Bila aku putus cinta ..

by - Rabu, Januari 15, 2014

 

Ada seorang rakan di FB mintak aku up pasal ni di blog atau di FB.. Katanya dia putus tunang dan .. agak kecewa sekarang ni .. Dia mintak rakan rakan bagi semangat untuk kembali ceria seperti dulu.. Lebih kurang gitu la..

“ Sy terangkan sedikit gambaran nasib saya . Sy btunang 21 sep 2012 dgn duda anak 1.kematian isteri kanser serviks .

Sepanjang petunangan mmg susah nk jumpa.sy asal org mlk keja di batu pahat.bekas tunang tinggal di kulaijaya bersama ibunya. Anaknya dijaga oleh ibu mentua arwah isteri nya sejak lahir di pontian.

Bila waktu btunang. .bila tunang sy nk jumpa je di bt pahat ada je masalah..maknya asyik sakit..mula2 igt sakit betul tp pura2.so setiap kali dating ada maknya..

Bekas tunang bersetuju bila semasa nikah n sanding x nak bawa anaknya di pontian sebab anaknya nangis bila nampak tunang sy tu..so tunang decide nak amik anaknya lepas perkahwinan kami..sy setuju..tp bila time nak kawin maknya sekali lg buat hal..

Sy dijangka akan kawin 26 jan bersama ngan adik lelaki sy..so 4 pengantin.mak tunang sy call mak sy x setuju..n percaya kalau kawin pgantin 4 jodoh x panjang dia minta sy dinikahkan dulu.of coz parents sy x setuju..sy ni anak pertama yg nk kawin mestilah nak buat meriah..nak buat dua kali majlis payah sebab kami x ramai sedara..yg ada pun jauh di kelantan.

Bila misi mak tunang sy gagal..dia cuba lagi strategi lain..dia kata kalau tunang sy pilih sy dia buang tunang sy dr keluarga. Dgn alasan dia x yaki sy jadi ibu tiri anak tunang saya.

Kesilapan yg sy buat ialah sy telah betukar tempat keja dr batu pahat ke kulaijaya. Harapan sy senang dekat ngan suami n anak tiri sy bila kawin.

So sy berpendapat x payah la anak tiri tggal di pontian biar tinggal je ngan sy. Malangnya bekas tunang decide tinggalkan sy minggu lepas kerana dia kata dia syg mak dia..walaupun dia tlalu syg sy dia terpaksa sebab mak adalah segalanya

Kad da edar..baju pengantin da siao..hantaran da siap..semua da siap..dia mmg la x terasa sebab x de majlis dirumahnya..semuanya dirumah sy.

So sy ditinggalkan mcmtu je en ben. Da la sy keja dekat ngan umah dia di kulaijaya. Sy g jabatan pelajaran johor nk minta blk mlk ..depa mcm x mo tlg..kata susah la libatkan kpm la..sekarang ni emosi sy tganggu..x dpt bg tumpuan keja.hanya pada yg Esa tmpat mgadu..dgn sokongan keluarga tcinta.

Sy perlukan keluarga sy skrg..pasal tu sy request dr en beb write something about putus cinta..your thoughts n ideas inspired me.. Sy perlukan keluarga sy skrg..pasal tu sy request dr en ben write something about putus cinta..your thoughts n ideas inspired me..

Tq for your concerns. “.

 

Haaaa.. Apa pendapat korang  ? Bagi aku laa kan .. Rileks jer .. Buat macam takde apa apa .. Walaupun pahit , kehidupan perlu diteruskan. Gi kerja cam biasa. Orang bertanya , kita jawab je takde jodoh. Kalau dia tanya lebih lebih , jawab lagi .. kita mampu merancang jer. Kalau dia tanya lagi .. Suh dia tanya je Allah sbb kita sendiri nak tau gak tapi dah sampai situ je jodoh kita.. Haaa..

Dan masyarakat pon , tak yah la sibuk sangat hal orang. Bila dah tak cerita tu , tak yah sibuk .Kalau dah tau pun , diam diam dah la.. Tak yah sibuk nak bertanya.

Jangan lupa.. Kecewa camana pun , Allah tak pernah tinggalkan kita. Tak pernah lupakan kita. Tapi kita je kerap tinggalkan DIA dan lupakan DIA .. Balik semula pada DIA , inshaAllah..

Ramai lagi tidak bernasib baik dari kita .. Tapi mereka mampu je teruskan kehidupan. Malu kita pada mereka ..

You May Also Like

8 comments

  1. betul tu a.ben..buat sis, yakin dengan perancangan Allah..Dia nak beri yang lebih layak dan lebih baik sebab tu diuji sebegitu..engat janji Allah Dia bersama orang2 yang bersabar..bersyukur kerana Allah lebih sayangkan sis dan nak jaga sis ..

