Ke di Osaka , Japan bersama AIR ASIA X
Ini penerbangan pertama aku bersama Air Asia X. Terus terang aku bagiitau korang , dulu aku memang tak berminat nak terbang jauh bersama Air Asia X. Pernah terbang sekali dulu tetapi tu bukan penerbangan komersial. Dari Toulouse , Perancis ke KLIA 2. Tu penerbangan lain.. Hehehe.. Kenangan indah tu..
Ok.. Aku nekad nak mencuba sesuatu yang baru. Ramai dah melakukannya dan ok je ?? Kalau diorang boleh , takkan aku tak boleh lak kan ? Haaaa.. Ni masanya aku nak merasai pengalaman baru.
Penerbangan ke Osaka , mengambil masa 6 jam 25 minit. Satu jangka masa yang agak lama. Sebelum tu , korang kena tau yang Air Asia ni adalah penerbangan tambang murah. Jadi , jangan la mengharap seperti naik kapal terbang yang dibayar mahal harga tiketnya. Kena la dibuat dengan nilai berpatutan.. kan ? Hehehe.. aku dulu pikir gitu gak… dah rasa sekali , baru tau camana..
Penerbangan ke Osaka-Kansai , Jepun melalui AIR ASIA X ada hampir setiap hari . Sila periksa jadual di SINI untuk bulan Oktober 2015.
Ok..Untuk penerbangan aku hari tu ke Osaka hari tu , flight hari Isnin , jam 3 petang tetapi aku dah berada di KLIA2 , jam 11 pagi lagi ! Kenapa awal ? Fuhh.. Nak check ngan imigresen , kastam lagi.. pastu nak bergerak ke balai berlepas lagi.. sebaiknya biar awal ! Jangan sesekali minit terakhir !! Amat merbahayakan untuk kesihatan terutama jantung anda ! Kalau dah tau ada penerbangan hari tu, sebaiknya bersedia lebih awal. Macam aku sendiri ari tu , walaupun dah sampai awal tetapi tetap juga kelam kabut.. Haa.. Maklumlah , baru lagi. Nasib baik ada yang berpengalaman berurusan dengan Air Asia , maka senang la skit ..
Tepat jam 3 petang , AirBus A330 – 300 D7 534 berlepas ke Osaka , Jepun. Dan aku melalui saat saat cemas seketika.. Hehehe.. Kapal terbang terpaksa mengharungi jerubu ! Bergegar gegar dibuatnya, Dan aku memang respek juruterbang muda Air Asia .. memang diorang cool ! Segalanya kembali tenang selepas 10 minit dan aku dihidangkan makanan .. huhu ..
Sedap ! Walaupun tak banyak tapi bagi aku , memadai untuk alas perut hingga sampai ke Osaka. Kang banyak banyak pulak , sakit perut ! Haaa.. Lagi nayaaa…
Aku nasihatkan , sediakan beberapa movie dalam telefon pintar atau nak lagi gempak , guna tab ! Hahahaha.. pastinya penerbangan berjam lamanya tidak terasa langsung ! Atau malas nak layan movie , layan je lagu mp3.. Macam aku hari tu.. aku layan mp3 Al-Quran sebab tetiba jadi panik gara gara gegaran tu walhal sebelum ni ok jer.. Aku rasa sebab aku duduk bahagian tengah.. Biasanya aku akan duduk sebelah tingkap.. Belah tingkap , nampak dunia sikit.. tak la rasa cuak..
Penerbangan lancar hingga kapal mendarat di Kansai International Airport , jam 1030 malam ..waktu Jepun. Untuk pengetahuan , Jepun berada sejam lebih awal berbanding Malaysia. Bermakna , di Malaysia baru jam 930 malam.
Selama 4 hari 3 malam berada di Osaka. Satu pengalaman yang baru buat aku dan rakan rakan lain. Antara tempat tempat menarik yang berjaya aku lawati dalam masa sesingkat itu ialah Universal Studio Japan , Umeda Sky Building , Osaka Museum of Housing and Living , Osaka Castle , Tutenkaku Tower dan Tombori River. Jadual memang padat hingga tak sempat nak membeli belah barangan cenderahati untuk kawan kawan di Malaysia. Tapi kena paham la.. ni bukan gi jenjalan makan angin ! Huhuhuh.. Kerja woooo ! Kerja !
