Ramai ibu bapa risau akan masa depan anak anak mereka !

by - Sabtu, Februari 10, 2024

Fuh...agaknya beginilah kot perasan mak ayah aku ketika Penilaian Darjah 5 ditukar ke UPSR satu ketika dulu dah batch aku ( tahun 76 ) , adalah yang pertama akan menduduki UPSR. Lega sebenarnya bagi geng geng aku sebab tak perlu risau gagal masa Darjah 5 tu... hee.. kalau gagal , kena ulang laaa duduk kat Darjah 5 tu. Bayangkan dah bermisai tapi masih di darjah 5 dan kawan kawan lain , dah ke darjah 6 mahupun Tingkatan 1 ! Haahaha... 

Sejujurnya aku masa tu pun dok keliru dengan format UPSR ! Mak ayah aku memang tak tau apa pun sebab infomasi masa tu tak beberapa menyeluruh. Kena rajin baca suratkhabar atau dengar berita. Tu pun kalau signal tv cantik. Heheee..  Nak harap aku terangkan , memang tidak la. Mana ada internet zaman tu macam sekarang ! 

Nah.. sekarang UPSR pun dah takda. Diganti dengan format baru yang aku sendiri pun masih terbiol biol nak fahamkan . Entahlaah. Taraf pendidikan di negara kita carca marba ! Maaf cakap la. Bukan salah guru tapi.. korang pun paham la kan. Cikgu dah buat kerja mereka. Tapi.. hurm..tu la ! 

Di media sosial... macam macam cerita keluar. Nak komen , takut mengeruhkan lagi keadaan. Eceh.. Hahahaa.. Maka aku diam diam sudah la. Yang perlu aku lakukan ialah tingkatkan ilmu anak anak aku. Aku tak mengharapkan mereka cemerlang menang anugerah di sekolah sebab aku tak nampak camana mereka di kelas. Macam Qhaliff , ada cikgu kata dia senyap je di dalam kelas. Tapi untuk subjek lain , dia aktif lak. Camana tu ? Hahaha.. 





Apa yang aku mampu buat , aku buat seperti masukkan ke dalam kelas online dan bersemuka. Aku tahu kemampuan dia. Cuma dia mudah hilang fokus jer. Aku kena duduk dengan ngan dia dan rajin bertanya.. barulah dia seronok belajar. Cikgu cikgu pula memang rajin bertanya soalan. Belajar dan buat latihan ! 

Target aku tahun ni, dua dua ni kena rajin turun kelas bersemuka bersama Fly High Education Centre di Shah Alam. Memang jauh sedikit dari Sepang tapi berbaloi kerana cikgu cikgu yang datang , bukan calang calang. Sejam dua duduk bersama , murid akan cepat faham punya. 

Tapi masalah sekarang ialah.. mak ayah kena faham dulu konsep pendidikan sekarang. Terpaksa demi hala tuju anak anak kita sendiri. Panjang cerita kalau nak bercerita. Apatah lagi nak berbalah bab ni. Maklumlah , yang kasi arahan ni sapa. Ah.. malas nak masuk bab politik ! Sapa naik pun sama ! Selagi mana yang naik tu, takda pengalaman mengajar berpuluh tahun... atau duduk bersama sama cikgu berbulan bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan. Yang buat semua tu.. hurm... 

Maka.. kita layankan je la.. Kita dari dulu, bahan ujikaji mereka. Terima je la.. kan kan ?






You May Also Like

0 comments