Sikap ibu bapa punca tambang naik !

by - Rabu, Januari 22, 2014

 

Perghhhhhh … Perghhhhh … Perghhhhhhhhh .. Rakyat jugak dipersalahkan !! Hahahah.. Bukan harga dunia atau sbb cuaca ke ? Aiyokkk..

Photo: Satu lg statement bodoh !!

Kadar tambang bas naik , sbb apa ? Apakah pengusaha naikkan sesuka hati ? Kalau diorang naikkan , sapa rugi ? Confirm mak pak tak nak antar lagi atau amik jer bas sekolah haram atau van sapu ! Eh , ada ke ? Heheehe… Gi la periksa sendiri. Jangan pulak nak tuduh aku buat fitnah sesuka hati..

Ni gara gara sbb nak boikot bas sekolah yang naikkan tambang pastu terpaksa pilih yang lebih murah dan pastinya ramai akan pilih bas sekolah yang murah tapi dah penuh penumpangnya atau bas sekolah takde permit ! Insuran ? Hurmm..

Apa pilihan lagi ? Takkan hari hari nak gi antar ambil ? Kalau tempat keje dekat , boleh la.. Tapi itu pastinya akan menjejaskan reputasi dia di tempat kerja ..

Ok.. kembali fikir kenapa kadar tambang bas sekolah naik ? Seperti ramai yang tau .. keluarga aku pengusaha bas sekolah. Setiap minggu atau dua minggu sekali confirm kena gi bengkel .. Maklumlah , bas bukan baru… Nak amik bas baru , perghhhhh .. bukan mudah dan nak kena bayar ansuran hutang bulanan yang bukan main ratus ratus tapi … hurmm .. Nak cover camana ?

Bila dah buat maintenance gitu , harga barang dan servis dah mahal ! Sapa nak tanggung ? Aiyo… Nak gi repair tu lagi.. guna minyak.. sapa nak tanggung ?

Jadi , nak salahkan sapa ? Redha je laaa .. Sapa suruh naikkan itu ini .. Bila itu ini naik , confirm la macam macam naik .. Takkan tu pon tak leh nak pikir ? Pastu nak salahkan mak pak lak .. Suruh boikot ? Hehehee… Aparaaaa … ‘Hang’ cakap mudah laa.. Pakai driver yang belum tentu ‘hang’ bayaq !!

You May Also Like

8 comments

  1. dah muak sgt baca statement tak cerdik dari org2 yg kononnye dianggap cerdik... huh!!

    BalasPadam
  2. sikit2 nak salahkan pengguna.. sheesh. tahun ni tambang bas anak naik ke RM40. tahun lepas RM35, sblm tu RM30. Maybe 2 tahun lagi bakal cecah RM50 kot. Btl tu, kalau ofis, rumah dekat dengan sekolah mmg tak naik basnye. suruh anak jalan kaki or kayuh basikal.

    BalasPadam
  3. cuba dia turun hage minyak .. kompom semua benda akan turun ..
    ;) sendiri mau ingat lah yek ..

    BalasPadam
  4. rakyat gak yg kena... hadoi laaa... pusing p mai p mai mmg kena blk kat rakyat...

    BalasPadam
  5. Jangan salahkan ibubapa kerana kami semua bukan punca sebenar tambang bas naik. Tan Sri cakap memang senang sebab Tan Sri tak lalui macam kami lalui ketika ini. Walaupun mungkin kenaikan tak banyak mana tapi cuba fikirkan mereka yang mempunyai anak bersekolah lebih dari dua orang.. sedangkan sorang pun terasa perit, ini pulak anak ramai.

    Bila minyak naik, apa saja yang bersangkut-paut dengannya pasti akan naik.. cepat atau lambat je..

    BalasPadam
  6. sedap sedap mulut dan jari jer nak tunding pada parents ye tak???

    BalasPadam
  7. Ya Allah..kenapa la suka main salah menyalah ni.. pernah dengar lagu Bangau oh Bangau tak? ni lah dia... last-last nti.. ada jugak yang mengaku salah..tapi entha sapa lah.. haha.. tapi kalau keep playing blaming game ni memang tak ke mana... dan lagi satu.. kalau jadi menteri, tapi kononnya cakap

    "saya memang amik perhatian dengan masalah kenaikan harga..bagai2"

    Tapi, takde nak buat apa dengan kenaikan tu.. dan terus menerus menyalahkan rakyat.. baiklah turun dan bagi orang lain yang boleh membela nasib rakyat. please.. jangan jadi bodoh...

    BalasPadam
  8. apa2 jelah deme ni.. bio lea betui ke deme je yea.. fuhh

    BalasPadam