Kenapa perlu bayar pada blogger ?

by - Selasa, Januari 21, 2014

 

“ Dah kasi makan .. Dah kasi tempat tidur .. Ok la tu ? Takkan nak kena bayar lagi ? ".

Amboiii … Abis tu , orang gaji Indonesia tu ? Tak payah bayar gaji gak ke ??  Nak ke majlis tu , guna air sirap majlis ke ? Ke naik kereta Flinstone je ? Sampai kat tol , kereta mengecil ke ? Kira nak win win la eh ?

Blogger ni tak semuanya penulis profesional yang ada kelayakan dari mana mana universiti . Tapi kebanyakkan blogger adalah menulis dari hati tanpa ada sapa sapa paksa !  Ada yang positif dan ada yang sebaliknya ! Itu yang menariknya dunia blogger ni. Takde laaa semua nampak cunnnnn belaka .. Nampak satu halaaa je arah haluannya..

Ok .. ada yang tanya , kenapa perlu bayar ? Aku pernah pergi satu event anjuran satu kementerian. Di sana ada media jemputan dan juga blogger .. Ini bukan pertama kali la aku gi event event kementerian sbb aku pun pernah bekerja dengan Kementerian Pelancongan. Jadi , tau laa apa ceritanya..

Blogger yang pergi , confirm cari bahan untuk blog mereka. Tapi apakah yang akan mereka tulis ? Mengenai event tu ? Eh , tu wartawan dah cover .. Jadi blogger utk apa ? Takkan nak tulis menda sama je ?

Maka .. blogger lepak , amik gambar makanan .. bergambar sana sini.. Cuci mata .. Settle ! Yelah , dah tak bayar .. Nak buat kerja camana lagi ? Kata nak win… Dah datang , amik gambar dan post di FB .. Ok la kan ? Pastu cerita skit kat blog .. Settle !

Kalau bayar , blogger akan tanya pada pihak penganjur.. Apa yang mereka nak ? Apa yang perlu dihighlightkan dalam penulisan dan juga dalam media sosial ? Apa yang perlu ditekankan ?

Akhirnya , blogger nak makan pon tak sempat sbb nak kena cari bahan utk penulisan mereka .. Sebab dah ditugaskan dan dibayar utk melakukannya ! Takat bagi makan dan penginapan , apakah itu memadai dengan usaha selama ini untuk menaikkan nama dan juga blog mereka ? Apatah lagi sampai kena amik cuti , tinggal anak bini .. utk gi makan dan bersuka suka ? Huk aloh ….

Keluar duit skit , utk keuntungan jangka panjang .. Pon tak leh ? Kalau takde duit , terus terang jer.. Bagitak tak mampu nak bayar .. InshaAllah, ada blogger faham dan ikhlas tolong membantu.. Bukan semua blogger berkira tapi kena la jugak tahu , blogger pon kena bayar duit minyak , duit kereta … duit lrt ! Bukan win win namanya kalau sekadar kasi makan dan bergambar dengan artis !

You May Also Like

15 comments

  1. haruslah bayar takkan semua benda nak free ajer... memang sedih dan menakutkan bila ada yang nak bunuh blogger market...

    BalasPadam
  2. tu yang job besar2.. event2 besar.. ni yg job kecik lima nam ploh hengget pun ada yang minta free jugak... baru caj 50 hengget dah kata mahal utk promot produk depa kat blog... lepas tu up entri minta simpati sapa2 blh tolong review produk depa dengan percuma... depa ingat setakat tulis nama produk pacak 1 gambaq siap la review tu gamaknya nak free.. nak buat tajuk yg boleh tarik pembaca untuk clik pun amik masa jugak kena fikir apatah lagi nak buat ayat untuk menarik minat orang membeli.. even idea tak bermodal tapi kerahan tenaga jugak tu yg harus di bayar. kencing setitik pun kena bayar toilet 30 sen.. inikan pulak nak karang 1 entri

    BalasPadam
  3. btul tu... mana ada benda free skrg ni... wpun entry review nmpak simple tp kesan die sehingga mana entry tu wujud... hasil die org tu merasa bkn sekali tp sepanjang ade internet ni...

    BalasPadam
  4. Dalam dunia sekarang ni yg free cuma oksigen dari Allah. Yang lain-lain, semua kena bayar. Kalau nak berjaya/laris etc, kena la keluar modal. Kata berniaga. Mana teknik pemasaran kan? Mana ada syarikat yg kos di bahagian pemasaran tu kosong! Nak untung, keluarkan modal sikit. Macam gaji la. Nak berkat, sedekah la sikit :)

    BalasPadam
  5. syarikat.. hmm.. diorang pikir blogger ni ape ? huhuhu.. nak untung, kasi labur la skit... pengaruh blogger pun leh tahan kuat gak weh..

    Contest SEO Car Stickers Malaysia

    BalasPadam
  6. Kalau nak kesan yang terbaik..mesti buat baik..memberi kepada yang berhak..sama sama mencari rezeki di muka bumi Allah..

    BalasPadam
  7. aah kan..duit minyak lagi..klo guna pengangkutan awam..nak byr bas, lrt..semuanya ada ongkos..
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    BalasPadam
  8. Nak free je mana boleh

    BalasPadam
  9. both parties ada benefit,should win win situation..tolong sesama sendiri

    BalasPadam