluar dari klinik ? Perghhh.. Tak demam dah ! Segar bugar.. sampai rumah ! Pegang badan.. takde panas dahhhh … Huhuh.. Ubatnya ialah .. bawak dia keluar jalan jalan .. Tu jeeee !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

MAXIS HOME FIBRE ? UNIFI  ? Kedua duanya tidak !! Aku kembali menggunakan Maxis Broadband pakej 20GB punya !

Tadi aku ajak wife gi Maxis Centre Alamanda memandangkan segalanya di daftarkan atas nama dia. Senang nak urus. Aku keluar duit jer ..

Tujuan utama adalah untuk mendafktarkan kembali pakej broadband yang telah dibatalkan pada 23 hb lalu.. Kenapa ? Sebab Maxis Home Fibre tamo masuk area taman aku ! Haaaa.. Orang kat centre tu pon terkejut gak sbb kalau nak diikutkan , mmg boleh dah masuk.. Pelik bin ajaib.

Disebabkan pembatalan ari tu adalah kerana nak langgan Maxis Home Broadband , maka penyambungannya tidak dikenakan bayaran ! Heheheh.. Jimat.. Guna nombor lama jugak.. Wee… Kalau tak mau kena bayar RM100 gak wooo ..

Jadi , sim kad broadband tu , aku masukkan ke Lenovo Qhaliff.. hehehe.. Pastu guna Hot Spot.. Tadaaa.. sama je kan ? Leh guna bawak gi mana mana..

Sebenarnya , aku tersilap dari awal lagi. Patut langgan Maxis Home Fibre tu lepas wife pantang .. Kalau tak , rugi 3 bulan takde sapa nak pakai .. Yelah , dah balik Kelantan ! Kan ? Huhu..

Cantik perancangan Allah kan ? Kita je tak sedar diri .. Asyik nak salahkan keadaan jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tak nak makan kebelakangan ni .. Kenapa ? Takde selera ? Ubah selera ? Tak sihat ?

Qhaliff .. dia dah rasa menda yang dah sedap yakni makanan orang dewasa ..  Bila kasi makanan dia , dia tamo.. Tapi nak kata gitu , tak gak .. Sebab bila suap makanan aku pon dia tak nak ..

Cuma satu cara jer .. Sebelum nak suap makanan dia tu , kena bagi air kotak cam susu atau milo .. Bagi dia buka selera dulu.. Bila dah terbuka selera tu , baru suap makanan dia .. Dia akan makan ..

Tapi trick ni tak menjadi belah awal pagi.. Tengahari atau malam je jadi .. Huhuh.. Ramai alami masalah gini .. Ada yang bagi makanan tambahan ..

Hurmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hurmm… Ada ibu bapa pandang ringan anak kecil mereka demam. Bagi mereka , ianya cuma satu penyakit yang biasa biasa jer .. Demam , jika tidak diubati .. ianya akan melarat …

Beberapa perkongsian dari rakan FB melibatkan pengalaman mereka sendiri ..

  • betul2.....semalam kat kampung saya kat lorong yg sama ngan saya ada sorang budak umur 7 tahun meninggal sebab demam...yg sedihnya maknya pulak dah 2 bulan sakit kat hospital....
  • Yup..anak sy demam..smpai kena sawan..Masa tu ingt mcm dah xda lg dah sb ank xbergerak mata dah putih n mulut dh berbuih .hanya tuhan jer yg thu prasaan masa tu..sb tu yg ptma kali berlaku...tahun lpas jer 3 kali ank sy masuk hospital sebb demam..Sb dia ada sawan demam bila stiap kali demam msti kena tahan ward sb suhu demam dia ssh turun..N doc ada ckp yg sawan demam ni akan berterusan shingga dia berumr 7 tahn..N skrng bila ank demam sy dah mula berjga2..alhamdulillah dah lama dah ank xdemam..
  • btol².. ubt demam n ubt btot mmg stia ada kat umh.. sbb anak y sulung tu kalo demam msti 40c .. sgup tak tidur mlm.. y pting demam anak tu tak melarat ..
  • Yup....betul tu...demam juga berlaku disebabkan banyak kemungkinan....anak saya pernah 2mnggu masuk ward...sebab doc xdapat pastikan demam ape...sampai doc suspect h1n1...tp xdapat detect jugak...mase kene serang tu hampir2 nak tarik dah...anak mata tengok ke atas...suhu dalam 38...rupa2nya anak kene demam trauma...br 2ari antar taska....dah demam...tu pon umur dia dh 3thn br tau...sampai skrg risau kalau anak demam..
  • petua org tua2 klu kena sawan,bg mandi akar pinang,akar kelapa & sintok.bg mandi 3kali sblm maghrib.3 hari berturut2.insyaallah sawan tak dtg lg.
  • Bila anak kecil kita demam, kena selalu monitor suhu badan anak. Pastikan badan anak sentiasa basah untuk turunkan suhunya.

