Bila VAPE tidak haram !

by - Jumaat, Oktober 30, 2015

 

Aku mampu geleng kepala jer..

image

Sambil memikirkan apa yang hendak aku jawab jika satu hari nanti akan ada anak kecil mula persoalkan kenapa mereka tak boleh hisap vape sedangkan ianya tidak merbahaya!

Dengan masalah pergaulan di sekolah.. dengan kesibukan ibu bapa mencari duit untuk membayar cukai cukai di negara ini.. Apalah nasib anak cucu kita nanti ?

Kalau benar vape untuk hilangkan ketagihan terhadap rokok , kenapa mereka yang tidak merokok pon hisap vape ? Kenapa siap perlu ada komuniti atau kelab ?

Samada rokok atau vape, aku tak suka baunya. Walaupun vape dikatakan wap air je, tp ianya tetap keluar dr paru paru dan mulut serta hidung seseorg. Wajarkah ianya 'diberi' pada org lain?

Kalaulah vaper lebih berdisiplin yakni menghisap di tempat yg tertutup dan dikhaskan , aku yg tak hisap rokok serta vape ni, tak kisah pasal isu vape ni..

Soal halal haram di sudut undang undang kerajaan.. Bg aku ianya patut dikenakan cukai. Adil bg semua org. Kalau vape tak dikenakan cukai, aku nak gym serta suppliment kesihatan tak dikenakan cukai juga. Begitu juga dengan pakaian harian, serta makanan. Dikecualikan dr cukai. Oh ya.. Internet pon dikecualikan dr cukai. Semua ni memberikan kebaikan pada aku dan rakyat yang lain.

Wajah anak anak mula terbayang .. Hurm… Apa aku nak buat jika mereka yang aku kenali hisap vape walhal mereka tidak merokok sama sekali ! 

You May Also Like

14 comments

  1. vape mahal..Bil elektrik pun mesti mahal..sebab kena cas..La ni..tengok perempuan bertudung pun selamber je hisap vape..memang la tgk kat timur sana..perempuan hisap vape gak..tapi kalau ikut budaya kemelayuan kita..tak manisla..

    BalasPadam
  2. Sedih, marah dan risau.
    Anak-anak Mrs. A excited dan penuh minat sangat dengan vape ini, sebabnya bapak-bapak sedara depa kaki vape. Dah pernah sound kat bapak-bapak sedara tu kalau nak menvape jangan depan bebudak nih! tapi tak tapi tak jalan jugak siap boleh cerita lagi dengan anak-anak sedara tu. Bapak-bapak sedara nih! tula pasal nak marah lebih-lebih pun susah dah tua la katakan ana-anak masing-masing pun ada. Memang tak boleh jadi contoh.

    BalasPadam
  3. Haram atau tak, saya tetap tak sokong penggunaan vape ni! Benda bukan murah, ada perkongsian dari kawan kepada...si suami sampai sanggup jual barang kemas nak beli vape berserta dengan alat2 lain.

    BalasPadam
  4. Xleh nk kata ape org yg ktgih rokok atau vape..

    Hrap2 timbul ksdaran utk berhenti..

    BalasPadam
  5. Ralat sangat..tersangat..sedihnya..Allahu..tak terluah.

    BalasPadam
  6. Vape mahal tp x bahaya macam merokok...x tau la nak cakap macam mana..tp biasanya sesapa yang nak berhenti merokok slowly akan consume vape dulu..then lama-lama diorang berhenti merokok..itu yang SA nampak la di sekeliling SA...

    BalasPadam
  7. Satu lagi cabaran dunia akhir zaman.. vape. Dah banyak sangat dugaan (fitnah dajjal) akhir zaman yang tak tertanggung.. Datang lagi satu cabaran baru..vape. Rokok bertahun baru diketahui bahaya dia.. Vape, mungkin zaman anak kita dah besar baru tahu kesan sampingan dia. Mungkin asapnya tak sama dengan asap rokok.. dikatakan wap air.. tapi tidak mustahil akan ada chemical lain di dalam wap air vape itu selain nikotin.. Chemical yang masih belum diisytiharkan bahaya seperti chemical dalam kosmetik, ubat-ubatan dan makanan, yang sekarang baru diketahui kesannya terhadap kesihatan, punca kanser, strok dan sebagainya. Kenapa perlu dihisap vape? Kononnya untuk perokok berhenti merokok... tapi kesan nikotin tetap ade..berkurang? itu tidak pasti.. yang pasti kesan vape tak sama seperti sticker nikotin dan chewing gum nikotin.. Ada persoalkan kenapa vape diharamkan sedangkan rokok tidak.. Sebenarnya rokok dah lama diHARAMkan tapi masyarakat yang buat pekak badak.. Kerajaan kekalkan penjualan atas dasar dapat hasil cukai dan faktor-faktor lain. Bergantung atas diri kita sendiri untuk tidak membelinya... Dari isu vape, aku mengerti, keadaan sosial masyarakat Malaysia... Senang digoda dan disuap dengan benda lagha.. Risau akan keadaan anak-anak nanti.. Semoga teguh iman untuk keluargaku dari godaan dunia yang sia-sia ini.

    BalasPadam
  8. huuu menangis tgk cmni, vape tu dah la serabut je bnyk2 asap. kn lg baik brhenti sbg alternatif. blek pd diri sndiri smula nk selesaikn cmna ketagihan tu.

    BalasPadam
  9. Inilah kehidupan yg penuh cabaran. Vape ni alat elektronik alat ganti hisap rokok tu kan Bro Ben!. Alhamdulillah terlerai beku di dada..moga ada pihak berkuasa yang membaca dan beri kelonggaran hal cukai...

    BalasPadam
  10. Hanya yg berkeluarga dan punya anak2 kecil je yg faham permasalahan berkaitan isu merokok atau vape ni. Kita tak kisahkan para pengguna tegar tu semua tak hiraukan kesihatan jangka pendek atau jangka panjang diorg, lantaklah merekalah! Cuma isu pentingnya disini, diorg AKAN PERNAH FAHAM buluh yg dilentur akan bermula dari rebung. Jadi yg bermasalah disini, para ibubapa yg punya anak2 membesar, yg mana mereka punya rasa ingin tahu, ingin cuba... Dan bila semakin ramai yg terjebak, mula katakan ibubapa tak pandai memainkan peranan mendidik anak pula!

    Pd pendapat saya, sememangnya WAJAR diharamkan penggunaannya di tempat awam!

    BalasPadam
  11. Macam mana la tiba2 pulak boleh jadi halalkan... nasib baik dalam family xde yang suka asap..

    BalasPadam
  12. Semuanya kerana duit. Kasihan kat anak bangsa kita.

    BalasPadam