Nasihat buat teman …

by - Khamis, Januari 16, 2014

Putus cinta .. huhuh… Macam macam kisah manusia ni bila melibatkan putus cinta atau juga orang kata .. ‘takde jodoh’ gitu haaa…

Bagi aku , setiap apa yang berlaku , ada hikmahnya. Antara kita perasan atau tidak jer ..

Satu lagi perkongsian dari rakan di FaceBook…

“ Assalamualaikum abg ben, ini ada pengalaman saya dari kes shbt yg putus tunang itu.. moga ada manfaat yg mungkin abg ben boleh kupas, untuk dihadiahkan buat sahabat tersebut... inshaa Allah

Apa yg mmpu saya katakan, sabar..Ingat Allah kerana segala yg Allah berikan ini ada hikmah, sbbnya.. saya pernah kehilangan seseorg yg bkl menjadi suami krn kembalinya kepada Yg Maha Pencipta.. Hanya Allah yg tahu betapa hibanya saya.. Sehingga pernah saya dikatakan kurg waras.. Benar saat itu, kita akn ckp org laen xkn faham apa yg kita rasa kerna saya lupa bhwa Dia Tempat Mengadu.. Dia sumber ketenangan..

Sejujurnya hati saya seolah mati saat itu.. saya lupa bhwa jodoh itu rahsia Allah.. Kerdil dan jahilnya saya kerana melupakan Yang Maha Agung... Saya lupa bahawa sabar yg sebenar2nya adalah saat awal ditimpa musibah, bukan saat kita telah bertenang..

Dan saat saya sdh boleh bertenang, ada seseorang dtg dlm hidup saya.. Betapa saya menidakkan kehadiran org lain dlm hidup saya kerana kononnya kasihnya saya pada dia yg telah pergi..

Lalu atas nasihat keluarga dan sahabat, saya hamparkan istikharah kepada Yg Maha Esa.

Benar, andai padaNya kita berpaut, kita akan merasa hati yg sgt tenang.. Betapa hebatnya Yang Maha Kuasa, bayangkan semalam, saya tidak terasa secubit kasih buat seseorg yg baru hadir itu, namun setelah mengadu padaNya, Alhamdulillah inilah ketentuan Allah untuk saya...

Alhamdulillah saya berkenalan, bertunang dan berkahwin dalam tahun 2013 dengan org yg saya hanya kenal sebentar cuma namun saya yakin bahawa apa yang Allah sediakan untuk saya ini besar hikmahnya..

Dan nasihat saya untuk shbt itu, yakin dan redha pada Allah

Dia Maha Tahu ttg apa yg bakal terjadi

Saat manusia seluruhnya tidak bersikap adil tapi ingat Allah Maha Adil..

Bersabarlah dan hamparkan sujud padaNya kerana Dia sumber ketenangan...

Maaflah panjang sgt.. ini saja yg boleh saya hadiahkan utk shbt itu... saya doakan Allah sediakan jodoh terbaek, lelaki yg terbaek untuknya..

Assalamualaikum WBT “.

Kalau korang nak berkongsi cerita , pengalaman hidup .. nak meluahkan rasa .. boleh je pm aku atau emailkan saja di benashaari@yahoo.com . InshaAllah , aku akan update di dalam blog dan juga FB ..

You May Also Like

3 comments

  1. Tq..with time..I gained strength n confidence n began 2 gradually lift my head up n look people in the face again.

    BalasPadam
  2. Tq ..with time I gained strength and confidence n began to gradually lift my head up and look people in the face again

    BalasPadam