 

    Photo

Qhaliff.. aku bogelkan dia setelah dapati badan dia panas .. Sesekali aku basahkan badan dia dan kerap bagi air suam. Yang ni , baru lepas mandi … huhu … Bagi air sejuk jer… Sedappp mandi ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
 
Photo

Hurmmm.. Dari semalam dah rasa badan dia mcm nak demam.. Penat satu hal gak.. Pagi ni , terasa panas bdn dia.. Bagi mandi .. sejuk balik .. Hurm..Aku pon rasa nak demam dah..

Selera makan dia pon kurang.. tamo makan..Tgk petang jap gi.. Nak gi klinik check .. hurmm..Harap tak de apa apa ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Yeahhh .. Nikah dah depaaa .. Aku bantai ketawa je tengok telatah si Jebat ni.. Serius , aku tak pernah suka si Shahnaz ni berlakon sbb watak ganas dia mampu mempengaruhi mereka yang tak cukup akal.. Haaa.. aku tengok drama BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ni pon gara gara dia punya gaya hati kering tu laaa .. Hahahha.. Mengingatkan aku pada seseorang .. hahahaha..

bkatc

Haa.. kenapa aku trauma tengok si Mastura ni ? Sikap kemanjaan dan kebudak budakan dia boleh bikin lelaki yang malas pujuk perempuan bila merajuk tak kena tempat ni bikin botak kepala sebab dok tergaru garu kepala .. Silap silap leh dapat tekanan darah tinggi.. huhu ..

Hurmm.. Rasanya drama ni dah nak masuk ke pertengahan. Ada yang kata akan tamat episod 60 gitu.. Ni baru episod 20++ .. Pergh.. lama jugak eh ? Tak larat nak tunggu ari ari .. Nak tengok ulangan , malas gue.. hehe..

Babak yang tak bagus utk ditonton bagi aku ialah tang sentuhan tu.. hehehe.. Tau kan ? Malas nak kata lelebih..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Photo

Pasti ramai parents tau yang anak kecil mereka tu  payah benar nak diselimutkan termasuklah aku… hehehe..

Qhaliff ..susah laa nak pakai selimut walaupun dia kesejukan.. Baru baru ni ada gi Kelantan... Beli 2 pasang selimut setelah merasai kelembutannya sewaktu tidur di rumah mak mertua..

Kainnya lembut jer .. tapi bila pakai terasa suam… Tak berat dan amat selesa.. Bila aku pakaikan pada Qhaliff, dia tak tolak pon . Berbeza sebelum sebelum ni..

Selimut ni wife beli di Wakaf Che Yeh. Dalam RM15 jer. Nanti nak beli lagi .. heee …

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Photo: Selimut ni best.. ringan mcm bulu je.. selesa je selimut .. Beli kat Kelantan..

Dia tidur lenaaaa …. Aku kena buat kerja pelan pelan.. Risau dia terjaga.. Kalau dia terjaga , confirm susah nak tidur balik .. Aku lak , baru nak baring sekejap… Dah penat update blog .. huhuhu..

Baru nak baring , Qhaliff dah mula bergerak .. Dia bukak mata.. Dia pandang aku.. Aku pura pura tidur.. Siap buat berdengkur ! Dia tgk je aku… Pastu dia pegang mulut aku.. masukkan jari dia.. Macam nak suruh aku diamm .. Bising kot berdengkur !

Pastu dia cuba ‘bukak’ mata aku.. Paksa aku sedar dari tidur ! Hahahahah.. Aku terpaksa bukak gak sbb sakit wooo dia buat ! Haha.. pastu dia gelak. Geram aihhh..

Aku cita kat wife.. Dia kata mmg dari dulu dia wat gitu .. hahahaha.. nampak sangat mak pak tidur berdengkur .. huhuu …

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Argghhhhh ! Punya laaa berhari hari tunggu , sekali dapat mesej Whatsapp dari wife ..

“ Tadi Maxis call bagitau kwsn umah kite takde port utk pasang maxis home.. apa kebenda ntah .. so kena cancel la kita punya request tu.. huhu .. “.

Punya laa tersentap jiwa aku bila membacanya ! UNIFI dah ada kawasan ni .. Apa masalahnya lagi nehh ??? Aiyook.. Ni yang buat aku tensi tetiba ni ..

Kenapa ?? Sebab pilihan yang ada cumalah UNIFI ! Aku tak nak langgan yang broadband cam P1 dan yg lain lain tuuu.. Dah ada celcom dahh .. Ni nak hok yang guna fiber ni.. haaaa…

Takkan aku nak kena jilat ludah aku semula ?? Bukan apa .. kan aku dah nyatakan pendirian aku yang aku tak nak guna UNIFI dahh ! Haaaa.. Tapi bila dah jadi cam ni.. Hurmmm..

