Dan episod ZAHRA bermula…

by - Jumaat, September 09, 2016

 

Zahra nak susu , bang. Dia tengok baby hisap susu , dia pon nak ! “.

Aku tergamam ! Ah, sudahhh..

Abis berguling guling dia atas lantai tadi.. teriak ! Nak susu.. “.

Dari malam tadi , dia nak susu.. Aku pulak terlupa nak bawak sekali susu tepung diorang dari rumah mak aku. Sebabnya aku plan nak balik malam tu tapi diorang tak nak.. Diorang nak tidur kat hospital ! Huhuhu..

Dan Zahra tertidur tanpa susu , malam semalam. Pagi ni , tu yang dia carik jugak ! Aku mula berpeluh.. kat ketiak ! Acaner ni ?? Huhuhuh..

Kebetulan , wife pulak sedang menyusu baby… dia nampak dan terliur ! Nak jugak…

image

image

Ok, ok.. Jom kita gi amik susu botol… “. Pujuk aku selepas dia beria meraung dalam wad tu.. Hahahaha.. Ketika ni , sedang selesaikan urusan discharge.

Aku tau camana nak pujuk dia. Bukan susah pon. Zahra ni kaki makan.. Bawak je masuk ke dalam kedai runcit kat tingkat 1 Prince Court Medical Centre ni… selesai punya !

Dan memang selesai.. Dia terlupa sehinggalah dah nak sampai umah aku di Sepang. Nasib aku singgah rumah mak aku dan amik semua barang barang keperluan yang aku tingalkan di sana tempoh hari.. Hehehe.. Adik ipar aku yang berada dalam kereta , uruskan susu botol dia. Terus senyap dan .. tertidur ! Heeee…

Nasib baik mudah nak putus susu ngan Zahra ni. Dulu ngan Qhaliff , adehh.. Nak masuk 4 tahun baru dapat putus susu..

You May Also Like

7 comments

  1. Mari kita lihat episod kedua drama Zahra... Hahahahaaa... Alololooo sian Zahra ye,nak susu...

    BalasPadam
  2. Anak sakan meraung, bapaknya boleh senyum ambik gambaq hahaha. Beginilah nasib anak blogger hahaha

    BalasPadam
  3. Anak lelaki mmg lama menyusu..pandai dah zahra beradik..

    BalasPadam
  4. xpe2.. kejap je tu... nnt lelama zahra pn ok je dgn kehadiran adiknye (^_^)

    BalasPadam