Cara ‘matikan’ ikan keli !

by - Selasa, Januari 14, 2014

 

Er.. mati atau bunuh ? Hahaha .. tak tau la apa yang sesuai tak tujuannya adalah untuk disiang lalu masak.. Goreng  pon sodap haa.. hehee..

Kelmarin , aku ke pasar Pulai Chondong dengan keluarga aku. Di situ ada pakcik jual ikan hidup yg menarik perhatian aku. Aku yang dukung Qhaliff , terhenti seketika melihat belut yang cuba melarikan dirinya dari bekas baldi yang menempatkan geng geng dia .. hee..

Kemudian datang satu makcik ni.. Dia nak beli ikan keli. Aku suka ikan keli weh. Sedap wooo.. Cuma orang kata nak masak ikan keli ni leceh skit. Kalau tak pandai masak , bau hanyir .. hee.. Betul ke ?

Pakcik penjual ni , amik la sekor ikan keli ni .. Kemudian dia pegang bahagian kepala ikan tu dan terdengar bunyi ‘prakkk’… Erk , macam tu jer ?

Gambar contoh

Pastu dia letak dalam bekas. Ikan tu tak bergerak dah .. Waahhhhh … Baru aku tahu cam tu nak ‘matikan’ ikan keli.. Selama ni tak terfikir lak … Terfikir nak makan ikan keli masak apa je.. Hehehe..

Ada aku up status di FB … Ramai kawan kawan bagi tips atau cara nak matikan ikan keli ni .. Antaranya :

  • Tabur garam je. Terus mati..
  • biasanya saye boh ikan keli dlm plastik pastu boh garam kat ikan tu. Tutup plastik, tak sampai seminit, ikan pun mati, lendir ikan pun kurang... insyaallah...
  • Amek abu arang, lumurkan kt 1 bdn dia..tmsuk kt mata dia..nt dia jd lemah..
  • Ko tutup je hidung dia sampai xbernafas.. hehe..
  • tembak ikan tu cepat skt mati
  • Ketuk kt ekor je abe..katok ekor dio,meta jah mati laluh
  • Yup..hubby potong kapara terus!! Pastu br siang...
  • Kalu ikan keli aku ltak je dlm peti ais.da keras bru kerjakan.haha
  • lemaskan dalam air? hahah.
  • Akak pun masukkan dlm peti ais kat freezer..dah senyap baruu berani proses die...hehhe
  • Masa kecik2 dulu tgk mak letak abu n garam, pastu baru siang ikan keli tu...

 

Tapi kalau ikan tu besar gini ?? Haaaaa … Hahahaha ..

You May Also Like

10 comments

  1. baru tahu ni cara matikan dia.
    sbelum ni tahu makan jer.
    hehe..
    mmg sodap ikan keli nie ben.
    masak pulak berlada.
    pergh..
    terbaek.

    BalasPadam
  2. Kalau keli besar dlm gambar tu 1kg garam pun belum tentu mati Ben...heee...heee.

    BalasPadam
  3. kalau siang ikan ni, memang alamatnya nak makan payahlah.. :)

    BalasPadam
  4. saya suka makan ikan keli tapi mak saya tak suka masak sebab susah nak mati. ada sekali suruh tokey ikan tu bunuh, dia ketuk kepala sampai hancur pun masih hidup. dah siang buang isi perut pun masih bergerak dalam plastik.. tak tau r mcm mana nk matikan...

    BalasPadam
  5. Mama tak makan ikan keli. Justeru itu, memasak pun nehi nehi. Sesiapa teringin nak makan ikan keli masak apa pun, silalah ke kedai dengan jayanya... hehehe

    BalasPadam
  6. Assalam..

    feveret saya ikan keli ni..
    tp nk siang tk pandai..haha
    sll tgk mak buat..mak letak garam..
    baru hanyir dia hilang...

    ikan keli goreng garing..perghhh..sedapnya..

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan ikan keli. Haha :D

    # jawapan yang lemas dalam air tu macam sengal je.

    BalasPadam
  8. Tapi saye letak dalam plastik lepastu ketuk dekat dinding. Selepas ikan keli tu nak mati, saye letak dalam beti ais. Saye tersiksa dia pulak. Heheheheh.

    BalasPadam