Kawan kawan di FB kata , persetankan je.. Amik je UNIFI .. Tapikan , aku rasa ada rahmat jugak Maxis tak jadi pasang.. Bukan apa .. Pasni wife nak pantang kat Kelantan 3 bulan.. Aku pon nak kena balik sana.. Takkan nak bayar buta buta selama 3 bulan kan ? Haaaa…

Cantik perancangan Allah kan ? Kita je tak sedar…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

“ Nanti budak budak ni dah besar , diorang boleh la main kat sini.. Sambil sambil makan buah .. Haaa.. Kita pon entah sempat ke tidak .. Diorang ni je la yg akan memeriahkan taman kita ni .. “. Katanya sambil memandang Qhaliff yang dok sibuk mengutip batu ..

Pakcik ni jiran baru pindah di taman perumahan aku. Pengalaman hidupnya , hurmmmm … Terutama bila bercerita pasal politik. Memang leh ternganga la dengar. Memang otai laa..

Dia bekas kontraktor.. Katanya dia beli rumah kat taman ni utk habiskan sisa sisa hidup dia. Tenang katanya kawasan ni berbanding rumah lamanya yang dah disewakan ..

Depan rumahnya yang penuh dengan semak samun tu , habis dia tebas dan  diterangkannya..  Dah mula tanam pokok buah-buahan.. Macam macam ada …

Semuanya atas niat utk masa depan orang ramai.. Nak amik amik je laaa .. Huhhu.. Bagus dan ringan tulang laa pakcik niii .. Respek !!

 

Tangga tanah yang dia bina sendiri .. Kukuh siut…  Huhuhu.. Kalau aku yang buat , confirm .. er …

Sebelum tu , aku nampak kereta dia berhampiran dengan rumah aku. Terpikir gak apa kereta dia buat kat situ.. Pastu tadi , segalanya terjawab..

“ Laluan kat situ tu , untuk budak budak tu gi ke kolej kan ? “. Tanya dia .

“ Aah.. “. Jawab aku ..

“ Abang buat tangga utk diorang. Bukan apa… tengok situ payah nak jalan .. buatkan la utk dorang.. senang skit nak lalu situ.. “.

Bayangkan setiap hari budak budak kolej ni lalu lalang kat situ utk gi menuntut ilmu… Berapa banyak pahala dia dapat ? SubhanAllah .. Bukan semua manusia gilakan wang ringgit ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

5 tahun dulu kan.. sewaktu aku takde anak lagi kan , aku pandai cakap ! Orang lelaki lepas kawin tak leh boroi ! Kena jaga badan ! Bukan takde masa .. tapi kita je tak reti nak bahagikan masa ! Haaa..

Serius .. Sekarang aku mengalaminya ! Kenapa ini berlaku ? Wow.. dulu beria kata yang aku takkan boroi ! Haaaa .. Kenapakah ??? Kenapaaaaaa .. cer habaq mai saaat !

Jawapannya , kat kawasan rumah baru ni .. takde pusat fitness . Paling dekat pon nun di Hotel Embassy atau Nilai tuu . Tu bermakna , nak keluar kena naik keta .. Perghhh.. Duit tuuu .. Skang ni , nak carik duit susah lorrr … Bukan main petik petik je jari tu , duit muncul !

Banyak faktor kena amik kira setelah berumahtangga terutamanya bila ada anak kecil . Aku kena buat banyak pemotongan kos dalam belanjawan. Ini kena potong , itu kena sekat.. Ini kena tambah.. Itu kena beli..

Bukan mengeluh tapi aku sekadar bagitau .. Susu dan diapers seminggu satu .. Atau susu dua minggu sekali mau beli .. Nanti adik dia lak ? Haaa.. Simpanan hari depan lagi ? Haaaa ..

Faktor lain ?

Lelaki boroi selepas kawin menunjukkan dia utamakan keluarganya .. Maksudnya ialah .. bila makanan tak abis , dia abiskan .. Kalau dia suap makan anak , anak tak nak makan .. dia kena makan.. Kalau bini dia teringin nak makan itu ini tapi bila dah beli , hanya sesuap jer dia makan.. dia kena abiskan ..

Tak caya ? Mari kita baca pendapat serta perkongsian rakan rakan lain yang dah menikah terutama para isteriwan ..

  1. Kahkahkahh. ..Da betolla tu bg ben..
  2. akak kalau keluar bertiga, suami kadangkala tak pesan untuk dia, sebab kata dia nanti you dengan Qaisara tak habis mesti I kena makan..memang betul ha ha
  3. Betol tu abg ben, husband sy slalu jd DBKL, tukang abiskan mknn yg sy xabiskan.. Siap kene paksa sbb xnak membazir ahaksss
  4. betul tu.. fakta abg ben.. hehehe sy selalu bising husband perut boroi. dah tembam.. tp bila time makan.. mesti sy sendukkan nasi paling minima 3 senduk 1 pinggan utk die saja.. hahahaha pening husband sy dgn sy..
  5. Sejuta persen setuju... Hahahahaha
  6. dah makan kat luar balik tengok isteri penat masak makan lagi..hehe..
  7. yg tersirat disebalik keboroian suami, itulah die.....same goes to my husband....meaning, he is family man
  8. rasanya memang macam tu,,, itu tandanya isteri pandai jaga
  9. Anak2 kata 'ayah/mak kan tong!' Hahahaha
  10. setuju...oleh itu sayangi dan belailah perut boroi itu wahai isteri..hehe