    BalasPadam
  2. Salam...

    Setuju dengan en. Ben, teruskan kehidupan seperti biasa...pedulikan kata orang coz sampai bila2 pun kita takkan dapat tutup mulut orang...

    Apa yang berlaku, semuanya ada hikmah. Percaya dan yakin bahawa Allah dah sediakan perancangan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah Allah dahsediakan jodoh yang lagi baik. Apa yang penting sekarang, tenangkan hati, redha dengan ketentuan Allah dan teruskan berdoa padaNya coz Dia sentiasa mendengar...

    Semoga adik diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup dan semoga ditemukan jodoh yang soleh insyaAllah.

    BalasPadam
  3. For me la kan sis.... bnykkn bersbr. Teruskn kehidupn. Tunjukkn pada lelaki tu sis kuat dan lebih dri mampu untuk bangun semula. Banyakkan berdoa k.

    BalasPadam
  4. speechless..dan saya tahu it's hard

    untuk saudari, banyak nak tulis tapi saya putuskan untuk berkongsi beberapa point:

    - baca ayat 200 surah al imran. jadikan amalan/zikir harian terutama ketika hati terganggu. baca dengan yakin.Allah ada. Allah dengar. Allah akan sembuhkan hati kita.

    - lupakan dia. kdg2 kita yg sayang sgt dengan kenangan dan tak nak lupakan. kuatkan hati. minta Allah tolong. Allah yg jaga hati kita. Minta pada Dia sesuatu yg membawa kebaikan untuk kita di akhirat sana..

    - kalau boleh buat aktiviti untuk diri sendiri cth buat kek ke, menjahit ke hehe bowling dgn kawan2 ke. kdg2 ia berjaya mengalihkan perhatian kita.

    - work out/jogging hehe it's works!! :)

    - last but not least, redha. alhamdulillah bekas tunang adalah seorang anak yang sayang dan taat pd ibunya. moga ada 'bahagian' untuk saudari. moga dengan asbab redha itu saudari akan dapat anak yg soleh kemudian nanti..Allah lebih tahu.

    yakin, ada sesuatu yg baik di hadapan sana.

    ok. saya tahu, easier said than done. tapi hidup perlu diteruskan, cuma kita manusia perlukan masa. err..lagi satu, buat sesuatu yg gembirakan mak abah ya.

    BalasPadam
  5. Salam.

    Besar dugaan buat adik ni. Benar, bila perkara macam ni. Ujian paling besar bila berdepan dengan masyarakat yang pasti akan memberi tekanan buat adik.

    Apa pun. Keep on moving. Tingkat kan tahap kebergantungan kepada Allah swt. Sedih. Tapi bersyukur lah kerana tak berkesempatan menjadi isteri ny. Kerana jika telah di ijab kabul, kesannya pasti lebih mendalam.

    Bertabahlah. Kami mendoakan kebahagiaan adik.

    BalasPadam
  6. Untuk saudari tuh
    cuba dptkan buku don't be sad..baca sampai habes..inshaallah dpt meredakan perasaan tuh..byk2kan bc quran & tafsir tuk mendptkan semangat kembali inshaallah..

    BalasPadam
  7. Buat sis tu...
    Allah lebih mengetahui jodoh ternaik buat anda...Mungkin bila jodoh anda ada bersamanya..lebih anda menderita..dan jika telah menikah..bila ditinggalkan lebih parah.. Positifkan diri...in sha Allah yang positif akan datang pada anda

    BalasPadam
  8. Saya pernah berada dalam situasi yang sama macam Sis tu. Pertunangan saya dibatalkan 5 hari sebelum tarikh nikah. Memang saya sedih. Sedih sampai 2 hari saya menangis. Seminggu saya bercuti bawa diri ke kampung. Saya biarkan mak ayah saya uruskan pembatalan kenduri dengan orang yang datang pada hari sepatutnya saya dinikahkan. Malu memang malu apatah lagi mak ayah saya.

    Tetapi mungkin saya ni cepat bangkit, seminggu selepas peristiwa tu & selepas menangis bersungguh saya tak sedih dah. Pulak tu nak dijadikan cerita saya ditukarkan ke tempat kerja lain jadi saya tidak ada masa untuk berlara berhiba hati.

    Hingga kini dah 5 tahun peristiwa tu berlalu & saya pun tak ingat sangat walaupun saya masih berterusan bujang hingga kini.

    Yakin je jodoh di tangan Allah. Kalau dah ditakdirkan bukan dia bukan jodoh kita, buat lah apa pun memang takkan terjadi. Peristiwa yg berlaku hanyalah asbab sahaja.

    Moga Sis tu diberi kekuatan untuk hadapai peristiwa ni.

    BalasPadam