SU Warung Nasi Kerabu , Kelantan

by - Isnin, Januari 13, 2014

 

Tiap kali aku balik Kelantan , confirm .. aku akan singgah makan sini walaupun ada banyak lagi kedai atau restoran nasi kerabu yang sedap sedap belaka..

Terletak di Ketereh , Kelantan .. Su Warung Nasi Kerabu ni pasti akan penuh tiap kali cuti sekolah menjelang dan juga cuti hujung minggu.. heee ..

Kenapa aku suka makan kat sini selain dari nasi kerabunya menepati selera aku ?

Photo: Nasi kerabu daging #kelabbloggerbenashaari

Layanan yang diberikan di sini amatlah mesra sekali. Aku tak tau la kot ada yang pernah makan kat sini , bercanggah pendapat tapi setiap kali aku gi sini .. aku berpuashati ! Kalau tak , aku takkan singgah dah sini dan buat entri ni , secara percuma ! Haaaaa !

Seperkara lagi , kebersihan restoran ni mmg tak dapat dinafikan. Nak makan pon terbuka selera. Takde la nak pening pening dengan kotornya.

Maka tak hairanlah , aku antara pengunjung setia restoran ni.. hehe ..

Hehehe.. Menanti giliran aku makan .. Wife ngan mak mertua makan dulu. Qhaliff makan kat rumah. Sapa suruh tidur ? Kalau tak , dapat dah milo ais.. Heee…

You May Also Like

6 comments

  1. Huhuhuh..rindu nak balik kelantan

    BalasPadam
  2. Tengok gambar tu rasa tak sabar nak balik Kelantan...

    BalasPadam
  3. aik nasi kerabu ker tp putih ja tgk
    bukan kaler biru ka

    BalasPadam
  4. comelll dak qhaliff tdo. sedapnya lauknya tu

    BalasPadam
  5. Waa.. bakar kat situ jugak eh.. bestnye panas2. Sedap Qhaliff tido atas badan daddy eh. :D

    BalasPadam
  6. Kawe po suko nasik kerabu sini.. Daging bakar, best!!

    BalasPadam