 

Hurmmm … Kan ? Suami penyayang akan tidak membazir .. hehehe … Bakal suami di luar sana pon .. kalau nak enjoy , time ni la yer .. nanti dah kawin , nak kena pikir setiap tindak tanduk kita .. Tapi ingat , setiap belanja dikeluarkan untuk keluarga kita nanti , ada balasan dari Allah .. heheheh ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Mana mana taska dalam Malaysia ni , mak bapak mmg tak boleh nak teman anak mereka kat situ .. Nanti cikgu tak selesa nak mengajar .. Kan ?

Photo

Dah tu , Qhaliff ni ? Boleh pulak eh ? Heheehe … Lesen besar ke ??? Ke aku mengajar kat Taska Arina ni ? Huhuu …

Lesen besar pon tidak , mengajar pon tidak .. Aku ada kat situ hanyalah utk bawak Qhaliff bersosial dengan rakan sebaya kat situ .. Jangka masa .. tak sampai sejam pon ..

Di samping itu , aku dapat lihat bagaimana anak anak kita diasuh oleh guru guru taska .. Yelah , sekarang ni kan macam macam isu ada..

Qhaliff , yang dok berdua ngan aku ni .. aku risau dia tak reti nak bawak diri nanti bila dah sampai masa.. Walaupun dia ni masih lagi berstatus bayi ( sbb tak masuk lagi 2 tahun ) , tapi aku perlu kembangkan minda dia .. Takde la duduk terperap je kat rumah kan ?

Berapa kerap aku bawak dia ke taska ? Oloh.. baru sekali je pon. Banyak gi umah mak aku je .. Kat sana ada la orang rajin layan dia .. Hehehe ..

Kesimpulan eh… Mak pak tak yah la gi taska .. Susah nanti .. Anak kita manja nanti woo.. Kena belajar lepaskan mereka .. Mereka perlu belajar jadi matang .. Kena dengar cakap cikgu.. Kena patuhi arahan dan berdisiplin .. Kalau tak , nanti besar .. kita menyesal ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurm.. Aku ada baca mengenainya di akhbar Kosmo semalam sewaktu tunggu giliran untuk gunting rambut.. Awalnya aku tahu melalui FACEBOOK .. kawan post tapi tak lengkap ceritanya.

Dipakaikan loceng , pastu disuruh makan rumput. Siap ambil gambar dan ugut upload ke FB. Pastu panggil ‘lembu’ Kerana tak siapkan kerja rumah ..

Hurm.. guru tu dah diarahkan tukar ke tempat lain dan dua orang murid tu tukar sekolah lain sbb malu .. Sian.. Tapi hukuman utk guru tu rasanya tak cukup. Murid tu tanggung malu dan pastinya emosi mereka terganggu gitu.. Kenangan sepanjang hayat ditambah lagi ada pulak masuk dalam akhbar dan tv ..

Peliknya , dah tukar sekolah pon ada media dok kejar dua orang murid ni nak dapatkan cerita atau pandangan dua orang murid ni. Rasanya tak perlu laa. Mereka tukar sekolah tu sbb segan nak berdepan ngan murid murid sekolah tu… Dah tu , gi dedah identiti mereka tu wat pe ? Apa beza masuk sekolah baru ? Confirm nanti ada yang tahu dan .. hurm…

Entah la.. kekadang media elektronik ni pon satu hal.. Menda kecik dan dah pon diuruskan .. tak perlulah nak dipublisitikan lagi kaw kaw punya .. Kalau nak pon , cover la muka dua orang murid ni… Iskh…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

-iklan-

BERITA BAIK untuk ibu-ibu yang ingin BERPANTANG SECARA MODEN.

MUDAH & MURAH!!

Lihat 14 Testimoni " Set Berpantang Shaklee" & Saya ingin kongsikan "Pengalaman sendiri " menggunakan Set Pantang Shaklee.

SET PANTANG

PERCUMA !! TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN

Dapatkan dengan "HARGA OFFER"" bulan JANUARY ini.

Whatsapp  SEKARANG: 019-3190733

Selamat Berpantang dengan GEMBIRA Tanpa stress.

Link untuk :

  1. Testimoni "set berpantang Shaklee"
  2. Testimoni untuk "pengalaman sendiri"
  3. Tips kurus selepas berpantang

Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Photo

Dia mengantuk tapi lawan biji mata. Nak melepak dengan aku kat luar.. Kalau dia tengok tv takpe gak la.. Ni dia pon sibuk nak menaip gakk.. hurmmmm..

Aku dukung dia .. Buat susu.. Masuk bilik. Letak dia sebelah mak dia.. Bagi susu .. Aku baring sebelah dia .. Pastu pura pura berdengkur. Dia baringkan badan dia .. Dan … Zzzzz..

