Takut binikah aku ?
Sekeping gambar aku sedang menyidai baju menjadi viral kembali. Ramai rakan rakan di Facebook tag aku dan meluahkan rasa tak puashatinya dengan caption yang ditulis di situ..
Aku ok jer.. admin berniat nak bergurau jer. Takde masalah pon. Hal kecik. Cuma bila baca komen komen kat situ , aku rasa macam.. hurm… Ada yang patut tau tanggungjawab sebenar suami di sisi isterinya !
Aku jadi suri rumah sepenuh masa ! Lelaki di rumah jaga anak dan besarkan anak ! Tetapi aku juga ada pendapatan yang mana masih menampung perbelanjaan harian dan bulanan ! Bukanlah aku duduk dirumah dan jaga anak semata mata dan harapkan duit belanja dari isteri !
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga tetap ada !
Terus terang.. seronok melihat anak membesar ni ! Inilah masa yang akan dikenang selagi hayat dikandung badan ! Melihat si abang bermanja , bergurau dan bergaduh dengan adiknya yang semakin nakal membuatkan hati terhibur dan sesekali jadi tarzan.. Huhuh.
Kenangan sebegini , takkan mampu dibeli dengan wang ringgit ! Kena laluinya setiap saat , minit dan jam ! Baru tau keindahan dan susah senang membesarkan anak disamping ‘menjaga’ rumah !
Takut binikah aku ? Hehehe.. Bukan takut.. Sayangkan perhubungan ni. Tak perlu ego. Tak perlu letak level yang tinggi untuk memastikan si isteri hormat si suami.. mulakan perhubungan dengan keikhlasan dan persefahaman..
Perlukah bini takut si suami ? Tak perlu sama sekali.. Yang perlu ada ialah hormat menghormati !
Tak perlu sentap dalam dunia maya ni. Tenang dan cool jer !
12 comments
Hehe respek ah suami yg sanggup tlg isteri bt kje umah
BalasPadammereka kurang faham sebenarnya..hehehe.
BalasPadamsaya selalu je basuh baju lepas tu sidai, mandikan anak, tukar pampers bagai..kalau nak ikutkan, lagi banyak kerja yang isteri tu buat.
Kita suami cuma kurangkan sedikit sahaja kerja mereka. :)
x la
BalasPadamsetuju......
BalasPadamKomunikasi dua hala antara suamIsteri itu yang penting.
BalasPadam@Haffizul Iskandar lecturer pendidikan islam saya pernah cerita, sebenarnya dalam mazhab shafie ni, tugas sebenar lagi wajib kaum lelaki ialah melakukan kerja2 di rumah.
BalasPadambiasa la tgk org laki sidai baju skit ckp dh tkutkan bini..
BalasPadamapa la..
haha..mulut org ni memg macam tuu..
BalasPadamsuka je tengok suami2 ringan tulang..niat disertakan dengan perbuatan..
kadang org kat luar tu cakap je lebih..realitinya..huhu
Saya pun sidai baju ngan isteri saya. Kita bukan takut kita syg bini kita.
BalasPadambukan senang nak tgok suami buat keja rumah tau..masa i ada suami dulu x pernah pun dia sentuh satu apa benda...wife zaman patut beruntung at least suami anda ringan tulang tolong buat kerja...
BalasPadamBetul tu abg Ben. Kena ada saling hormat menghormati. insyallah aman bahagia. Mulut orang susah nak tutup.
BalasPadamBetul bro Ben.Kita bukan takut bini.Tapi kita sbg suami memang kena bantu kerja rumah isteri. Tidak kiralah suami macam saya bekerja makan gai atau bekerja sendiri. Saya ada juga menulis hal ini dalam blog saya.Kalau sudi , bolehlah bro Ben baca. :)
BalasPadam