3 Permainan terbaru dari WeChat !
Anda kaki main game di telefon pintar ? Hehehe .. Sesuaiiii gitu ! Apa lagi .. jom download 3 permainan terbaru dari WeChat yg sangat menarik dan menghiburkan ! Main bila bila masa saja , di waktu terluang dan stress ! Heee..
Sebelum tu , aku saja la nak bagitau korang.. Baru-baru ni , ada aku pergi satu majlis pelancaran WeChat 5.1 di The Garden , Kuala Lumpur.
Buat yang tak tau tu , pengguna WeChat sekarang ni dah lebih 100 juta pengguna berdaftar dan menjadi no 1 aplikasi mobile komunikasi sosial.
Ok , WeChat dah update dah version terbaru yakni 5.1 . Dah dikenali sebagai WeChat 5.1 . Apakah yang menariknya ? WeChat 5.1 ni dah boleh digunakan pada semua telefon pintar tak kira apa jua sistem operasinya ! Haaa… pada Android, BlackBerry, iOS, Symbian dan Windows Phone.
Selain itu , WeChat 5.1 juga lebih kemas dan tidak mudah ‘hang’ , sticker terbaru , group boleh dimuatkan hingga 100 orang rakan , StoryCam untuk korang bercerita dengan rakan rakan dan pastinya paling menarik adalah game yang lebih gempak dan tidak membosankan !
Antara game yang boleh korang download ialah .. Gunz Dash , 2Day’s Match dan Craz3 Match. Dan nanti akan datang ialah ‘Wreckless Racer’. Manakala yang sedia ada ialah Pencil Pilot.Hehehe..
Ok , camana nak install dan download ? Buat rakan rakan yang baru ada WeChat , boleh ke bahagian Discover , kat bawah tu ada Games. Klik masuk situ .. Dan .. Tadaaaa !! Sila download dan install mana yang berkenan atau download je semua .. Heheheh ..
Apa yang bestnya ? Heheheh .. Korang leh beradu sapa lagi pandai main game dengan rakan rakan yang ada di dalam senarai Wechat korang tu haa ..
Macam aku ni ..
Terus terang laaa kan .. semua game ni mudah je nak main tapi yang buat menariknya , bila korang tau kawan korang tu senantiasa nak tewaskan korang !
Aku dah try. Aku bukan kaki game tapi disebabkan aku dah jatuh ranking , aku rasaaaa.. aku nak kena lawan balik diorang !! Malu la weh …
Oh ya.. Tak reti main ? Jangan risau .. dalam tu ada tutorial ! Heheheh .. Sekejap je mahir .. Silap silap , Qhaliff nanti lagi teror dari aku … huhu …
3 comments
Belum ada smartphone lagi...
BalasPadamnice info :)
BalasPadamtak boleh anak2 tau ni.. kalau tak.. sampai bateri hp habis dikerjakan.. hehehe..
BalasPadam