Aku bangkit kembali .. Dia pun bangkit jugak laaaaaa … Aku baring balik dan kembali berdengkur ! Nyaris nak berdengkur betul2 laaa .. hehehe ..

Aku pandang dia. Aku suruh wife tepuk peha dia pelan pelan. Kasi lena.. Aku menyelinap keluar .. Dan berjaya.. Hurmm..

Kemudian aku capai tab.. Aku belek FB.. Terbaca status sahabat .. Anak dia dok tunggu depan pagar rumah.. Ternanti sesuatu. Bila aku baca , rupanya ayah dia gi kursus beberapa hari.. Hurmm.. Rindu seorang anak …

Ayahnya , pasti lagi merindu ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

AQUARIA KLCC .. aku suka bawak Qhaliff ke sini utk ‘berehat’ sambil belajar mengenai alam lautan .. Qhaliff , teruja tengok ikan ikan yang berenang sana sini ..

Semalam , aku bawak abang ipar sekeluarga dari Kelantan masuk sini .. Anaknya lama dah teringin nak masuk . Aku pun mmg dah lama niat nak belanja diorang masuk dalam ni .. Hehee..

Photo: Aquaria lagi..heee

Harga tiket ? RM38 utk dewasa .. Kanak kanak atas 3 tahun hingga 12 tahun , RM28.. Aku terlupa berapa harga sebelum ni.. Ada kata RM35 jer.. Best part ialah .. sebelum ni , kalau kita keje dgn kerajaan , kita dapat diskaun utk dua orang dewasa .. Tapi sekarang ? Satu orang jeeee ! Apa dah jadi ? Takkan harga minyak naik , bagi kesan pada mereka ? Aiyokk..

Aku tak kisah sebenarnya .. Kenapa ? Sebab keadaan dalam AQURIA ni terurus.. Bersih dan staffnya peramah.. Er , staff bahagian dalam la.. Yang kat kaunter tu , hurmmm…  Malas nak kata apa apa .. Penat ..

Berbaloikah dengan harganya ? Hurmm … Bagi aku , ok… Cuma tak perlulah mahal sangat.. Lainlah dapat cenderahati kecilan cam key chain.. Bukan kena bayar lagi.. hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Ada kawan tegur di media sosial.. Aku dah nampak perut ! Hehehe.. Kalau nampak otot , orang curik gambar lak kan ?

Yeke ? Yelah .. mmg aku akui badan aku semakin berlemak. Gemuk tu tak la.. tapi tang perut tu , dah kembali seperti Qhaliff mula lahir dulu.. Agak terbiar .. hinggalah ibu dia pulang berpantang ke Kelantan, aku ada masa atur balik jadual bakar lemak..

Petang tadi , kawan kawan sekolah aku ada post gambar guru sekolah menengah yang mana aku pernah belajar dulu. Guru tersebut dalam keadaan tidak sihat .. Kesian.. Kurus jer dia .. Berkerusi roda.

Bila mengenangkan keadaan dia tu , aku takat berlemak sedikit ni , tak pe laa.. Asalkan aku ada bersenam dan berpeluh. Jangan asyik makan tidur makan tidur .. Tu tak bagus laaa…

Hargai masa sihat kita.. Jangan tunggu sakit , baru sibuk cari ubat segera utk kembali sihat …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hurmm.. Nak bebas la dia skg.. Rasa diri tu cam layak digelar ‘abang long’ dah .. hehehhe ..

Hurmm.. Kalau nampak kolam air , confirm berlari nak main ngan air.. Part ni bahaya.. Penat gak kejar dia .. huhu ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Wife bagitau .. Setelah aku keluar gi main paintball semalam , Qhaliff tak tidur sehinggalah jam 3 petang ! Biasanya , dia akan tidur di sebelah tengahari .. bila dengan aku !

Bila aku balik , dalam jam 3 lebih tu.. Aku mandikan dia.. Siapkan dia .. Pastu kasi susu .. Pasang citer paling membosankan di tab dia .. Dia lena terus .. Tak sampai 4 minit pon ..

Sebelum tu , aku bawak dia ngan mak dia gi kedai dulu.. Dalam kereta , dia punya tenung aku macam dah berbulan tak jumpa ! Rindu sangatkah ? Huhuh..

Kesan berkepit dengan anak 24 jam.. hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

-iklan berbayar -

Anda suka pakai dress tapi masih menyusu kan baby? Susah nak dapat koleksi baju menyusu yang murah? koleksi terbaru minggu ini di Butik Surf2Shop, Amna Button Long Dress.

7611 (1)

Dress ini berpotongan 'princess', ada cuff di tangan dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu kan bayi. Amna Button Long Dress di buat daripada kain lycra yang berkualiti, ianye meyerap peluh dan yang paling penting,anda akan nampak kurus bila pakai dress ini..

