Aku dah berhenti beli roti roti ni !

by - Isnin, Januari 29, 2024


Teringat zaman PKP dulu.. Kena duduk rumah dan tak boleh keluar gi mana mana. Kebetulan masa tu aku sekeluarga di Kelantan. Nak lagi syok , ayah mertua aku lak ada kedai runcit. Maka bab makanan ni , agak mewah la skit terutama makanan seperti roti dan biskut. 

Selepas dibenarkan pulang ke KL , tabiat makan roti ni berterusan. Sebenarnya dari sebelum PKP lagi aku sekeluarga gemar makan roti roti ni. Kalau pergi ke pasaraya , memang akan tapau la biskut dan pelbagai jenis makanan ringan bercoklat untuk anak anak. Kononnya nak mereka bertenaga ! Adeh..



Kesan yang aku tak perasan... anak anak kerap demam , batuk berkahak dan selsema hingus hijau ! Huhh... Kos perubatan tinggi woii ! Tu dulu.. pun dah rasa tinggi. Ni ditambah akan datang katanya akan naik lagi harga harga ubatan ! Adoi... 

Kita sebagai mak ayah kena faham mengenai inflammation atau keradangan dalam badan ni. Apakah punca puncanya ? Antaranya ialah GULA ! Gula yang kita ambil dari makanan yang diproses berulang kali dan juga makanan segera ! 

Dan jangan terpedaya dengan label di belakang bungkusan makanan yang kita beli. Kekadang diorang tak tulis GULA tapi nama lain. Haaaa...Rajin rajin la membaca dan mengkaji demi kesihatan anak anak kita. Macam macam cara mereka nak rosakkan kesihatan genarasi akan datang ! 






Alhamdulillah.. tak susah sebenarnya nak jaga kesihatan ni. Kita cuma perlu tahu apa nak kena makan dan apa yang perlu dielakkan. Sejujurnya , kita akan lebih banyak berjimat . Kita pun akan belajar mengurangkan makanan berbanding sebelum ni kita dididik  makan ikut waktu walhal tak perlu pun. Kita cuma perlu belajar apakah yang perlu kita makan ketika makan ! Nah.... ini yang perlu kita tau.

Banyakkan protein, fiber dalam pemakanan kita. Kurangkan pengambilan karbohidrat. Infomasi infomasi begini bersepah dah ada di media sosial. Mainkan peranan kita sekarang , sebelum terlambat ! 




 

You May Also Like

0 comments