Tiba masa untuk pulang selepas menimba pengalaman singkat di negara orang namun membawa pulang sejuta kenangan serta pengajaran dalam diri yang berguna buat rakan rakan serta diri sendiri !
Check out jam 730 pagi selepas breakfast di Hotel Sheraton Kobe , bas dijadualkan tiba jam 745 dan kami terlepas bas tersebut ! 30 saat terlewat ! Bas memang ikut jadual ! Dan terpaksa tunggu bas lain yang tiba jam 815 pagi ! Haaa.. amik kau ! Sapa suh tak ikut jadual !
Dari hotel ke airport , masa yang diambil dalam 40 minit. Sempat tidur ! Heheheh.. Sampai je , terus segerakan urusan dokumentasi. Hurmm..
Alhamdulillah.. satu penerbangan yang cukup lancar. Membelah langit biru .. awan memutih ! Lama tak nampak langit biru dan awan semasa di Kuala Lumpur.. Jerubu kan ? Hehehehe…
Sambil tengok langit , sambil makan nasi dagang ! Menu baru dalam kapal terbang Air Asia. Cuba la nanti .. heee..
Jam 4.40 petang , kami semua selamat mendarat di KLIA2. Juruterbang dan pembantunya telah melakukan kerja dengan cukup baik sekali ! Terbaik !!
Amik luggage aku dan terus ke ERL Transit. Mudah sangat dari KLIA2 ni.. Dulu ingat payah benar.. hehehe… Dan jam 6 petang , aku tiba di Putrajaya.. Wife jemput aku di situ dan terus ke Cheras. Masa untuk jumpa anak anak pulak !
Nanti aku cerita lebih lanjut mengenai tempat tempat yang aku pergi tu.. Kalau nak cerita dalam satu entri ni terus , panjanggggg laaa wooo ! Jadi macam novel lak nanti.. Heeheh..
Dan nekad untuk kembali lagi ke Osaka bersama keluarga tercinta.
Alhamdulillah..satu ‘percutian sambil bekerja ‘ yang menyeronokkan ! Terima kasih AIR ASIA X dan UNIVERSAL STUDIO JAPAN !
17 comments
Nak g jepun gak... T_T
BalasPadamAlhamdulillah..selamat pergi dan kembali.input yang diperolehi dikongsi..moga bermanfaat juga buat rakan rakan..
BalasPadamSubahanallah seketika bagaikan terikut Ben di awan nan biru ..damai ja..nampak birunya awan..
BalasPadamBestnya bercuti sambil bekerja. Tak sabar nak baca entri seterusnya. :)
BalasPadamikut japanes style, masa kena tepati.. dah kenal sejak dulu lagi. Nak juga gi jepun nt sponsor.
BalasPadamNak g jepun juga.. klu sapa tahu, dlm tgh bulan 12, jepun musim apa ya...
BalasPadamlengkap...macam sama2 gi travel.....ehehehe
BalasPadamShare info abg ben..sonok baca..mcm joint skali trip abg ben ni.. :D
BalasPadamSejak nasi dagang diperkenalkan aku x naik lg air asia. Bila air asia nak jemput lg ni...
BalasPadamalahai...bestnya bekerja sambil berjalan-jalan, seronok betul kan? tak stress!
BalasPadamBeli pengalaman, pasti tak mengecewakan, pulangan lumayan sehingga ke akhir hayat. Good job ben!
BalasPadamsiyesly jeles..Jepun antara wishlist SA...entah bila termakbul x tau la...hehehe....
BalasPadamSaya paling tak suka waktu kapal terbang berlepas dengan mendarat. Menyeramkan! Huhuhu.
BalasPadam@Hafiz Rahim Nak g jepun gak... T_T
BalasPadamnengok nasi dagang yg tak tahan tu...walaubagaimanapun bagus juga ada airasia sbb tambang murah?
BalasPadamTak sabar nak baca sambungan nya nih
BalasPadamgi mana2 mesti terasa nak bawak family kan ben?
BalasPadam