Corak paisley dibahagian skirt dress ini dapat menyembunyikan kekurangan anda di bahagian peha dan punggung. Harga nya sangat berpatutan, iaitu RM82 sahaja.. Berita baik untuk 5 orang pelanggan pertama yang membuat tempahan, anda akan dapat 10% diskaun.. jadi jangan lepaskan peluang ini :)

untuk maklumat lanjut, boleh layari www.surf2shop.com.my

cats
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Wowww.. tiba tiba ternampak kat FB .. banner AJL28.. Eh ? Dah final ke ? Mana separuh akhir ? Lorrr… Ke aku yang terlepas pandang ? Iskhh….

Nak tengok ke tak ? Hurmm.. Takde perancangan langsung nak tengok pon .. Kebetulan pulak mak mertua datang bersama abang ipar. Diorang ada kat Sungai Buloh. Wife ajak gi jumpa .. Aku ok ajaaa ..

Maka pergi laa ke sanaaa .. Setibanya kat sana dalam jam 1030 malam .. Tv terpapar AJL28. Ketika tu persembahan sapa tah.. Malas nak layan .. Suara yang keluar dari  tv pon sangatlah perlahan.. Memang tak dengar apa apa ..

Tak lama kemudian .. keputusan diumumkan.. Aku pandang skrin tv.. Hurmm.. Memula Hafiz naik.. Dia menang kategori apa tah.. Pastu Jaclyn.. Diikuti sapa lagi tah …

Bahagian yang ditunggu tunggu .. Siapakah lagu manakah yang akan dipilih menjadi JUARA LAGU KE 28 ni ? Hurmm.. Aku teka Hafiz. Kenapa ? Bila dia dah terplih dalam salah satu kategori , maka peluangnya utk bergelar juara sangatlah tinggi..

Dan dia juara ! Heheheh.. Ok la.. mmg dia berbakat .. Tiada masalah bagi aku dia juara cuma sayangnya … AJL dah macam tak relevan dah skang ni .. Kena cari idea baru ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurmmm… Aku dah tutup broadband Maxis aku tu. Walaupun kelajuan cumalah 128kbps tapi itu dah memadai bagi aku untuk update blog.

Kenapa aku tutup ? Sebab aku dah gi register Maxis Home Fibre… Tapi lom la pulak diorang datang pasang ! Ni la dia … baru dengar guruh di langit , air di tempayan .. hurmm.. sambung la sendiri..

Dah tak pasal pasal susah nak update blog. Ni pon terpaksa guna hot spot dari hp aku yang mana aku guna broadband Celcom. Yang ni , cepat benar abis kuota. Dah abis , harganya lain.. Bukan pakej unlimited punya .. Hurmm..

Bila jadi menda menda gini , mmg leh buat hilang mood nak update blog .. Jauh sekali nak gi masuk blog orang baca .. hurmmm.. Tensen , tensen ..

Ditambah ..  tadi dah update punya la panjang.. Tapi tak publish . Dah la tak publish , aku gi delete semua sebab ingat dah publish ! Bila cek , takde entri tu !! ARghhhh.. Serabuutttt…

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Arghhh … Kalau perang betul , rasanya aku dah tak dapat dicam dah wajahnya .. Huhuh.. Nasibbb baik laaa sekadar paintball .. Patutlah perang pon kena ada ilmu.. Bukan main hentam keromo jer .. Ni pon dah birat woo.. Berbekas gitu ..

Hasilnya dua das kelihatan di badan aku. Kepala , nasib baik aku pakai snow cap .. Kalau tak , confirm gugur rambut ! Hahaha.. Kena guna Nutri M 2 kotak baru tumbuh balik.. hehehe.. InshaAllah ..

Ok.. Paintball hari ni dihadiri lagi oleh muka muka baru.. Ke aku yang baru sebenarnya ???? Hehehe ..

 

Taklimat sebelum main.. Takut nanti ada yang tak patuhi arahan dan mengalami kemalangan.. Haaa.. Tak ditanggung pihak pengurusan yer !

Alhamdulillah .. Walaupun ada yang hampir pitam sebab terlebih adrenalin , tapi berjaya dipulihkan oleh rakanr rakan seperjuangan .. Hehehe.. Serius , respek ar kakak kita yang satu team aku berjaya mendapatkan kemenangan.. Sapa kata perempuan tak berani ?? Haaa.. Darah Tun Teja ada mengalir kot ? Huhuh..

Sayangnya .. aku kena pulang awal sbb dapat whatsapp dari wife ..

“ Bang .. bila nak balik ? Nak gi kedai ni.. Beli barang ! “ .

Satu lagi tembakan tepat terus ke kepala aku !! Terus balik aku ! Bukan takut .. tapi dah tanggungjawab. Orang dah bagi gi bersosial  , jangan lebih lebih kan ? Hehehhe ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kali pertama datang sini bersama ahli keluarga .. Apa yang menarik minat aku ialah di sini , layanan mereka mesra. Minta la apa pun , confirm sampai segera walaupun air suam. Haaaaa !!

Dan seperkara lagi .. Anak buah aku yang aku larang berkali kali main di dalam ni , mereka takde la nak tarik muka masam atau nak marah mereka..

Terletak di Taman Melawati , Restoran Sakura Kristal yang dipenuhi pelanggan ini menjadi pilihan adik ipar aku untuk menyambut harijadi secara kecil2an bersama keluarga aku.. Dulu  kat sini ada restoran nasi kandar Kg. Pandan tak silap aku .. tapi aku tengok tadi .. takde dah.. 

Anak anak buah aku , cukup selesa kat sini .. Makan kenyang .. Pastu bikin macam rumah sendiri ! Nak larang , larang dah .. Takkan nak menjerit lak kan ? Nak beransur , ada yang tengah makan lagi..huhu..

Photo: Ngan sepupu2 dia..

Bagi layan tab. Sekejap jeeeee.. Pastu main kejar kejar dan ultraman koooo ..

Photo

Bapak memasing dok kawal anak mereka .. Huhuh.. Tengok laa Qhaliff tuuu.. Aiyooo…

Photo

Makanan kat sana camana pulak ? Aku test dua tiga makanan .. Hurm.. Boleh tahan gak la makanannya. Harga ? Hurmm.. bukan harga kat gerai tepi jalan .. hehehehe ..

Tandas dan sinki air.. Memang bersih.. Surau pun .. Jadi , restoran ni bukanlah restoran biasa biasa gitu .. Hehe .. Sesekali , ok laaa ….

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Serius penat ! Awal pagi lagi , aku dah ke Penjara Kajang untuk Forum Perbahasan Bersama Blogger. Memula tu tak plan nak pergi sbb nak temankan wife beli barang baby kat Mid Valley. Nak pergi masa petang , confirm penuh giler orang . Parking situ mmg susah nak dapat..

Tapi bila berbincang semula ngan wife , dia tak kisah. Dia tau tu kerja aku dan peluang gini mmg sukar nak dapat. Yelah , peluang bekerjasama dengan jabatan kerajaan yang memainkan peranan besar dalam negara kita ni . Kalau takde diorang mana nak letak mereka yang dah dijatuhkan hukuman penjara dan sebagainya ni kan ?

Photo

Photo: Forum Perbahasan Bersama Penjara 2014

Ok.. pagi dah gi sana .. Sampai tengahari.. Nanti aku cerita lagi pasal forum tu eh.. Hehehe.. Pastu balik rumah. Ingatkan lepas Zohor nak keluar balik tapi sesampainya aku kat rumah , tengok wife tak siap lagi. Katanya baru kemas rumah. Penat.. Malas pulak nak pergi. Aku suruh gak dia bersiap. Bukan apa .. dia plan lama dah. Sian pulak tak jadi gi.. hehe .. Bagus aku kan ?

Dalam kul 3 keluar rumah. Guna GPS nak ke Mid. Untung untung ada jalan pintas.. Hehehehe.. Sama je pon.. Cuma bezanya , aku tau la jalan mana jammed atau tak. Guna Waze gitu.. hehehe ..

Sampai kat Mid , hampir kul 4 petang. Susah benor cari parking.. Nak dijadikan cerita , aku termasuk salah lorong. Terpaksa menunggu kereta dari arah bertentangan clear dulu , baru aku boleh reverse kereta. Dah rezeki dari Allah. Tetiba ada kereta depan aku nak keluar.. Tu diaaa.. Tak payah abiskan minyak berpusing cari parking.. Tak yah reverse.. terus masuk parking dia je.. Rezeki baby..

Di Mid Valley , dalam 2 jam gitu termasuk makan tengahari .. huhuh.. Sian Qhaliff.. abis sepinggan nasi goreng Noodle Station koooo.. Tak peee .. Daddy banjer .. Daddy masyukkkk .. hahaha..

Pastu gi umah mak aku lak .. Diorang nak buat makan makan kat luar. Saja nak kumpul adik beradik sambil meraikan harijadi adik ipar aku .. heheh ..

Aku confirm pening kepala masa ni punya.. Semua anak buah aku berkumpul dan pastinya , Qhaliff jadi hero !

Dalam kereta lagi dah nampak dia nak jadi big boss ! Tapi sayangnya , tak sampai ke destinasi , dia dah tertido kat belakang.. hehehhe ..

Photo: Tak nk duduk ngan mak diaa ... nak lepak ngan sepupu sepupu dia ..

Dia tu baru usia 1 tahun lebih.. lambat lagi nak masuk 2 tahun .. tapi nak bergaul dengan orang orang besar .. huhu .. Risau je aku dia yang kena belasah !

Tapi jangkaan aku silap .. abis semua orang kena serang dengan dia lak !!

Photo: Ngan sepupu2 dia..

Huru hara restoran tu dengan diorang . Aku tak larat dah nak larang.. Dengan sakit kepala aku lagi .. Huhuh.. Harap dapat balik rumah sebab esok ada projek lain lak .. Hurmmm .. Oh ya , terima kasih buat adik ipar aku yang open table malam ni .. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ..

Esok…

Photo: Paintballers! 
Jumpa di sana esok. 

tidoqawalweyh!

Sampai rumah.. lom sempat mandi.. update blog dulu.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ▼  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ▼  Januari 2014 (173)
      • Ke Paradigm Mall , Kelana Jaya.
      • Qhaliff meracau !!
      • Qhaliff minat bercucuk tanam ?
      • Bila aku nak sokong mereka ..
      • Kelebihan bersedekah ..
      • Rezeki aku ..
      • Jangka masa sesuatu ubat ?
      • Ubat demam Qhaliff ..
      • Selesai sudah masalah internet aku !
      • Takde selera makan ?
      • Bila anak demam ..
      • Tak ceria pagi ni ..
      • Trauma betul aku tengok Mastura !!
      • Selimut sesuai untuk Qhaliff ..
      • Jangan dengkur daddy !
      • MAXIS HOME FIBRE tak sudi ke rumah aku !!
      • Bagusnya pakcik ni ..
      • Kenapa lelaki lepas kawin , mesti boroi ?
      • Boleh ke ibu bapa teman anak di Taska ?
      • Bila anak murid makan rumput !
      • BERITA BAIK untuk ibu-ibu ..
      • Bila dah melekat !
      • AQUARIA KLCC semakin kedekut ?
      • Gemuk sudah aku..
      • Besar dah dia..
      • Tunggu daddy balik ..
      • Khas untuk wanita dari SURF2SHOP2
      • Ada rupanya AJL 28 ..
      • Salah teknik !!
      • Dua das tembakan di kepala dan badan blogger !
      • Di Restoran Sakura Kristal , Taman Melawati
      • Macam sibuk jer..
      • Jangan kasi tablet pada anak kecil !
      • Maharaja Lawak Mega Suku Akhir 2013
      • Penyewa pelajar perempuan bermasalah ?
      • Kalau anda banduan ?
      • Kesan cuaca sejuk pada anak kecil ku ..
      • Terima kasih kerana sudi ..
      • Hati hati depan anak anak !
      • Malam Jumaat ..
      • Bio Velocity Sleep Mate Promotion Price by Shima O...
      • LENOVO IDEA TAB A3000
      • Bila disuruh berposing !
      • Rezeki Qhaliff ..
      • Bahaya dedahkan lokasi diri ?
      • Anda STRESS kerana berbadan GEMUK?
      • Kanak kanak 2 tahun cuba merompak ??
      • UNIFI atau MAXIS HOME FIBRE ?
      • Aku terkena dengan Qhaliff !
      • Bila nak ditambah garam …
      • Sikap ibu bapa punca tambang naik !
      • “ Alamakkkk .. terlupaa letak !!! “.
      • Saja test Qhaliff !
      • Bukan Aku tak Cinta bikin aku ..
      • Dulu , tak dapat kaki lagi !!
      • Kenapa perlu bayar pada blogger ?
      • “ Qhaliff , bangun pergi sekolah ! “
      • Lain kali tanya dulu ..
      • Bahaya betul dia ni ..
      • Meeting blogger ?
      • Bila suami baru nak tidur ..
      • Bila tengok jiran pasang UNIFI ..
      • Lupa dah langkah dia ..
      • Akhirnya , doktor itu ..
      • Nasi goreng tersedikit pedas !
      • Tiada lagi kartun untuk Qhaliff ?
      • Pentingkah ‘popular’ bagi seorang blogger ?
      • Dia conteng dinding dah ni !!
      • Bila daddy gi ambil baju kelab blogger !
      • Macam merajuk je skang ni ??
      • Nama adik perempuan Qhaliff ?
      • Restoran Cerana , Cheras .
      • Dah boleh jadi along dah !!
      • Berniaga , bukan ‘bekerja’kah ?
      • Dapat jugak tonton akhirnya ..
      • Aku , sentap dengan SAMSUNG !
      • Jangan lupa singgah bila di Kemaman !
      • Bila sel sel otak anak kita berhubung ..
      • Sarapan pagi di Holiday Villa Cherating
      • Ayah benam anak kecilnya ke dalam air !
      • Holiday Villa Beach & Resort , Cherating..
      • Qhaliff nak jadi usahawan ?
      • Aku terkedu sebentar ..
      • Menariknya Jalan Pantai ( Pantai Timur )
      • Nasihat buat teman …
      • Ragam hari terakhir di Kelantan !
      • 3 Permainan terbaru dari WeChat !
      • Bila aku putus cinta ..
      • Qhaliff di kafe siber !
      • Nafsu mengelodak di Kelantan !
      • Suami atau isteri , akauntan keluarga ?
      • Dah jadi hak dia !
      • Ais Krim Pulut dan Pulut Pauh !
      • Anak-anak teknologi terkini !
      • Cara ‘matikan’ ikan keli !
      • BEN ASHAARI di Salam Muslim ..
      • Qhaliff di Jerteh , Terengganu ..
      • Anak dera ayahnya !
      • SU Warung Nasi Kerabu , Kelantan
      • Pakej Coklat Fountain di majlis anda !
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes